Sabtu, 20 Julai 2013

Bagaimana nak buat mesin polish kereta

Mesin Polish kereta 12 Volt dengan harga yang murah


Bila sebut mesin polish kereta ni, ramai mahu membeli mesin yang terbaik dan mahal di pasaran. Bagi diri saya, saya lebih suka menggunakan bahan2 terpakai yang boleh diguna balik ini kerana disamping menjimatkan kos dan boleh memberi manfaat kepada diri saya.
Kali ini dalam bab rekacipta ialah membuat mesin polish 12 Volt yang boleh untuk kerja polishing body kereta dan juga boleh digunakan untuk sanding mesin. Saya sering kali ingin membuat mesin yang portable yang mana tidak perlu menggunakan bekalan yang tinggi seperti 240 Volt dan ia boleh digunakan dimana saja kita berada.
Di sini saya menggunakan blower motor yang digunakan oleh penghawa dingin kereta sebagai motor untuk mesin polish saya.
Contoh motor blower adalah seperti di dalam gambar di atas. Motor blower ini biasa terdapat di bawah dashboard kereta di mana ia berdekatan dengan cooling coil untuk alat penghawa dingin ( Air Cond.) bagi sesebuah kereta.
Motor blower ini mempunyai dua wayar sahaja iaitu untuk wayar positif ( + ) dan satu lagi wayar negatif ( - ) dan ianya beroperasi dengan menggunakan bekalan 12 Volt dari Bateri.
 Bahan yang kedua adalah backing pad yang mempunyai female tread untuk mengunci di bahagian tengahnya. Backing pad ini bersaiz 4 inci, dan permukaannya mempunyai pelekat jenis strap hooks and loop.
Gambar di atas menunjukkan permukaan kain yang mempunyai pelekat hooks and loop.
Di atas ini menunjukkan bagaimana pelekat hooks and loop tadi berfungsi untuk meletakkan kertas pasir yang ada mempunyai hook and loop.
Di sini saya tunjukkan gambaran shaft untuk blower motor yang mempunyai thread dan juga nut pengunci.
Letakkan backing pad tadi betul-betul dalam keadaan tengah dan sekarang, masukkan washer dan kuncikan dengan menggunakan nut. Ok, sekarang ni bancuh fiber kompoun dan masukkan kedalam lubang tengah tadi.
Saya menggunakan 3 core wayar yang bersaiz 2.5mm untuk disambungkan kepada wayar motor dan meletakkan cable clip pada penghujung wayar supaya mudah untuk menyambungnya kebekalan bateri.
 Inilah jenis fiber kompoun yang saya gunakan, ia boleh didapati dikedai hardware dan kedai yang menjual spare part kereta.
 Ini adalah dua jenis kain untuk membuat kerja polishing yang saya gunakan.
 Ini adalah kain untuk mengilap wax dan dibelakang kain ini akan melekat kepada backing pad tadi.
Dan ini pula ialah kain untuk kerja polishing iaitu untuk memotong permukaan clear selepas kerja mengecat dan dibelakangnya juga melekat kepada backing pad.
Gambar di atas ini menunjukkan bagaimana kain span tadi melekat pada backing pad.

Ini lah mesin polish saya, walau pun tak mahal tetapi saya berpuas hati kerana ia telah banyak digunakan dalam kerja sanding dan polishing. Semoga dengan informasi ini dapat menjadi inspirasi kepada para pembaca dan insyaallah akan datang saya akan beri lebih banyak lagi berkaitan dengan rekacipta dan seandainya ada kebaikan itu datangnya dari Allah dan sekiranya ada keburukan ia datangnya dari kelemahan diri...

13 ulasan:

  1. mane nak beli Backing pad ni bang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. backing pad ni saya dapatkan di kedai hardware, jenis bosch dan harganya dalam RM 15 sahaja..

      Padam
  2. kalau kita guna motor kipas radiator ada masalah tak....

    BalasPadam
  3. tumpang tanye . mana nak dapat DC motor 12V punye ?

    BalasPadam
  4. DC moto 12 V cuba tengok d kedai potong.. Harga dalam 10 - 20 hinggit..

    BalasPadam
  5. Saya dah buat...putarannya memang laju...semasa kita hanya memegangnya ..tapi bila kita mula polish putaran nya terlalu perlahan dan terus berhenti. ...

    BalasPadam
  6. boleh ke gunakan mesin grinder kecil utk diubah jadi mesin waxing atau polishing?

    BalasPadam
  7. menarik ttg mesin polisher ini...kreatif bila menggunakan motor blower...sedikit pandangan drpd sy...motor blower adalah motor yg outputnya adalah speed bknnya tork.jd dengan bahasa mudahnya,motor blower ini direka utk kelajuan bknnya kekuatan daya kilas.tidak sesuai kita gunakan utk kerja2 yg perlukan beban tetapi sesuai utk kerja2 yg perlukan kelajuan. utk jadikannya mesin poliser tidak sesuai kerana ia akan berpusing laju bila tanpa beban.bila kita attach pd kereta ia akan slow sbb kita tekan di body kereta. lagi 1, mesin polisher seharusnya mempunyai speed controller utk kita adjust speed pd kerja yg berbeza.klu speed laju, cat clear akan terbakar wlaupun direnjis air.jd, gunakan speed slow @ sederhana shj.bergantung pd kerja kita....klu blower motor ini dibuat sander, sesuailah sbb kita nkkan speed kertas las...sekadar pandangan utk dikongsi bersama....

    BalasPadam
  8. Bagus maklumat ini. mungkin ada motor yang speednya boleh ubah ubah dan punyai daya pusing yang kuat . sebab nak polish body kereta perlu tekan kekuatan macam daya gier satu kereta. ada idea dari sahbat kelian

    BalasPadam
  9. mungkin motor wiper boleh guna. minta saudara admin boleh try

    BalasPadam