Sabtu, 17 Ogos 2013

Cara nak setting jam Azan

Bagaimana setting Jam Azan dengan ringkas

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan bagaimana cara nak setting jam azan yang sama waktu dengannya...
Ramai dikalangan kita menang membeli tetapi kalah dalam penggunaan, dan seboleh-bolehnya biarlah kita menjadi win and win situation. Ok, jam ini paling banyak digunakan di surau-surau dan masjid, serta ada segelintir saja yang membeli untuk diletakkan dirumah.

Inilah gambar jam azan yang saya maksudkan, ia adalah buatan china yang menggunakan double side printed circuit board (pcb) serta menggunakan eeprom untuk menyimpan data.
Jam ini menunjukkan Masa ( jam, minit ), Tarikh ( hari, bulan, tahun ) dan juga tarikh untuk mengikut kalendar Islam, Hari ( Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad ), Kod Bandar ( dity code ), Bacaan Suhu ( Celsius, Fahrenheit ), Masa solat ( Subuh, Syuruk, Dzuhur, Asar, Maghrib, Isya ).
 
 Seperti gambar yang di atas, terdapat enam button suis yang mempunyai fungsi mode, set, city, talking, up dan down untuk digunakan merekodkan data dalam sistem jam ini.
Pertama sekali, setkan masa jam mengikut masa sebenar mengikut negeri atau kawasan masing-masing. iaitu dengan menekan button (set) indicator jam akan berkelip dan kemudian tekan button (up) atau (down) untuk melaraskan masa. 
*Disini cuma ada dua indication, iaitu masa untuk jam dan minit sahaja... tiada masa untuk saat.

 (langkah pertama, menentukan masa untuk jam)

  (langkah kedua, menetukan masa untuk minit)

Selepas menetukan masa untuk jam dan minit sekarang tekan button (up) atau (down) untuk menentukan waktu pagi (am) dan waktu petang/malam (pm).


 Sekarang ni kita beralih pula kepada menetukan tarikh mengikut kalendar Islam atau kalendar Masihi. Untuk menentukan tarikh yang mana yang hendak digunakan, set kepada normal iaitu dalam keadaan tiada indication yang berkelip, hanya tekan button (up) untuk menukar dari kalendar Masihi kepada kalendar Islam dan begitu sebaliknya dari kalendar Islam ke kalendar Masihi. Apabila kalendar sudah ditukar semasa proses normal, dan sekiranya kita masuk ke proses setting ia tidak akan berudah kepada kalendar yang lain kerana sekarang untuk setting ia akan mengikut tarikh pada kalendar yang kita setkan pada keadaan normal. Maksudnya sekiranya keadaan normal kalendar Islam dan semasa proses setting, ia akan pergi ke kalendar Islam dan sekiranya kalendar Masihi pada keadaan normal maka semasa proses setting ia akan pergi ke kalendar Masihi. 
* Harus diingat kalendar Masihi dan Kalendar Islam tidak akan synchronize, kerana ia harus di set secara manual dan maksudnya kalau anda menetukan tarikh untuk kalendar Masihi dan pada kalendar Islam ia tidak akan berubah secara auto mengikut betul-betul tarikh yang sepatutnya.
 Ok sekarang tekan button (set) sampai LED untuk hari berkelip, sekarang tekan button (up) atau (down) untuk menentukan hari. 
Kemudian tekan button (set) sekali lagi untuk menentukan bulan pada tarikh tersebut.
Selepas menukarkan hari, bulan dan kemudian tekan button (set) sekali lagi untuk beralih menentukan tahun. Untuk indication hari dibawah ia berubah secara auto, ianya bergantung kepada tarikh yang telah disetkan dan LED akan menyala menunjukkan hari dalam seminggu.
Ok, sekarang ni untuk city code, sekarang ni tekan button (city) dan LED code akan berkelip bermula dari belakang kod tersebut. Tetapi disini saya setkan kod bandar mengikut masa yang terdekat dangan waktu solat dengan berpandukan takwim atau jadual waktu solat mengikut tempat masing-masing. Sekarang ni saya menetukan masa jam ini mengikut takwim untuk negeri kedah bagi zon 2. Selepas city code di set mengikut masa yang hampir sama dengan kawasan dengan berpandukan takwim, memang masa tidak sama tetapi yang penting pastikan masa syuruk iaitu matahari terbit dari paparan jam sama dengan takwim agak-agak sama dan kalau tidak sama pun kemungkinan berbeza diantara (+) atau (-). Maksud saya sekiranya paparan waktu syuruk didalam jam selepas menekan kod adalah 7.20 am tetapi dalam takwim menunjukkan 7.16 am, memang masa tidak akan dapat tepat kerana ia harus di set pula nanti pada masa itu sendiri nanti.
Masih dalam setting untuk masa solat, selepas kita menetapkan city code tadi. Sekarang ni tekan button (set) sehingga LED berkelip pada bahagian waktu solat seperti gambar diatas, untuk setting masa ini LED yang menunjukkan masa jam tidak akan menyala kerana sekarang ini hanya LED bahagian minit sahaja yang akan menyala iaitu bermula dari ( __:00 ). Bermula dengan masa Alfajar iaitu subuh, sekarang ni LED berkelip dan tekan button (up) untuk tambah minit atau tekan button (down) untuk menolak masa sebenar yang ada. Sekiranya, semasa setting city code tadi subuh menunjukkan 5.49 am dan mengikut waktu yang ada pada takwim ia seharusnya 5.52 am, ini bermaksud tekan button (up) sehingga mendapatkan bacaan sebenar kepada 5.52 am. Dan sekiranya masa tadi 5.49 am, tetapi pada takwim sepatutnya 5.40 am maka ini bermakna nilai minit kena dikurangkan dengan menekan button (down) sehingga mendapat nilai 5.40 am dari nilai asal tadi ialah 5.49 am. Perlu diingat sekiranya menekan button (down) ini bermaksud kita menolak masa yang sedia ada dan LED tersebut akan memaparkan nombor dengan simbol ( tolak / - ) iaitu seperti ini ( _-:12) dan indication ini menunjukkan nilai sekarang ialah -12.
Setelah selesai menetukan semua masa mengikut takwim, maka akan terpapar setting seperti diatas. Disini hanya ada semua dalam nilai tambah tiada nilai tolak kerana saya mengikut masa dalam jadual takwim di negeri kedah untuk zon 2.

Setelah selesai setting minit untuk masa tadi dengan menambah nilai minit atau menolak, sekarang ni kita beralih pula kepada masa azan dan sistem bunyi. Sekiranya kita tidak menetukan masa azan, jam ini akan mengeluarkan bunyi azan pada setiap semua setting. Tetapi sekiranya kita tidak menetukan masa bila ia harus azan atau tidak, maka pada waktu syuruk jam ini pun akan mengeluarkan bunyi azan pada masa matahari terbit. Jadi untuk mengelakkan jam ini mengeluarkan bunyi azan pada masa syuruk kita harus menutup setting untuk bunyi pada masa tersebut.
Sperti gambar diatas saya tandakan petak, kenapa ada diantara double dot tersebut menyala atau tidak ini menunjukkan masa bila jam harus mengeluarkan bunyi azan atau tidak. Untuk double dot yang menyala ini menandakan masa ini, apabila sampai waktu pada masa tersebut, jam ini akan mengeluarkan bunyi azan dan sekiranya double dot tidak menyala dan apabila masa sudah sampai pada masa yang ditentukan ia tidak akan mengeluarkan bunyi azan.
Tetapi sekarang ni berbeza dari setting tadi, sekarang ni tekan button mode sampai LED berkelip pada waktu solat seperti gambar diatas dan sekarang ni tekan button (up) atau (down) untuk mengaktifkan LED untuk double dot pada masa tersebut. tekan button (mode) sekali lagi untuk beralih kepada masa yang seterusnya. 
Setelah selesai menetukan masa solat tadi dan penerangan terakhir saya ialah untuk menetukan paparan suhu dari Celsius kepada Fahrenheit hanya menekan button (down) pada keadaan normal dan indication akan berubah. Untuk menutup suara hanya menekan button (talking) dan suara akan hilang dan button ini juga digunakan untuk menguji sama ada jam boleh mengeluarkan bunyi atau tidak hanya menekan button (talking) pada keadaan biasa.
Sekiranya ada yang menggunakan jam azan seperti ini, bolehlah gunakan artikel ini sebagai panduan dan untuk jenis dan model yang lain insyaallah ianya bergantung kepada pengeluar dan untuk jam jenis ini ia hanya menggunakan 3 nombor kod dan ada jenis yang lain ada yang menggunakan 4 code.
Saya hanya ingin berkongsi ini kepada semua, supaya pengalaman dan pengetahuan ini dapat kita kongsikan bersama. Insyaallah sekiranya ada kebaikan ianya datang dari Allah dan sekiranya ada keburukan ia dari kelemahan diri saya. 

82 ulasan:

  1. terima kasih atas info ini. kebetulan saya sedang setting jam surau saya.

    BalasPadam
  2. ok trime kasih.. city kod bagi selangor apa ye?

    BalasPadam
  3. Simpang 4 tasik pulau pinang seberang perai selatan.. mengunakan kod brapa sebenarnya.. sy mengunakan kod 583 skrg ni.. waktu azan terlalu awl dgn waktu yg sebenar

    BalasPadam
  4. salam

    saya nak tahu city code shah alam

    BalasPadam
  5. shah alam 583 ... tu yg terhampir, pastu ejas semula ... tq atas DIY, sgt2 membantu ... jazakaLlahulkhair ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak ejas mcm mn ye tuan.. Isyak 8.12.. Tp dkt jam ni 8.06.. Jd 8.06 dh azan

      Padam
  6. city code untuk Labuan apa yer? mohon pertolongan...terima kasih :)

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Boloeah saya tahu City Code untuk Mukah Sarawak ?

    BalasPadam
  9. Penerangan tidak berapa mudah. Banyak perkara yg tertinggal.

    BalasPadam
  10. Lahad datu sabah kod dia apa ya

    BalasPadam
  11. masalah nak dapatkan kod yg betul. Sekarang guna kod 585 utk Mka. tetapi masih lagi waktu solat kena ubah cara manual. Autonya tak betul.

    BalasPadam
  12. Mcm mn nk setting 24jam..lupe dah cara nk set..bleh beri tunjuk ajar tak

    BalasPadam
  13. macam mane nak perlahan kan bunyi azan dan beep...terlalu kuat untuk saiz rumah saya mohon tuan tunjuk ajar

    BalasPadam
  14. Amat bermanafaat. Terims kasih.

    BalasPadam
  15. Apa city code Pulau pinang daerah seberang perai yee

    BalasPadam
  16. Apa city code Pulau pinang daerah seberang perai yee

    BalasPadam
  17. Apa city code Pulau pinang daerah seberang perai yee

    BalasPadam
  18. Bagaimana nak hilangkan bunyi "alarm" (bukan bunyi azan)

    BalasPadam
  19. untuk daerah tampin,negeri sembilan berapa ye kod dia

    BalasPadam
  20. tiada jawapan utk kebanyakan soalan-soalan di atas. saya pun nak tau utk kod solat bagi negeri pulau pinang?

    BalasPadam
  21. Terima kasih bro,artikel ini membantu,pakai kat Surau settingnya dah out plk tu,aku pun tgh tercari2 cara setting yg betul utk digital clock ni.

    BalasPadam
  22. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  23. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penerangan yang baik, ramai yang tanya code city tempat masing-masing. saperti yang penulis nyatakan tiada code khusus untuk setiap kawasan kita kerana set-set jam azan selepas ini perlu di set kan mengikut lokasi kordidnat. jika jam tuan-tuan tidak boleh set mengikut cordinat. tuan-tuan boleh guna code yang di guna penulis 583, 587, 585 dan terhampir. dan kemudian laraskan setiap waktu solat satu persatu. waktu ini juga kena di semak setiap minggu...

      Padam
  24. Assalamualaikum nak tahu kod negeri sembilan kawasan port Dickson

    BalasPadam
  25. Boleh tahu code bagi ipoh perak??

    BalasPadam
  26. Saya setting code untuk tapah perak guna 040

    BalasPadam
    Balasan
    1. 040 tu saya guna waktu yg hampir..jadi dlm setting minit kena tambah atau tolak utk dapatkan waktu solat sebenar mengikut takwim

      Padam
    2. 040 tu saya guna waktu yg hampir..jadi dlm setting minit kena tambah atau tolak utk dapatkan waktu solat sebenar mengikut takwim

      Padam
  27. Sy ade masalah untuk setting am/pm. Sy dah ikut step by step tp x boleh setting. Harap dapat bantu. Tk

    BalasPadam
  28. Apa city code utk alor gajah melaka ea?

    BalasPadam
  29. Ada model yg bole support takwim Jepun.
    Atau kat mana ada produk ini.Trm Kasih.

    BalasPadam
  30. panduan set jam juga boleh didapati di laman web rasmi jam azan buatan malaysia www.JamAzan.com

    BalasPadam
  31. Mintak tolong....jam sy Dr subuh hingga isyak, semua ade assolatuhairum minan naummmmm..( azan subuh)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan,nk tanya dh selesai ke masalah azan subuh pd semua waktu azan tu..?
      Saya pun ada masalah same..

      Padam
    2. Belom... Skrg lgsung x de bunyik da....trus bli yg promas punye....

      Padam
  32. Utk kod hulu terengganu apa yer?

    BalasPadam
  33. Utk kod hulu terengganu apa yer?

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. minta code city untuk daerah cilacap indonesia

    BalasPadam
  36. mcmne nk repair kalau paparan kt tarikh tu keluar garis putus2..yg lain ok je

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  38. Kod utk kuala langat...buku pnduan da hilang..

    BalasPadam
  39. siapa boleh bantu saya setkan jam surau sepertimana gambar jam solat digital di atas. Sekarang semua digital menunjukan angka 8.
    Adakah ianya rosak atau setting lari? Perlu diprogramkan semulakah jadual takwin terkini?

    BalasPadam
  40. Macam mana cod untuk kuching sarawak?

    BalasPadam
  41. Syukran jazilan saudara asriman , artikel ni membantu saya selesaikan masalah setting jam di surau taman saya , buku manual dah takde.Untuk kawasan ampang / cheras bleh guna code city 584, kena adjust sikit² jer.
    Jazakallahu khairan ..Moga Allah balas jasa baik saudara. Amiinn

    BalasPadam
  42. city code selangor kajang berapa ya

    BalasPadam
  43. tuan2 semua , tuan2 boleh mendaptkan jam azan buatan Malaysia yg mana waktunya tepat, harga kompetitif, tahan lasak, ada jaminan kerosakan .
    tak perlu setting yang komplex,

    harap membantu

    BalasPadam
  44. Salam.. macam mana nak setkan jam ni dari 24 jam ke 12 jam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak setkan dari waktu 24jm ke 12jam tu cuma tekan button city lama2

      Padam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. cara nak set waktu solat mcm mne?

    BalasPadam
  47. Alhamdulillah dapat membantu bera pahang 585 lepas tu adjust waktu solat +- terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  48. klo seting code city jakarta brapa ya.. mohon dibantu

    BalasPadam
  49. Assalam klu code untuk johor mcm mana ye?

    BalasPadam
  50. Sye dah putus asa dh ni cari code kemaman atau terengganu..

    BalasPadam
  51. Sape nk takwin sy nti sy bg sajew.. Tp pos kene byar sendiri.. Dah tawar hati nk setkan takwin nie... Same mcm dlm pic ok.

    BalasPadam
  52. Mohon kod kawasan bagi renggam johor slm daerah kluang

    BalasPadam
  53. Kode buat kota-kota di indonesia ada gak?

    BalasPadam
  54. saya ada dua bijik jam ni. tapi sejak semalam 1hb January 2022 kedua2nya keluar no. 88888... bila switched-off and switched-on balik, sama je keluar no. 88888... tapi bila switched-off and switched-on 2nd time dah padam semua LED.... kedua2 jam macam tu... ada siapa2 having the same problem?

    BalasPadam
  55. Blackjack Archives - JTM Hub
    Blackjack is a real game with more than 50 tables and 군산 출장안마 multiple variants. As a 양주 출장마사지 side 통영 출장마사지 bet, you must 밀양 출장샵 make two bets on the dealer to get three 부산광역 출장안마 different cards. This is

    BalasPadam