Bagaimana hendak membuat kompressor angin sendiri dengan modal kurang dari RM100
Membaca, mereka dan membuat sesuatu yang baru adalah hobi saya dari kecil lagi kerana saya suka memikirkan bagaimana mereka membuat sesuatu barangan, perkakas, peralatan dan lain2 lagi. Ibubapa saya tidak pernah menghalang saya dari membuat apa yang menjadi hobi saya dan sehinggalah ke saat ini saya masih diri saya yang dulu.
Saya masih ingat lagi, pertama sekali saya membaiki kereta pada usia muda saya dengan menggunakan spray pam air untuk mengecat pintu kereta yang calar, dan bila mengingatkan perkara itu terkadang saya menjadi tertawa kerana ditegur oleh jiran, boleh ke mengecat kereta dengan menggunakan spray pam air tu. Jawapannya boleh, tetapi oleh kerana mungkin masa tu saya tak faham lagi bagaimana nak membancuh cat dengan betul ditambah pula tiada peralatan yang cukup akhirnya permukaan pintu yang dicat tadi menjadi seperti kulit limau dan bertompok-tompok....
Setelah mengumpul semua barangan yang diperlukan dari barangan terpakai akhirnya kompressor angin saya telah siap dan memudahkan banyak kerja saya.
A. Balang gas aircond (sebagai tangki simpanan angin) B. Kompressor peti sejuk C. Meter pressure (untuk membaca tekanan angin dalam tangki) D. Pressure suis (untuk memutuskan litar ke kompressor semasa angin telah penuh) E. Air regulator (untuk mengawal keluaran angin dan mempunyai penapis yang memerangkap air) F. Water filter (untuk memerangkap partikal air dalam angin) G. paip keluaran angin. H. wayar 3 core untuk power supply 240 Volt.
Kompressor peti sejuk tersebut saya beli dengan harga RM 35 dari tempat barang terpakai, Air regulator dan pressure suis pun saya dapatkan dari tempat barang terpakai dengan harga RM 20 sahaja. Tangki / balang gas ada yang saya beli di tempat barang terpakai dengan harga dalam RM 6 dan ada yang percuma.
Gambar yang diatas ini pula ialah berkaitan dengan penyambung socket untuk tangki / balang gas yang saya beli dikedai hardware dan kalau anda tidak mahu menggunakannya bolehlah disambungkan terus paip dan klip kan.
Diatas ni pula saya menambah satu tangki lagi untuk kerja yang banyak menggunakan angin, contohnya sekiranya saya hendak mengecat sebuah kereta saya akan membuka kesemua 4 tangki tadi supaya kuantiti simpanan angin akan lebih banyak dan ianya akan memudahkan kerja kompressor supaya tidak mengepam angin terlalu lama kerana semasa kerja mengecat sebuah kereta saya akan meletakkan kipas kepada kedua-dua kompressor supaya tidak terlalu panas kerana bekerja terlalu lama. Dan pada masa-masa yang akan datang saya akan memperbaiki dengan menambah sistem cooling kepada kompressor saya serta rupa bentuk dan susun aturnya.
Diatas ini pula saya tunjukkan dengan lebih dekat lagi, rupa keadaan air regulator yang mempunyai kapasiti dari 0 Bar sehingga ke 10 Bar dan saya hanya menetapkan dalam jumlah 5 Bar sahaja untuk keluaran angin. Dan juga water filter yang saya dapatkan dari tempat barang terpakai hanya dalam RM 2 sahaja, walaupun air regulator sudah ada perangkap untuk partikal air tetapi untuk kepuasan saya menambah lagi water filter supaya saya betul2 mendapat angin sahaja yang terhasil dan bukannya angin bersama air.
Gambar diatas ini pula menunjukkan kompressor angin, dan sekiranya nak tahu yang mana paip yang menyedut dan mengeluar, cukuplah hanya dengan meletakkan jari kepada hujung paip dari kompressor tersebut untuk mengetahui yang mana paip yang menyedut dan yang mana untuk keluaran angin. Disini saja ingin memberitahu tip untuk mengetahui adakah kompressor tersebut boleh atau tidak digunakan untuk membuat kompressor angin sekiranya ia berfungsi dan perlu diingat sekiranya kompressor tersebut berfungsi dan cuba letakkan jari pada paip keluaran angin tadi dan pastikan ianya tidak berhenti serta merta kerana kita menghalang pengeluaran angin dari kompressor tadi dan sekiranya ianya masih berjalan dalam beberapa minit sebelum berhenti, ini menunjukkan kompressor tadi boleh digunakan untuk kompressor angin kerana sekiranya kita menahan angin yang keluar tadi dengan menekan kuat jari untuk tidak membenarkan angin keluar dari kompressor untuk membuktikan yang ia boleh menampung tekanan angin yang akan diisi dalam tangki simpanan nanti.
Diatas ini pula ialah relay 240 Volt, yang mempunyai suis normally open dan normally close. Dan dalam litar ini saya menngunakan normally close kerana sekiranya pressure suis tidak bekerja maka kuasa bekalan akan masih berjalan untuk kompressor dan sekiranya tekanan angin sudah mencukupi maka air pressure suis akan bekerja dan secara langsung akan menghantarkan bekalan ke gegelung relay dan akan memutuskan bekalan ke kompressor.
Di atas ini pula kita akan nampak dua wayar yang biasanya disambungkan ke kompressor iaitu satu yang diatasnya adalah untuk thermal suis yang mana sekiranya kompressor berjalan terlalu panas plat besi yang berada didalamnya akan memutuskan litar dari menghidupkan kompressor dan wayar yang kedua dibawahnya adalah untuk starting dan running motor.
Diatas ini saya lakarkan secara ringkas untuk litar yang mengawal sistem kompressor saya dan sekiranya ada diantara pembaca rasa ragu boleh lah bertanya bagaimana hendak membuatnya.
Saya berasa puas kerana saya tidak perlu membeli kompressor yang mahal untuk kerja saya dan sekiranya berlaku masalah saya tahu dimana nak mencari kerosakan dan nak dapatkan spare partnya...
Dibawah ini saya sertakan video sebagai tontonan semua...
Ini adalah video yang akan saya ceritakan serba sedikit berkaitan dengan komponen2 dan saya mohon maaf sekiranya ada kelemahan pada video yang tak berapa statik semasa membuat rakaman, ianya saya ambil untuk dikongsikan bersama.
Disini pula video yang mana saya yelah menyambungkan touch up spray gun dengan membuat testing supaya, anda boleh melihat hasilnya. Saya set kan jumlah tekanan kepada 150 Psi atau 10 Bar, kerana untuk kerja yang menggunakan impact gun untuk membuka bolt dan nut. Sekiranya ada yang berminat untuk cuba membuat dan perlukan bantuan insyallah, saya sedia membantu dan apa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan dri saya sendiri...
Terbaik...kompressor air cond boleh guna ke..bentuk macam sama jer
BalasPadamKlu wat untuk projek mengecat ...dañ ke angin dia....
BalasPadamSalam bos...nk tnya...klu guna suis presure yg dkt penapis air sejuk panas tu blh tak....nmpk suis tu mcm boleh laras dia punya presure.... tp satu lg soalan tntang suis ni...klu nanti kita set 150 psi bru suis tu putuskn arus..adakah nanti bila psi tu turun ke 140 terus dia sambung blik... rasenye cpt sgt... mcm mana nk set putuskn arus pada 150psi kemudian tersambung pada 100psi.... ke kena cari suis yg jenis tekanan rendah dan tinggi...satu lagi bang.... kalau direct xpakai relay ada kesan buruk ke ...mintak tunjuk ajar ye bang.... tgh semangat ni...compressor peti ade satu..balang gas memasak dh ada satu....hehehe
BalasPadamSalam tuan,nak tanya compressor tu perlu ke bubuh minyak compressor wanita supaya motor xcepat karat...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTerbaik bos atas perkongsian... semoga ilmu anda bertambah...
BalasPadamTerbaik bos atas perkongsian... semoga ilmu anda bertambah...
BalasPadamSalam tuan bagi no whatsapp
BalasPadamTerbaek tuan...ini ilmu yang dimanfaatkan...
BalasPadamBoleh dapatkan no fon tak untuk pertanyaan...
BalasPadamSaya wan 0124436687
Padamassalam tuan yusman boleh bg whatsaap.. senang saya berhubng dgn tuan
BalasPadamassalam.. tuan yusman say duan.. boleh bg no phone
BalasPadamAssalamualaikum tuan.. terima kasih atas tunjuk ajarnya..izin guna pakai dlm ilmunya ni.
BalasPadamBoleh ke pakai presher suis kereta untuk sistem elektrik tak jd masalah ke
BalasPadamBoleh tolong buatkan tak sebiji
BalasPadam