Membaiki TV LCD Plasma Jenama PHILIPS 42" ada power masuk tetapi tidak hidup sepenuhnya.
Keperluan dalam setia isi rumah ialah satu darinya ialah TV, pasti boringkan kalau duduk dalam rumah yang tiada TV tak dapat nak tengok cerita, berita, dan lain2 lagi. Saya dihubungi pelanggan dan dia memberi tahu yang TV LCD 42" mengalami masalah iaitu apabila di on powernya tetapi tiada apa yang hidup baik gambar mahu pun suara, yang cuma ada ialah lampu LED menyala merah menunjukkan power ada tetapi dalam 1 min ia berubah berkelip.
Pertama sekali ialah membuka penutup cover belakang tv.
Disini anda akan dapat lihat gambar diatas disebelah kanan terdapat dua board satu besar dan satu kecil. Board yang besar yang duduk dibawah itu adalah board BUFFER power inverter untuk LCD dan board yang kecil yang duduk diatas itu pula adalah board AUDIO.
Gambar diatas ini pula menunjukkan board BUFFER power lcd yang berada disebelah kirinya. Pada kali ini saya mengambil langkah untuk memeriksa keadaan litar dan ianya berpunca dari masalah IO signal board yang tidak bekerja dengan betul pada sistem Power Supply mainboard.
Gambaran keseluruhan dibelakang LCD, maaf ye sebab gambar kurang memuaskan kerana cahaya lampu tidak berapa terang semasa mengambil gambar.
Kawasan tengah ini adalah tempat dimana Power Supply Mainboard yang telah saya buka dan disitu anda nampak penyambung soket wayar semuanya dah dibuka dari tempatnya.
Ok, ini lah dia IO signal board yang kecil duduk diatas Power Supply mainboard yang mempunyai semua komponen yang kecil SMD serta Mikroprosesor. Kebiasaannya power standby yang patut ada dari suis on ke signal board ini dalam +3.3Volt . Disini saya tidak sempat menunjukkan bagaimana cara memeriksa dan insyaallah lain kali saya akan nyatakan pada bab yang akan datang, iaitu bagaimana mencari kerosakan pada board.
Ini adalah Power Supply mainboard, dan di situ anda akan nampak dimana kedudukan IO signal board tadi.
Bahagian belakang Power Supply mainboad dan dalam bulatan itu adalah kawasan IO signal board berada.
Dalam pembaikan ini saya tidak membaiki sebaliknya saya menukar dengan board yang baru yang saya order terus dari UK lebih kurang harga board serta harga penghantaran dalam RM5++ dan sampai dalam masa 10 hari sahaja.
Power Supply board sudah saya pasang sekali dengan semua sistem sambungan wiring dalam keadaan asal balik. Untuk pengetahuan kepada para pembaca blog ini adalah TV LCD Plasma jenama PHILIPS tetapi menggunakan Power Supply mainboard jenama SAMSUNG.
Ini adalah jenama LCD 42" itu sendiri yang mana dibelakang LCDnya terdapat kepingan logam aliminium yang menyokong LCD itu sendiri. Jenama LCD serta model nombor part.
Di belakang LCD ini juga ada memberitahu yang LCD ni bekerja dalam berapa volt pada bahagian-bahagian tertentu.
BUFFER LCD power board telah disambungkan soket wiringnya kepada Power Supply mainboard.
Ini adalah bahagian board suara ( AUDIO board ).
Nombor part bagi alat ganti LCD ini tertulis diatas permukaan logam aluminium iaitu LJ64-000961.
Bahagian bawah TV LCD ni terdapat power 240v input soket, soket RCA untuk video dan audio serta input dari 15pin female untuk video dan audio.
Ini adalah gambar yang menunjukkan soket IO signal dari Power Supply mainboard.
Ini masih lagi input dan output RCA, DVD soket untuk sistem audio dan video.
IO soket input signal dari prosesor mainboard.
Power Supply mainboard jenama SAMSUNG.
Dibelakang Power Supply mainboard ini terdapat informasi berapa nilai voltan keluaran pada setiap soket.
Power Supply mainboard nombor alat gantinya adalah LJ44-000494.
LCD Plasma PHILIPS 42".
Lampu LED menyala merah menunjukkan yang sistem mempunyai power standby tetapi akan berkelip selepas beberapa saat dan tiada apa yang hidup.
Disini saya tunjukkan Power Supply mainboard.
Saya disini hanya ingin berkongsi pengalaman dan seandainya ada yang baik itu datangnya dari Allah dan buruk itu dari kelemahan diri saya.
menarik...kalu bleh sedara cita bagaimana nk tau fungsi2,bahagian litar elektronik dalam radio,tv n power amp.
BalasPadamtq.
plasma 43 samsung boleh guna tak tuan ? saya punya kes pun sama bila on lampu led stdby nyala pastu kelip2. mohon pandangan tuan. perlu bli pd siapa ? tq
BalasPadamsalam tuan ,tv lcd samsung warna tak cantik mohon pandangan tuan
BalasPadamassalammualaikum sedara.... nak tanya sikit... saya punya tv lcd philips 32".
BalasPadammasalahnya... sy on main plug n lampu pd power on menyala dr kuning pastu ke biru. n apabila screen nak loading gambar tiba2 die padam terus... ape masalahnye ye...mohon penjelasan...
tq.....
Blh hubungi sy 0126140292, area mana ye
PadamAssalamualaikum... Tv lcd saya brand LG 32 inci x boleh on... Power standby pon x menyala... Apa problemnya & berapa anggaran kos repair...tq
BalasPadamtv led samsung 32inch da rusak,... tulun...
BalasPadamsparepart toshiba led 40px200 ada x? rm?
BalasPadamassalamualikum, board tv philips 37'42' IPB 42PLF3430s/97 ada jual tak rm berapa
BalasPadamassalamualikum, board tv philips 37'42' IPB 42PLF3430s/97 ada jual tak rm berapa
BalasPadamTv saya plasma LG 42'42PT350R. Switch on & keluarkan bau hangit terbakar. Apa masalahnya?
BalasPadamTV Plasma PHILIPS 32 inci saya tak boleh on. Puas dah mencuba... Kenapa ya? Telefon saya Hamdan 0126982936
BalasPadamAssalam,maaf..bertnya..tv saya philips plasma 42' mempunyai kerosakkan,tiada gmbr tp ada suara..mohon bertanya encik..apa kerosakkan nya ya?
BalasPadamFauzi,taiping
Assalam,maaf..bertnya..tv saya philips plasma 42' mempunyai kerosakkan,tiada gmbr tp ada suara..mohon bertanya encik..apa kerosakkan nya ya?
BalasPadamFauzi,taiping
As salam saya philip 32 model 32PFL3094S/98 masalahnya saya on suis terus nyala lampu merah dan tv tak keluar gambar.saya telah mencuci power board dengan tiner boleh hidup dlm 1 minggu. Slepas masalah sama lagi .adakah io signal atau kompenan lain yang rosak. Boleh tuan bgi tahu apa yang perlu ditukar pada power board atau mainboard.t.kash tuan
BalasPadamSaya nak hantar kedai abg syariman jauh sbb saya tggl kat putrajaya
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkalo screen retak kene ketukan... power ada tp screen xmenyala.. boleh repair x kos?
BalasPadamAssalam. TV saya jenama Samsung, plasma LCD (x sure model apa). Bila saya on kan tv, ianya akan menyala beberapa saat sebelum automatik off sendiri. Ini berlaku berulang2 kali. Saya juga tidak dapat menukar ke channel lain. Saya diberitahu ianya berkemungkinan ada masalah pada main board tv tersebut. Boleh bantu saya? Terima kasih.
BalasPadamSalam..tv saya jenama Samsung LCD 42.bila on suis lampu je menyala gambar & suara hilang entah ke mana.Sebelum terjadi begini ada tanda hitam di sekeliling skrin seakan-akan bingkai gambar.boleh bagitau apakah yg perlu di tukar untuk masalah saya ini.
BalasPadamTolong tunjuk ajar ku sifu..tv Samsung 42 tidak berfungsi seperti biasa apa pun takde..2-3bulan sebelum tv rosak ada garisan hitam seakan-akan bingkai gambar di skrin..pada pendapat sifu apakah kompenan yg harus Sya tukar ganti.
BalasPadamAs'salam.
BalasPadamSaya guna astro, tv Lg lcd 42". Masalahnya bila buka tv ia berjalan seperti biasa, dalam masa tertentu tv akan terpadam dengan sendirinya, suara masih ada, cuma gambar hilang. Dlm keadaan Mode standby, lampu merah menyala.Saya ambil remote tv dan On semula, gambar pun keluar balik. Perkara ini akan berulang lagi dalam masa tertentu. Mohon pencerahan
T.v philips gambar tsk.keluar
BalasPadamAssalamualaikum nk tanya kenapa tv plasma bila on keluar warna merah hijau putih hitam dan biru.
BalasPadamAssalamualaikum., tv saya plasma panasonic. Tv hidup gmbar ada. Tp kadang2 di pdam berkelip beberapa kali hidup balik. Dan sering jadi cam tu. Adakah masalah sama diatas...
BalasPadam