-->
Memaparkan catatan dengan label Handphone. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Handphone. Papar semua catatan

Ahad, 10 Februari 2013

Modifikasi LCD handphone Touchberry yang terputus ribbon wire

Modifikasi LCD handphone yang tiada lampu dan terputus ribbon wire dengan menggunakan wayar halus dari gegelung transformer

Handphone jenis buatan china jenama Touchberry, dan LCD ribbon wayar dah terputus dan menyebabkan LCD mempunyai gambar dan tulisan tetapi tiada mempunyai lampu atau cahaya pada belakangnya.
Mulanya berlaku adalah disebabkan handphone ini terjatuh banyak kali dan akhirnya ribbon wire terputus. Saya memutuskan supaya tidak menukar LCD kerana ianya masih bekerja di dalam keadaan yang elok cuma lampunya saja yang tidak menyala.
Gambar diatas menunjukkan cover depan sudah dibuka, dan sekarang ni tiba masa kita nak membuat postmortem apakah punca masalah LCD handphone ni tak menyala.
 Lampu keypad menyala dengan elok tetapi LCD pula masih dalam keadaan gelap selepas handphone di ON suis power.

 Keypad menyala dan sekarang mari kita membuat pemeriksaan kenapa LCD tidak berfungsi, samaada LCD rosak atau tidak?

Gambar diatas menunjukkan LCD mempunyai gambar dan tulisan dengan elok, tetapi hanya tiada lampu dari belakang.
Gambar diatas ini menunjukkan LCD ribbon wire yang di solder terus ke mainboard.
 Didalam gambar ini terdapat dua biji LED dibelakang LCD. Dan bahagian kaki yang kiri adalah positif ( + ) dan kaki sebelah kanan adalah negatif ( - ). Dan dibawahnya pula terdapat sambungan solder ribbon wayar ke mainboard yang mempunyai 14 slot. Kaki slot yang ke 4 adalah untuk memberi bekalan kuasa kepada LED di belakang LCD tersebut iaitu dengan jumlah volt sebanyak +3.7V.
A. LED  B. Ribbon wayar untuk bekalan kuasa ke LED  C. 14 slot soldering ribbon wayar  D. Bahagian nod untuk membuat sambungan komunikasi ke mainboard yang mana terdapat nod BAT, nod GND, nod TX, nod RX, nod Power Key.
Ok mari kita mula membuat kerja untuk modifikasi dengan menggunakan wayar tembaga ( copper wire ) yang saya ambil dari transformar yang dah rosak. Perhatian, wayar tembaga ni sangat halus seperti sehelai rambut dan buatlah kerja dengan berhati-hati kerana ianya terlalu halus dan terkadang mungkin sukar kalau kita tidak biasa membuatnya. Tetapi, tiada yang tidak boleh kerana kena ada usaha dan semangat mnecuba.
Dengan menggunakan multimeter, saya akan membuat pemeriksaan dimana terdapat bekalan kuasa bernilai +3.0V ~ +3.76V. Kemudian menarik keluar wayar halus dari gegelung transformer tadi untuk dijadikan wayar yang akan saya solder dikaki LED yang sebelah kiri iaitu kaki yang bernilai ( + ).
Menyambung wayar tembaga pada bahagian kanan LED tersebut iaitu pada kaki bernilai negatif ( - ). Negatif -0V dan kebiasaannya kita dapat lihat pada mainboard ianya mempunyai permukaan tembaga yang luas dan biasanya bertanda dengan huruf GND ( Ground ).
Memeriksa kembali keadaan LED dengan menggunakan multimeter,  dan memeriksa sambungan wayar ke kedua belah kaki LED tersebut dalam keadaan elok pengalirannya. Seperti yang asnda nampak apabila saya sambungkan probe multimeter merah dan hitam tu, lampu LED akan menyala dan ini menunjukkan sambungan berada dalam keadaan yang baik.Setelah memastikan kedua wayar tersebut ok sekarang saya patrikan wayar negatif ( - ) pada kaki LED tersebut ke mainboard iaitu pada GND ( Ground ).
Proses terakhir ialah mencari kedudukan input bekalan kuasa ( + ) ke LED tersebut melalui sambungan ribbon wire ke mainboard. Setelah itu saya mematrikan wayar ( + ) kaki LED tersebut ke slot bahagian yang dikenalpasti. Bagaimana saya tahu, kerana pada kebiasaannya apabila handphone didalam keadaan standby mood lampu keypad dan LCD akan terpadam dan menunjukkan nilai 0Volt  pada input ribbon wire. Apabila saya menekan salah satu dari keypad tersebut secara automatic lampu keypad dan LCD akan menyala dan saya akan mendapat bacaan dalam +3.76Volt dan slot yang sudah dikenal pasti ialah pada kaki 4 dari 14 kesemuanya.Akhir sekali saya meletakkan tape kertas pada wayar yang saya tambahkan tadi supaya keadaan wayar tersebut berada di dalam keadaan teratur. Sekarang ni selesailah masalah LCD yang hilang cahaya lampu dan kerja memasang kembali kepada keadaan yang asal.
Saya berharap dengan adanya pengalaman ini, saya akan kongsikan bersama dengan para pembaca di blog saya dan kalau ada komen dan pertanyaan bolehlah tulis di ruang bawah atau hantar email dan boleh juga ke page saya difacebook.
Saya hanya mampu menjadi teman dan sahabat yang berkongsi pengalaman dan kalau berminat sertailah saya di facebook atau join menjadi ahli blog saya dan saya akan lebih bersenang hati, terima kasih kerana membaca dan yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Ahad, 20 Januari 2013

Membaiki Handphone Sony Ericsson W395 tak ada gambar 15 Minit

Membaiki Handphone Sony Ericsson W395 dalam 15min dan jimatkan kos

Kebanyakan kita mungkin tidak tahu apakah yang menyebabkan handphone tiba-tiba tak ada gambar pula, sedangkan keypad semua elok, boleh dengar suara orang yang membuat panggilan dan lampu LCD menyala tapi tak ada gambar.
Sebab tu saya sendiri kurang minat menggunakan handphone yang jenis slidding macam ni. Tapi, tak mengapa disini saya kongsikan dengan para pembaca setia blog saya ni bagaimana hendak membaiki masalah handphone ni.
Gambar ini menunjukkan bagaimana keadaan handphone tersebut hanya ada cahaya lampu tetapi tiada gambar.
 Ini adalah LCD ribbon cable untuk Sony Ericsson W395 yang baru.
 Hanya lampu yang menyala, dan tidak ada gambar.
 Keypad, bunyi speaker semua baik tetapi hanya tiada gambar pada LCD bila kita ON suis powernya.
 Disini saya tunjukkan LCD ribbon cable yang baru.
 Buka penutup bateri dan keluarkan bateri dari tempatnya.
 Terdapat 4 bahagian skru yang perlu dikeluarkan dulu, gunakan screwdriver yang sama dengan jenis skru yang hendak dibuka.
 Mengeluarkan skru dari tempatnya, supaya mudah untuk mengasingkan panel LCD dibahagian hadapannya nanti.
 Mengeluarkan skru yang terakhir.
 Mencungkil bahagian rail bawah panel tersebut yang mempunyai klip menahan rail besi panel hadapan.
 Sekarang ni kita dah nampak keadaan LCD ribbon cable yang masih bersambung pada soketnya.
 Buka lock klip ribbon cable itu supaya ia dapat diasingkan dari mainboard tersebut dengan menggunakan penyepit yang tajam hujung.
 Sekarang ni pula menaggalkan 4 skru yang menggunci di belakang LCD panel tadi, tapi dalam video anda hanya nampak dua skru sahaja kerana kemungkinan sebelum ni handphone ni sudah dibuka dan kehilangan 2 skru dan cuma dikuncikan dengan 2 skru sahaja.
 Cuma ada dua skru sahaja yang mengunci dibelakang panel ini.
 Besi yang anda nampak dibelakang LCD panel ini adalah slidding rail yang menjalankan naik dan turunnya panel hadapan ini, disitu anda nampak ribbon cable telah duduk diantara besi slidding .
 keypad panel dibuka, dan sekarang anda dah nampak dimana LCD ribbon cable tadi disambungkan ke soketnya iaitu dibawah board keypad.
 Sebelum memasang balik ribbon cable tadi, pastikan dahulu keadaan cable itu sama dan jumlah wayar permukaan tembaganya sama jumlah.
 Sekarang ni masa untuk memasang balik ribbon cable yang baru ke kedudukan asal.
 Membetulkan kedudukan ribbon cable duduk dibawah rail supaya ia tidak tersepit diantara besi rail slidding.
 Ok, sekarang nampaknya ribbon cable dah dipasang dan berada didalam kedudukan yang betul.
 Masukkan kembali kedudukan board keypad kepada kedudukannya yang betul.
 Memastikan semuanya dalam keadaan yang baik.
 Letakkan kembali button keypad kedudukan asalnya, pada cover luar LCD panel tadi.
 Diatas belakang panel ni mempunyai lock slot dan pastikan anda memasukkan dari atas baru menekan dibawahnya.
 Lock slot pada cover LCD panel.
 Di bahagian tepi pula terdapat 4 bahagian yang ada lock klip dan pastikan ianya ditekan rapat supaya kedudukan cover hadapan dan board panel tersebut berada didalam kedudukan yang kemas.
 Sekarang masa untuk mengunci balik skru ke kedudukan asalnya.
 Sekarang ni pemasangan balik bagi LCD panel hadapan dah pun siap.
 Pada mainboard pula, perlu pastikan kedudukan lock soket pemyambung ribbon cable tadi terbuka untuk memudahkan kerja memasukkan ribbo cable nanti.
 Memasukkan ribbon cable pada soketnya.
 Tolak besi slidding keatas supaya memudahkan kerja pemasangan kembali LCD panel ke main body. Masukkan dari atas dan baru menekan bahagian bawah LCD anel tadi.
 Sekarang ni proses terakhir mengunci balik semua skru yang menahan besi slidding tadi.
Masukkan kembali bateri ditempatnya.
Dan sekarang LCD yang tadi tiada gambar dan sekarang dah pun OK.
Memasang cas bateri pada handphone.
Memasang balik penutup belakang bateri handphone.

Sekarang ni logo Sony Ericsson dah nampak, selesailah kerja membaiki masalah LCD tersebut. Dan sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah tulis komen dibawah atau hantar email serta boleh follow saya di facebook.
Disini saya sertakan juga video untuk memberi pemahaman kepada para pembaca. Sekiranya tidak tahu dimana nak mendapat spare parts dan mahu saya mencari untuk anda bolehlah tinggalkan komen k.
Saya hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya yang dhoif. Jadilah seorang yang kretif.