-->
Memaparkan catatan dengan label Komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komputer. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2013

Tablet A13 model Q88 tak boleh nak cas

Membaiki A13 Q88 tablet yang tidak menerima cas bekalan masuk


Masalah yang sering berlaku kepada tablet adalah salah satu darinya ialah tablet tidak dapat menerima bekalan cas bateri dari charger. Selain dari masalah charger adapter yang mempunyai masalah seperti lampu charger hidup tetapi tiada bekalan, ini mungkin disebabkan lembar wayar tembaga didalam wayar tersebut telah putus dan kemungkinan juga burden resistor yang bernilai rendah didalam charger adaptor telah open circuit atau terbakar, ini kerana resistor ( perintang ) tersebut mempunyai nilai yang rendah dan watt sekitar 2 watt dan berfungsi sebagai fius atau circuit protection.
Banyak lagi yang menyebabkan charger adaptor tidak mengeluarkan bekalan, tetapi apa yang berlaku sekarang ni ialah tablet yang saya hendak baiki ini telah berlaku dry join ( timah solder telah lekang ) pada kaki female jack adaptor ke papan litar. Setelah membuka cover belakang saya mengambil bacaan pada bateri dan hanya mendapati nilai dalam 1.10 volt dc, apabila bateri berada didalam nilai voltage ini litar tidak akan hidup sama sekali kerana minimum bekalan masukan ialah sekitar 3.5 Volt dc.
gambar diatas ini adalah tablet yang mengalami masalah pada input female jack adaptor untuk bekalan 5 Volt dc dari charger adaptor.
 Ini adalah litar utama tablet A13 selepas dibuka penutup belakangnnya....
Penutup belakang ini mempunyai tanda yang tablet ini sebelum ini pun pernah di hantar ke tempat repair dan mempunyai sticker padanya.
 Saya membuat mengambil bacaan pada input masukan dari bateri, dan sekarang ni bateri hanya mempunyai nilai sebanyak 1.10 Volt dc dan ini menunjukkan bekalan kuasa dari bateri tersebut memang tidak mampu untuk menghidupkan litar pada tablet ini.
Gambar di atas ini pula saya buatkan reference bacaan voltage untuk sesiapa yang mengalami masalah power dan lain2, setiap bahagian saya tandakan dengan menggunakan bahagian A, B, C dan D. Sekiranya ada para pembaca yang ingin mengetahui berapa nilai voltage pada litar dan hendak menggunakan reference disini saya sediakan hanya pada bahagian power iaitu dari IC AXP209 sampai kelitar bekalan dari bateri.
 ( Bahagian A ) Gambar di atas ini diambil dengan menggunakan kanta pembesar yang mempunyai kuasa sebanyak 20 X ganda. Di sini saya tunjukkan dimana letaknya kaki pada IC ini yang menerima bekalan dari charger luar 5 Volt dc. Ia adalah pada kaki 33 dan kaki 34 pada IC AXP209 ini.
 ( Bahagian B ) Ini adalah litar berkaitan bekalan kuasa ke LCD dan juga litar bekalan untuk RAM di sebelah kiri iaitu anda akan nampak inductor yang berlabel 4R7.
 (Bahagian C ) Ini menunjukkan litar power untuk RAM dan juga litar untuk bekalan kuasa dari bateri dan juga pada sebelah kana dapat dilihat LED iaitu lampu backlight untuk LCD.
( Bahagian D ) litar ini menunjukkan agihan bekalan ke CPU, SD Card dan juga litar bekalan dari USB yang mana ia menerima bekalan luar dari USB dan juga akan menghantar keluar balik bekalan ke USB socket.
 Sublitar Wifi yang menggunakan Realtek IC Microprosessor.
Di atas ini adalah IC untuk sistem masa sebenar dan juga kalendar, iaitu 8653t atau PCF8563T.
 Di atas ini menunjukkan kegunaan pada setiap kaki pada IC 8563T disertakan dengan penerangannya.
 Ini adalah litar skematik dalaman IC 8563T yang menunjukkan bagaimana ia bekerja.
Dan ini pula adalah gambaran untuk IC 8563T dan disertakan dengan nombor pakej iaitu TSSOP8.
 Ok kita kembali kepada kerja pembaikan, di atas ini saya tunjukkan kaki female power adaptor yang mempunyai masalah dry join pada kakinya. Ini disebabkan kaki adapter tadi tidak bersentuhan dengan litar kerana timah solder yang ada telak lekang dan menyebabkan litar sekarang berada didalam open circuit.
 Di sini saya menguji bekalan kuasa dari keluaran power adaptor yang mempunyai 5 volt dc.
 Ok, setelah mengenal pasti bahagian yang bermasalah saya mula merawat dengan mematri balik bahagian yang lekang pada kaki power adaptor.
 Sekarang ni saya meletakkan klip buaya kekaki power adaptor untuk memudahkan kerja pengujian litar sama ada ia mempunyai continuity ( keterusan ) atau tidak.
Probe hitam (-) disambungkan pada wayar yang mempunyai klip buaya.
Untuk membuat pengujian bagi keterusan ( continuity test ) meter hendaklah di laras pada range diode test dan sekarang pada display meter menunjukkan bacaan infiniti atau tiada bacaan.
Letakkan probe merah (+) ke kaki 33 dan juga kaki 34 pada IC AXP209 dan sekarang ni meter akan menunjukkan bacaan 001 bermaksud arus elektrik telah lengkap dan ini menunjukan litar ini telah berada didalam normal dan tiada open circuit atau litar terbuka yang menghalang arus dari sampai dari satu point ke satu point.
Video di atas ini saya tunjukkan bagaimana untuk membuat continuity test pada point kaki power adapter ke kaki IC AXP209 iaitu pada kaki 33 dan 34.
Dan video di atas ini pula bagaimana kerja pengujian dan selepas mematri balik poin kaki power adapter yang dry join dan memasang kembali semua komponen seperti biasa dan menguji litar dengan memasukkan bekalan dari charger dan memastikan dalam android system boleh detect yang sekarang ni litar dalam charging mode.
Ini adalah gambar yang menunjukkan model dan version tablet android tersebut.
Akhirnya tablet yang mengalami masalah tidak dapat di cas dengan charger adapter tadi sekarang sudah pun kembali normal.... Setakat ini saya kongsikan pengalaman bersama para pembaca dan insyaallah sekiranya ada kebaikan ianya datang dari Allah dan sekiranya ada keburukan ianya datang dari diri saya yang lemah...

Khamis, 25 April 2013

Membaiki Tablet 7" A13 tidak boleh on litar pintas bahagian power

Membaiki Tablet A13 7" LCD power problem tidak boleh ON 



 Penggunaan alat gadget elektronik sekarang ni amat tinggi permintaan dan seiring dengan kemajuan teknologi yang pantas pada masa ni. Cerita bermula dengan saya membeli tablet 7" processor A13 dan setelah menggunakan selama 1 bulan tiba2 berlaku litar pintas pada alat pengecasnya dan menyebabkan litar didalam tablet tersebut terbakar dan secara total sekarang ni tidak boleh di ON powernya dan tiada apa2 yang kelihatan.
Pada mulanya memang susah hati juga kerana kalau hantar repair pun mesti kena cas punya oleh kedai, jadi saya mengambil keputusan untuk membaiki sendiri. Saya pun memulakan research diagram skematik litar tablet ini di online.
 Seperti diagram yang diatas adalah asas litar A13 kerana pada pengalaman saya kebanyakan tablet yang saya repair semuanya tiada beza mahupun jenama berlainan. 
Diatas boleh didapati IC yang mengawal bahagian power adalah AXP209 mempunyai 48 pin kaki jenis surface mounting IC. Mengikut lakaran diagram kaki 31, 32, 33 adalah bahagian bekalan 5V dan VBUS adalah bekalan masuk melalui USB 5V.
Membuka penutup belakang tablet tersebut dan sekarang boleh nampak LCD, MainBoard, Bateri, Speaker dan Kamera. 
Langkah pertama ialah membuka semua wayar dari Mainboard dan pada masa sekarang ni bekalan dari bateri telah jatuh kepada 0.28V dan bahagian powernya telah mengalami litar pintas yang teruk kerana ianya boleh merosakkan bateri itu sekiranya tidak di buka wayar bateri dari Mainboard.
 Diatas anda boleh nampak wayar Merah ( +/Positif ) dan Hitam ( -/Negatif ) yang datangnya dari bateri.
Wayar merah dari bateri sudah pun saya buka atau pisahkan dari Mainboard, dan sekarang ni apabila saya mengambil bacaan terus dari wayar bateri itu saya mendapati bekalan kuasa masih ada 3.7V. Saya terus mengambil bacaan impedance atau bacaan nilai kerintangan untuk litar masukan bekalan dan saya mendapati nilainya ialah hanya 0.00 Ohm. Ianya bermaksud setiap litar yang elok mesti mempunyai nilai impedance yang tinggi misalnya 10 kOhm, 15 kOhm dan mungkin lebih nilai Ohm. 
Setelah membuat kerja memeriksa semua komponen dan saya mendapati diode telah terbakar akibat litar pintas dan telah dikeluarkan dari tempatnya dan juga IC yang saya berkaki enam di atas didalam bulatan dalam gambar diatas. Semasa proses mengenal pasti komonen yang rosak selain dari menggunakan multimeter, saya memeriksa fizikal komponen tersebut dengan menggunakan kanta pembesar 20X.
Gambar diatas saya tunjukkan diode yang telah saya keluarkan dari tempat asalnya.
 
Video disebelah ini saya menunjukkan yang kerja membaiki telah pun selesai. Pada mula kerja pembaikan ni saya fikir mungkin payah juga nak dapatkan komponen tetapi alhamdulillah nasib menyebelahi saya kerana saya mendapat alat ganti dari Motherboard laptop lama yang rosak. Begitu juga denga IC saya mengambil dari Motherboard tersebbut juga, dan sekarang ni tablet saya dah pun beroperasi semula.
Setelah selesai memasang komponen diode dan IC pada tempat asalnya saya memasang kembali wayar dari bateri dan sekarang saya mendapat bacaan normal pada litar power pada Mainboard. Diatas adalah nilai voltan bekalan pada masa tablet dalam keadaan OFF ( sebagai rujukan ).
Gambar diatas ni pula serba sedikit saya boleh ceritakan tentang litar dan bahagian-bahagian tertentu yang saya nyatakan didalam gambar tersebut sebagai panduan para pembaca. dan untuk IC AXP209 saya telah meletakkan heatsink diatasnya supaya plat aluminium tersebut boleh menyerap haba yang terhasil darinya supaya lebih tahan lama.

Setelah hampir 3 jam menghabiskan masa mendiagnos masalah litar dan kerja menukar komponen yangg rosak akhirnya tablet saya kembali bekerja seperti asal dan semoga pengalaman saya bisa menjadi pengetahuan buat para teman-teman yang masih sudi membaca dan dengan sifat ingin tahu yang tinggi.
Tiada masalah yang tiada penyelesaian dan sekiranya anda ada sebarang komen dan pertanyaan jangan malu dan segan untuk berkongsi pendapat dan pertanyaan, insyaallah saya akan sedia membantu. Selepas kejadian yang berlaku pada tablet saya pada masa tu, sekarang ni saya dah pun membaiki lebih dari 10 jenis model yang berlainan tablet dan alhamdulillah semuanya kembali bekerja seperti biasa.
Saya bukanlah insan yang hebat tetapi saya sukakan cabaran dan setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Kalau ada pertanyaan boleh tinggalkan komen dibawah atau kehalaman facebook saya atau terus ke alamat email saya asriman78@gmail.com.

Rabu, 9 Januari 2013

Acer Aspire One motherboard rosak !!!

Acer Aspire One motherboard faulty !!!

Sebagai ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua, di penghujung tahun 2012. Seorang pelanggan saya mempunyai masalah dengan Notebook yang rosak iaitu Acer Aspire One, apabila disambungkan dengan power charger tiada lampu yang menyala dan langsung tiada bunyi kipas dan ini boleh di kemugkinan besar Motherboard sudah berlaku litar pintas pada bahagian Power Supply Inverter.

Masalah mulanya berpunca dari Power supply charger yang sudah litar pintas dan menyebabkan board mengalami litar pintas pada DC/DC inverter.
Dalam bulatan tu adalah litar pintas telah berlaku akibat voltan berlebihan yang berpunca daripada Diod power yang telah kehilangan nilainya dan menyebabkan inverter IC telah terbakar dan pada pandangan saya litarnya mungkin juga telah putus akibat masalah itu.
Di atas ni menunjukkan rajah yang berkaitan dengan nilai voltage yang masuk dan voltage yang ada pada masa board tersebut dalam keadaan standby.

litar dimana tempat bermulanya power supply dari charger luar.
dan ini adalah litar yang bertindak untuk menjalankan cas batteri untuk board tersebut, dan disini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana kerja memeriksa setiap kemungkinan masalah bermula. Disebabkan board ini hanya ada voltage selepas litar inverter +5V dan +3V saja, dan lagi pun inverter IC terbakar teruk dan juga litarnya maka saya mengambil keputusan untuk menukar Motherboard.

Di Malaysia ni kalau kita nak cari sendiri motherboard kat luar tu memang payah, apatah lagi kalau kita nak spare part dari agen nya sendiri pun belum tentu boleh dapat.

Jadi saya membuat research di online dan offline, harga di KL untuk motherboard acer aspire one ni lebih kurang dalam RM6++ dan di sebelah P.Pinang juga lebih kurang sama dan semuanya spare part ini kena order dari Singapore kata mereka dan nak kena tunggu lebih kurang seminggu baru sampai itu pun kalau tiada masalah.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli motherboard Acer Aspire One itu di Online dengan harga dalam sekitar RM328.61 sekali dengan kos penghantaran dan penghantaraan cuma mengambil hanya 15 hari saja dari tarikh saya order, terus sampai kerumah.

Dalam gambar ini saya tunjukkan yang board baru saya dah pun sampai, sebelah kanan adalah board yang rosak dan kipas CPUnya saya tak buka lagi dan disebelah kiri adalah board yang baru untuk ACER D260 NAV50 532H.

inilah board baru ACER D260 NAV50 532H.

Maaf sebab gambar ni tak berapa jelas sebab gambar kabur :).Merujuk kepada nombor siri board tersebut di bahagian RAM bank slot.

Ok, sekarang ni masa untuk memasang balik board tersebut dan untuk masalah ini saya tak sempat membuat rakaman video, tetapi insyaallah untuk masa yang akan datang saya akan tunjukkan bagaimana hendak memeriksa board dan memasang balik berserta rakaman video.

Dalam bulatan merah tu merujuk kepada pin slot untuk LCD screen.

1. LCD screen pin slot. 2. Bateri connector. 3. Harddisk. 4. USB, Audio Board. 5. Connection board dari main board ke plug and play board. 6. Bluetooth board. 7. Memory bateri untuk BIOS. 8. Pin slot untuk power supply jack soket.


1. LCD screen pin slot. 2. Keyboard pin slot. 3. LED indication pin slot. 4. Touch pad pin slot.

1. Wireless WIFI board. 2. Harddisk.

Selepas semua bahagian dah dipasang dan sekarang ni masanya untuk menhidupkan power dan untuk mengemaskini semua data di bahagian BIOS dan SYSTEM untuk hardware yang baru bagi OS System yang lama.

sekarang ni semuanya berjalan dengan lancar, power button pun dah menyala lampunya serta boot system sekarang ni dalam keadaan yang ok.

sekarang ni pula dia tak boleh nak start up seperti biasa kerana system tengah update semua komponen hardware yang baru kena dikenal pasti identitinya dan ia akan reboot selepas proses ini selesai.

Dan inilah hasilnya, Acer Aspire One dah pun kembali beroperasi seperti biasa dan sekarang ni pula saya akan memasukkan semua driver yang berkaitan seperti Audio,Touch pad, Bluetooth, WIFI,Network card, Graphic, dan lain2 software yang patut untuk Window 7.
Untuk pengetahuan Notebook ini saya format menggunakan USB yang telah diformat untuk OS System Window 7.

Akhirnya notebook tadi selamat dirawat dengan menukar motherboard, sebelum membuat sesuatu kita harus tahu dan selidik dahulu sebelum membuat keputusan. Pengalaman ini saya kongsikan supaya dapat sesiapa yang baru memahami bagaimana untuk membaiki notebook, laptop, desktop dengan lebih mudah.Sekiranya ada sebarang pertanyaan, insyaallah saya sedia membantu dengan yang termampu dan blog ini saya akan sediakan perkara yang boleh dijadikan pengetahuan kita bersama. Akhirrulkalam yang baik dari Allah dan yang buruk dan lemah itu dari diri saya yang dhoif. Boleh hantar email atau pm saya di facebook.