Bagaimana setting Jam Azan dengan ringkas
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan juga pengetahuan bagaimana cara nak setting jam azan yang sama waktu dengannya...
Ramai dikalangan kita menang membeli tetapi kalah dalam penggunaan, dan seboleh-bolehnya biarlah kita menjadi win and win situation. Ok, jam ini paling banyak digunakan di surau-surau dan masjid, serta ada segelintir saja yang membeli untuk diletakkan dirumah.
Inilah gambar jam azan yang saya maksudkan, ia adalah buatan china yang menggunakan double side printed circuit board (pcb) serta menggunakan eeprom untuk menyimpan data.
Jam ini menunjukkan Masa ( jam, minit ), Tarikh ( hari, bulan, tahun ) dan juga tarikh untuk mengikut kalendar Islam, Hari ( Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad ), Kod Bandar ( dity code ), Bacaan Suhu ( Celsius, Fahrenheit ), Masa solat ( Subuh, Syuruk, Dzuhur, Asar, Maghrib, Isya ).
Seperti gambar yang di atas, terdapat enam button suis yang mempunyai fungsi mode, set, city, talking, up dan down untuk digunakan merekodkan data dalam sistem jam ini.
Pertama sekali, setkan masa jam mengikut masa sebenar mengikut negeri atau kawasan masing-masing. iaitu dengan menekan button (set) indicator jam akan berkelip dan kemudian tekan button (up) atau (down) untuk melaraskan masa.
*Disini cuma ada dua indication, iaitu masa untuk jam dan minit sahaja... tiada masa untuk saat.
(langkah pertama, menentukan masa untuk jam)
(langkah kedua, menetukan masa untuk minit)
Selepas menetukan masa untuk jam dan minit sekarang tekan button (up) atau (down) untuk menentukan waktu pagi (am) dan waktu petang/malam (pm).
Sekarang ni kita beralih pula kepada menetukan tarikh mengikut kalendar Islam atau kalendar Masihi. Untuk menentukan tarikh yang mana yang hendak digunakan, set kepada normal iaitu dalam keadaan tiada indication yang berkelip, hanya tekan button (up) untuk menukar dari kalendar Masihi kepada kalendar Islam dan begitu sebaliknya dari kalendar Islam ke kalendar Masihi. Apabila kalendar sudah ditukar semasa proses normal, dan sekiranya kita masuk ke proses setting ia tidak akan berudah kepada kalendar yang lain kerana sekarang untuk setting ia akan mengikut tarikh pada kalendar yang kita setkan pada keadaan normal. Maksudnya sekiranya keadaan normal kalendar Islam dan semasa proses setting, ia akan pergi ke kalendar Islam dan sekiranya kalendar Masihi pada keadaan normal maka semasa proses setting ia akan pergi ke kalendar Masihi.
* Harus diingat kalendar Masihi dan Kalendar Islam tidak akan synchronize, kerana ia harus di set secara manual dan maksudnya kalau anda menetukan tarikh untuk kalendar Masihi dan pada kalendar Islam ia tidak akan berubah secara auto mengikut betul-betul tarikh yang sepatutnya.
Ok sekarang tekan button (set) sampai LED untuk hari berkelip, sekarang tekan button (up) atau (down) untuk menentukan hari.
Kemudian tekan button (set) sekali lagi untuk menentukan bulan pada tarikh tersebut.
Selepas menukarkan hari, bulan dan kemudian tekan button (set) sekali lagi untuk beralih menentukan tahun. Untuk indication hari dibawah ia berubah secara auto, ianya bergantung kepada tarikh yang telah disetkan dan LED akan menyala menunjukkan hari dalam seminggu.
Ok, sekarang ni untuk city code, sekarang ni tekan button (city) dan LED code akan berkelip bermula dari belakang kod tersebut. Tetapi disini saya setkan kod bandar mengikut masa yang terdekat dangan waktu solat dengan berpandukan takwim atau jadual waktu solat mengikut tempat masing-masing. Sekarang ni saya menetukan masa jam ini mengikut takwim untuk negeri kedah bagi zon 2. Selepas city code di set mengikut masa yang hampir sama dengan kawasan dengan berpandukan takwim, memang masa tidak sama tetapi yang penting pastikan masa syuruk iaitu matahari terbit dari paparan jam sama dengan takwim agak-agak sama dan kalau tidak sama pun kemungkinan berbeza diantara (+) atau (-). Maksud saya sekiranya paparan waktu syuruk didalam jam selepas menekan kod adalah 7.20 am tetapi dalam takwim menunjukkan 7.16 am, memang masa tidak akan dapat tepat kerana ia harus di set pula nanti pada masa itu sendiri nanti.
Masih dalam setting untuk masa solat, selepas kita menetapkan city code tadi. Sekarang ni tekan button (set) sehingga LED berkelip pada bahagian waktu solat seperti gambar diatas, untuk setting masa ini LED yang menunjukkan masa jam tidak akan menyala kerana sekarang ini hanya LED bahagian minit sahaja yang akan menyala iaitu bermula dari ( __:00 ). Bermula dengan masa Alfajar iaitu subuh, sekarang ni LED berkelip dan tekan button (up) untuk tambah minit atau tekan button (down) untuk menolak masa sebenar yang ada. Sekiranya, semasa setting city code tadi subuh menunjukkan 5.49 am dan mengikut waktu yang ada pada takwim ia seharusnya 5.52 am, ini bermaksud tekan button (up) sehingga mendapatkan bacaan sebenar kepada 5.52 am. Dan sekiranya masa tadi 5.49 am, tetapi pada takwim sepatutnya 5.40 am maka ini bermakna nilai minit kena dikurangkan dengan menekan button (down) sehingga mendapat nilai 5.40 am dari nilai asal tadi ialah 5.49 am. Perlu diingat sekiranya menekan button (down) ini bermaksud kita menolak masa yang sedia ada dan LED tersebut akan memaparkan nombor dengan simbol ( tolak / - ) iaitu seperti ini ( _-:12) dan indication ini menunjukkan nilai sekarang ialah -12.
Setelah selesai menetukan semua masa mengikut takwim, maka akan terpapar setting seperti diatas. Disini hanya ada semua dalam nilai tambah tiada nilai tolak kerana saya mengikut masa dalam jadual takwim di negeri kedah untuk zon 2.
Setelah selesai setting minit untuk masa tadi dengan menambah nilai minit atau menolak, sekarang ni kita beralih pula kepada masa azan dan sistem bunyi. Sekiranya kita tidak menetukan masa azan, jam ini akan mengeluarkan bunyi azan pada setiap semua setting. Tetapi sekiranya kita tidak menetukan masa bila ia harus azan atau tidak, maka pada waktu syuruk jam ini pun akan mengeluarkan bunyi azan pada masa matahari terbit. Jadi untuk mengelakkan jam ini mengeluarkan bunyi azan pada masa syuruk kita harus menutup setting untuk bunyi pada masa tersebut.
Sperti gambar diatas saya tandakan petak, kenapa ada diantara double dot tersebut menyala atau tidak ini menunjukkan masa bila jam harus mengeluarkan bunyi azan atau tidak. Untuk double dot yang menyala ini menandakan masa ini, apabila sampai waktu pada masa tersebut, jam ini akan mengeluarkan bunyi azan dan sekiranya double dot tidak menyala dan apabila masa sudah sampai pada masa yang ditentukan ia tidak akan mengeluarkan bunyi azan.
Tetapi sekarang ni berbeza dari setting tadi, sekarang ni tekan button mode sampai LED berkelip pada waktu solat seperti gambar diatas dan sekarang ni tekan button (up) atau (down) untuk mengaktifkan LED untuk double dot pada masa tersebut. tekan button (mode) sekali lagi untuk beralih kepada masa yang seterusnya.
Setelah selesai menetukan masa solat tadi dan penerangan terakhir saya ialah untuk menetukan paparan suhu dari Celsius kepada Fahrenheit hanya menekan button (down) pada keadaan normal dan indication akan berubah. Untuk menutup suara hanya menekan button (talking) dan suara akan hilang dan button ini juga digunakan untuk menguji sama ada jam boleh mengeluarkan bunyi atau tidak hanya menekan button (talking) pada keadaan biasa.
Sekiranya ada yang menggunakan jam azan seperti ini, bolehlah gunakan artikel ini sebagai panduan dan untuk jenis dan model yang lain insyaallah ianya bergantung kepada pengeluar dan untuk jam jenis ini ia hanya menggunakan 3 nombor kod dan ada jenis yang lain ada yang menggunakan 4 code.
Saya hanya ingin berkongsi ini kepada semua, supaya pengalaman dan pengetahuan ini dapat kita kongsikan bersama. Insyaallah sekiranya ada kebaikan ianya datang dari Allah dan sekiranya ada keburukan ia dari kelemahan diri saya.
terima kasih atas info ini. kebetulan saya sedang setting jam surau saya.
BalasPadamok trime kasih.. city kod bagi selangor apa ye?
BalasPadamSimpang 4 tasik pulau pinang seberang perai selatan.. mengunakan kod brapa sebenarnya.. sy mengunakan kod 583 skrg ni.. waktu azan terlalu awl dgn waktu yg sebenar
BalasPadamsalam
BalasPadamsaya nak tahu city code shah alam
shah alam 583 ... tu yg terhampir, pastu ejas semula ... tq atas DIY, sgt2 membantu ... jazakaLlahulkhair ...
BalasPadamJazakallahu khairan :-)
PadamNak ejas mcm mn ye tuan.. Isyak 8.12.. Tp dkt jam ni 8.06.. Jd 8.06 dh azan
Padamcity code utk ipoh ape ye?
BalasPadamSaya pun bertanya city code yg sama
Padamcity code untuk Labuan apa yer? mohon pertolongan...terima kasih :)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBoloeah saya tahu City Code untuk Mukah Sarawak ?
BalasPadamPenerangan tidak berapa mudah. Banyak perkara yg tertinggal.
BalasPadamUsaha lagi
BalasPadamUsaha lagi
BalasPadamLahad datu sabah kod dia apa ya
BalasPadamLahad datu sabah kod dia apa ya
BalasPadammasalah nak dapatkan kod yg betul. Sekarang guna kod 585 utk Mka. tetapi masih lagi waktu solat kena ubah cara manual. Autonya tak betul.
BalasPadamMcm mn nk setting 24jam..lupe dah cara nk set..bleh beri tunjuk ajar tak
BalasPadammacam mane nak perlahan kan bunyi azan dan beep...terlalu kuat untuk saiz rumah saya mohon tuan tunjuk ajar
BalasPadamAmat bermanafaat. Terims kasih.
BalasPadamApa city code Pulau pinang daerah seberang perai yee
BalasPadamApa city code Pulau pinang daerah seberang perai yee
BalasPadamApa city code Pulau pinang daerah seberang perai yee
BalasPadamBagaimana nak hilangkan bunyi "alarm" (bukan bunyi azan)
BalasPadamuntuk daerah tampin,negeri sembilan berapa ye kod dia
BalasPadamSaya nak tahu cod tampin
Padamtiada jawapan utk kebanyakan soalan-soalan di atas. saya pun nak tau utk kod solat bagi negeri pulau pinang?
BalasPadamTerima kasih bro,artikel ini membantu,pakai kat Surau settingnya dah out plk tu,aku pun tgh tercari2 cara setting yg betul utk digital clock ni.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPenerangan yang baik, ramai yang tanya code city tempat masing-masing. saperti yang penulis nyatakan tiada code khusus untuk setiap kawasan kita kerana set-set jam azan selepas ini perlu di set kan mengikut lokasi kordidnat. jika jam tuan-tuan tidak boleh set mengikut cordinat. tuan-tuan boleh guna code yang di guna penulis 583, 587, 585 dan terhampir. dan kemudian laraskan setiap waktu solat satu persatu. waktu ini juga kena di semak setiap minggu...
PadamAssalamualaikum nak tahu kod negeri sembilan kawasan port Dickson
BalasPadamBoleh tahu code bagi ipoh perak??
BalasPadamSaya setting code untuk tapah perak guna 040
BalasPadam040 tu saya guna waktu yg hampir..jadi dlm setting minit kena tambah atau tolak utk dapatkan waktu solat sebenar mengikut takwim
Padam040 tu saya guna waktu yg hampir..jadi dlm setting minit kena tambah atau tolak utk dapatkan waktu solat sebenar mengikut takwim
PadamSy ade masalah untuk setting am/pm. Sy dah ikut step by step tp x boleh setting. Harap dapat bantu. Tk
BalasPadamApa city code utk alor gajah melaka ea?
BalasPadam585
PadamApa city kod untuk segamat johor
BalasPadamApa city kod untuk segamat johor
BalasPadamAda model yg bole support takwim Jepun.
BalasPadamAtau kat mana ada produk ini.Trm Kasih.
panduan set jam juga boleh didapati di laman web rasmi jam azan buatan malaysia www.JamAzan.com
BalasPadamMintak tolong....jam sy Dr subuh hingga isyak, semua ade assolatuhairum minan naummmmm..( azan subuh)
BalasPadamTuan,nk tanya dh selesai ke masalah azan subuh pd semua waktu azan tu..?
PadamSaya pun ada masalah same..
Belom... Skrg lgsung x de bunyik da....trus bli yg promas punye....
PadamUtk kod hulu terengganu apa yer?
BalasPadamUtk kod hulu terengganu apa yer?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamminta code city untuk daerah cilacap indonesia
BalasPadammcmne nk repair kalau paparan kt tarikh tu keluar garis putus2..yg lain ok je
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAgak membantu......tankiu
BalasPadamKod utk kuala langat...buku pnduan da hilang..
BalasPadamsiapa boleh bantu saya setkan jam surau sepertimana gambar jam solat digital di atas. Sekarang semua digital menunjukan angka 8.
BalasPadamAdakah ianya rosak atau setting lari? Perlu diprogramkan semulakah jadual takwin terkini?
Macam mana cod untuk kuching sarawak?
BalasPadamSyukran jazilan saudara asriman , artikel ni membantu saya selesaikan masalah setting jam di surau taman saya , buku manual dah takde.Untuk kawasan ampang / cheras bleh guna code city 584, kena adjust sikit² jer.
BalasPadamJazakallahu khairan ..Moga Allah balas jasa baik saudara. Amiinn
city code bagi bandar tawau sabah apa yea??
PadamCity code bagi kelantan??
BalasPadamcity code selangor kajang berapa ya
BalasPadamtuan2 semua , tuan2 boleh mendaptkan jam azan buatan Malaysia yg mana waktunya tepat, harga kompetitif, tahan lasak, ada jaminan kerosakan .
BalasPadamtak perlu setting yang komplex,
harap membantu
apa kod muar ek.
BalasPadamSalam.. macam mana nak setkan jam ni dari 24 jam ke 12 jam?
BalasPadamKalau nak setkan dari waktu 24jm ke 12jam tu cuma tekan button city lama2
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamcara nak set waktu solat mcm mne?
BalasPadamAlhamdulillah dapat membantu bera pahang 585 lepas tu adjust waktu solat +- terimakasih
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamGua Musang berapa cod daerah
BalasPadamklo seting code city jakarta brapa ya.. mohon dibantu
BalasPadamAssalam klu code untuk johor mcm mana ye?
BalasPadamSye dah putus asa dh ni cari code kemaman atau terengganu..
BalasPadamSape nk takwin sy nti sy bg sajew.. Tp pos kene byar sendiri.. Dah tawar hati nk setkan takwin nie... Same mcm dlm pic ok.
BalasPadam#0139043331
Padamkod untuk alor setar
BalasPadamKenapa azan tak berbunyi
BalasPadamNak tahu city kod tampin
BalasPadamMohon kod kawasan bagi renggam johor slm daerah kluang
BalasPadamKode buat kota-kota di indonesia ada gak?
BalasPadamsaya ada dua bijik jam ni. tapi sejak semalam 1hb January 2022 kedua2nya keluar no. 88888... bila switched-off and switched-on balik, sama je keluar no. 88888... tapi bila switched-off and switched-on 2nd time dah padam semua LED.... kedua2 jam macam tu... ada siapa2 having the same problem?
BalasPadamBlackjack Archives - JTM Hub
BalasPadamBlackjack is a real game with more than 50 tables and 군산 출장안마 multiple variants. As a 양주 출장마사지 side 통영 출장마사지 bet, you must 밀양 출장샵 make two bets on the dealer to get three 부산광역 출장안마 different cards. This is