-->

Isnin, 7 Januari 2013

Kenapa habiskan duit yang banyak untuk mengecat kereta seandainya boleh di rawat?



Cara-cara untuk menghilangkan kesan calar untuk cat kereta.
 
Bagi masalah Deep Paint Scratch perlu di touch up Primer coat dan Base Coat sebelum menggunakan G3, Paint Scratch perlu du touch up Base Coat sebelum menggunakan G3 dan bagi Clear Coat Scratch, Oxidation dan Stains perlu menggunakan kertas pasir untuk menghilangkannya dan seterusnya menggunakan G3 sebagai menambah balik lapisan clear pada permukaan tadi.
1.       Sediakan bahan-bahan seperti berikut:
a.       Air sabun ( Sebaik-baiknya shampu dan bukannya sabun pencuci baju )
b.      Air biasa ( Air paip )
c.       Kain seluar jean seperti ( seluar jean stretch corduroy ) atau jean biasa.
d.      G3 Paste Compound untuk memotong permukaan clear, iaitu lapisan luar cat.
e.      Wax jenis pasta atau krim sebagai proses akhir untuk menjaga permukaan cat selepas proses memotong permukaan clear.
f.        Kertas pasir dengan nilai 2000 atau 1500.
g.       Kain microfibre static atau kain lembut yang menyerap habuk.
h.      Mesin polish kalau ada, sekarang ni mudah je nak mendapat mesin polish kat kedai Accessories kereta dengan harga yang murah.
1. Kain lembut 2. Kertas pasir nilai 2000 atau 1500 3. G3 Paste Compound  4. Kain dari seluar jean stretch corduroy  5. Kain microfibre static  6. Kain stretch corduroy untuk penggunaan mesin polish  7. Kain lembut untuk penggunaan mesin polish  8. Polish wax jenis paste  9. Botol spray air
2.       Kesan calar yang boleh dirawat dengan menggunakan G3 adalah kesan calar yang tidak mengenai lapisan kedua cat tersebut iaitu, seperti yang ditunjukkan digambar dibawah.
Kesan calar yang kasar dan halus pada permukaan cat.
Seperti gambar yang sebelah ini, kesan calar tadi saya buatkan tanda dengan tape kertas supaya kita boleh membedakan, yang mana sudah diberi proses dengan menggunakan G3 tadi dan yang mana tidak terkena proses tadi.
3.       Sediakan bahan untuk memulakan proses menghilangkan calar, iaitu air sabun, kertas pasir seperti berikut:
1. Kertas pasir  2. Air sabun  3. Span keras dan sekiranya tak ada boleh gunakan kayu atau kalau nak juga cari sandel atau selipar yang tak guna potong supaya menjadi seperti berikut.
Bahagikan kertas pasir tadi dan balutkan dengan span keras tadi supaya mendapat permukaan kertas pasir yang rata, supaya mudah untuk proses mengosok permukaan yang hendak kita hilangkan calarnya.


Basahkan bahagian yang hendak kita hilangkan calar tadi, kerana proses mengosok menggunakan air adalah terbaik supaya kertas pasir tadi tidak terlekat habuk padanya, dan tempat kerja kita pun selamat dari habuk halus yang terhasil dari kerja memotong permukaan yang calar tadi. 

Gosokkan ke atas permukaan hendaklah dengan tidak menekan terlalu kuat keatas permukaan tadi, dan gosokan yang terbaik ialah dengan mengikut arah lawan jam, proses ini hendaklah kita lakukan sehingga hilang kesan calar tadi dan sebaiknya untuk memastikan kesan calar itu hilang, bilas dulu dengan menggunakan air biasa.
Disebelah kiri adalah kesan selepas digosok dengan kertas pasir tadi dan tampak kelihatan sebam dan berbeza pula pada bahagian kanan yang masih berkilau. Selepas permukaan tadi digosok kita boleh lihat kesan calar hilang.
4.       Proses seterusnya adalah mengilap dan memotong permukaan tadi dengan menggunakan G3 Compound. Untuk proses ini bahan G3 tadi haruslah sentiasa lembab dan jangan biarkan ianya kering kerana ia amat berbeza dengan wax yang biasa kita gunakan iaitu wax biasa, apabila kita dah sapukan kepermukaan tadi kita kena biarkan kering dan kemudian barulah kita lapkan dengan menggunakan kain lembut.

Menyapu G3 Paste Compound pada permukaan yang telah digosok tadi.
Menyapu kali kedua G3 Paste Compound, kebiasaannya saya akan menggunakan mesin polish bukan dengan tangan.
Sapukan paste G3 Compound tadi di atas permukaan ynag baru kita gosok dengan kertas pasir tadi, kemudian basahkan sedikit dengan air dengan menggunakan spray ( guna air biasa dan bukan air sabun ). Kebiasaannya, pada masa ini kita perlukan mesin polish dengan menggunakan kain jean stretch corduroy tadi untuk mengosoknya, tetapi pada masa ini saya hanya menggunakan kain jean stretch corduroy dan mengosok menggunakan tangan. Perlu diingat, bukan mudah untuk kita mengosok sebuah kereta dengan menggunakan tangan dan ada baiknya pergi kekedai aksessori kereta dan dapatkan mesin polish yang tak berapa mahal harganya. Contohnya seperti gambar dibawah
Terdapat banyak jenis mesin polish dipasaran dan diantaranya kita hanya boleh dapat dengan harga RM 45 ~ RM 60.
5.       Permukaan yang telah digosok dengan bahan G3 tadi telah kembali menjadi gloss dan telah hilang sebam dan kesan calar. Tetapi proses ini perlu diulang dari mula, seandainya masih ada kesan calar dan akhirnya apabila kita berpuas hati dengan keadaan permukaan cat itu yang sudah dirawat maka kita akan terus ke proses seterusnya iaitu perlu menambahkan wax diluarannya, sebagai melindungi ia dari kesan panas matahari ( sinar UV ) dan dan kelembapan hujan.
Mengosok permukaan yang telah disapu G3 Paste Compound dengan kain seluar jean stretch corduroy.
Seperti dapat kita lihat, tadi permukaan yang sebam sudah menjadi licin dan berkilau kembali selepas digosok dengan menggunakan G3 dan kain jean stretch corduroy.
Kain jean stretch corduroy digunakan untuk proses memotong permukaan yang sebam tadi menjadi licin dengan menggunakan G3 Compound.
Proses terakhir ialah menggunakan perapi atau penjagaan kulit. Bukan untuk muka, tetapi untuk perlindungan kulit cat tadi dari pancaran sinar UV dan kelembapan hujan maka saya mengesyorkan polish sintetik .
wax berfungsi sebagai lapisan luar bagi clear coat untuk melindunginya daripada sinaran UV dan hujan serta kekotoran.
sapukan wax keatas permukaan cat tadi.
  proses terakhir mengelap wax tadi dengan menggunakan kain lembut, untuk pengetahuan saya lebih minat mengelap wax tadi sewaktu ia masih dalam keadaan lembab berbanding kering.
sapukan wax tadi dan lapkan ia mengunakan kain lembut atau dengan menggunakan mesin polish dengan kain yang berbulu. Cara mengosok masih seperti melawan arah jam dan gosok ia dengan kain sampai hilang bekas wax tadi.
Selepas digosok dengan wax dan kain lembut tadi kini permukaan tadi semakin licin dan menyerlah glossnya. Lihat perbezaan gambar diatas disebelah kiri yang telah dipolish dan keadaan disebelah kanan yang tidak dipolish dan kesan calar masih nampak kerana tidak digosok dengan kertas pasir dan gosok dengan menggunakan G3 Compound.
Perbezaan yang ketara dalam petak merah itu adalah kesan calar yang tidak digosok dengan kertas pasir dan G3 Compound. Dan beza di antara permukaan sebelah kiri yang telah dipolish dan permukaan sebelah kanan yang belum dipolish.

·         Sebagai pengetahuan kereta yang digunakan sebagai demo ini adalah kereta saya sendiri dan bukan kereta orang lain.
Bersama Ilustrasi ini saya sertakan juga video yang berkaitan dengan kerja memperbaiki kesan calar pada permukaan cat kereta. Kenapa perlu menghabiskan beratus ringgit, sedangkan kita sendiri boleh membaiki kerosakan cat tersebut. Harga untuk mengecat sebuah kereta pada kebiasaannya amatlah mahal dan terkadang kita akan terasa tak berbaloi kerana banyak lagi yang boleh dugunakan untuk kewangan yang ada. Jadi, setiap kebaikan itu memerlukan usaha dan keingginan daripada kita sendiri untuk merubahnya. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka berusaha ingin merubahnya. 
Sekiranya ada pertanyaan bolehlah email saya atau bagaimana hendak mendapat bahan-bahan yang digunakan.
( Di sediakan oleh A.Asriman )

10 ulasan:

  1. Saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan kepada semua yang berkunjung, terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih abg asriman.. Semoga ilmu pengetahuan tersebut memberi manfaat buat kita sume.. Smoga panjang umur, dimurahlan rezeki.. Aamiinn

      Padam
  2. Assalam, tahniah dan terima kasih en asriman. jarang sgt org kita di Mlaysia ni nk bkongsi ilmu semacam ini di internet. X sperti di sesetengah negara jiran kita. Sya sndiri pn byk mrujuk di blog luar negara utk dapatkn ilmu sebegini. Teruskan usaha yang murni ini. Salah satu cabang saham akhirat. Insha Allah.

    BalasPadam
  3. melihatnya seribu kali tidak sama dengan melakukannya sekali....nampak cam senang bila buat belum tentu jadi....

    BalasPadam
  4. Salam, mana nak beli paste compound G3 tuh? tq

    BalasPadam
  5. salam en asriman...boleh ke clear coat kita spray 2x?? spray selang 1 hari.

    BalasPadam
  6. Untuk calar2 ringan boleh guna basic h shaklee.nak tau lanjut blh watsapp akak 0197752407

    BalasPadam
  7. HILANGKAN CALAR/POLISH BODY/KILATKAN HEADLAMP untuk hanya kurang dari RM30!!!

    ☆Calar di body kereta?
    ☆Lampu hadapan kusam dan kekuningan?
    ☆Kesan goresan duit syiling?
    dapatkan segera ----->

    ☆☆☆MAGICAL CAR SCRATCH REMOVER☆☆☆

    BELI SATU (1) = RM25.90 + Poslaju RM7.00
    BELI TIGA (3) = RM75.00 + Poslaju RM7.00
    BELI LIMA (5) = RM120.00 + Poslaju RM7.00

    Normal Price: RM 25.90 + Poslaju RM7.00

    BERMINAT MENJADI STOKIS DAN EJEN?
    +6016-7430137 (Whatsapp/SMS)

    Pengiktirafan:
    ● Pernah Memenangi anugerah EMAS IIDEX 2015 UiTM Shah Alam
    ● PernahMemenangi anugerah PERAK RIID 2014 UiTM Melaka

    Kesesuaian Produk:
    ■Sesuai untuk semua jenis kereta
    ■Sesuai untuk semua jenis permukaan bercat
    ■Tidak menghakis
    ■Produk bersifat mesra alam iaitu berasaskan SEKAM PADI
    -----------------------------------------

    ♡♡TERMA DAN SYARAT♡♡

    # Semua urusan melalui POS LAJU
    #Tiada COD
    #Dijamin penghantaran sampai terus ke rumah/pejabat
    #Tidak bazir petrol dan masa

    POS:
    1. Penerimaan: Pos Laju(2-3 hari bekerja)
    2. Pengeposan: hari SELASA dan KHAMIS sahaja/Tiada pengeposan pada hari sama

    PAYMENT/BAYARAN:
    SMS/Whatsapp <+60167430137> untuk maklumat lanjut

    Email: istiqamahcemerlang86@gmail.com
    Contact: +60167430137 (Whatsapp/SMS)

    BalasPadam
  8. HILANGKAN CALAR/POLISH BODY/KILATKAN HEADLAMP untuk hanya kurang dari RM30!!!

    ☆Calar di body kereta?
    ☆Lampu hadapan kusam dan kekuningan?
    ☆Kesan goresan duit syiling?
    dapatkan segera ----->

    ☆☆☆MAGICAL CAR SCRATCH REMOVER☆☆☆

    BELI SATU (1) = RM25.90 + Poslaju RM7.00
    BELI TIGA (3) = RM75.00 + Poslaju RM7.00
    BELI LIMA (5) = RM120.00 + Poslaju RM7.00

    Normal Price: RM 25.90 + Poslaju RM7.00

    BERMINAT MENJADI STOKIS DAN EJEN?
    +6016-7430137 (Whatsapp/SMS)

    Pengiktirafan:
    ● Pernah Memenangi anugerah EMAS IIDEX 2015 UiTM Shah Alam
    ● PernahMemenangi anugerah PERAK RIID 2014 UiTM Melaka

    Kesesuaian Produk:
    ■Sesuai untuk semua jenis kereta
    ■Sesuai untuk semua jenis permukaan bercat
    ■Tidak menghakis
    ■Produk bersifat mesra alam iaitu berasaskan SEKAM PADI
    -----------------------------------------

    ♡♡TERMA DAN SYARAT♡♡

    # Semua urusan melalui POS LAJU
    #Tiada COD
    #Dijamin penghantaran sampai terus ke rumah/pejabat
    #Tidak bazir petrol dan masa

    POS:
    1. Penerimaan: Pos Laju(2-3 hari bekerja)
    2. Pengeposan: hari SELASA dan KHAMIS sahaja/Tiada pengeposan pada hari sama

    PAYMENT/BAYARAN:
    SMS/Whatsapp <+60167430137> untuk maklumat lanjut

    Email: istiqamahcemerlang86@gmail.com
    Contact: +60167430137 (Whatsapp/SMS)

    BalasPadam