Misi kali ni nak buat welding set sendiri dengan menggunakan barang- barang terbuang
Ramai di antara orang yang suka akan kerja besi mesti akan terfikir untuk mendapatkan mesin pengimpal atau welding sendiri. Ada yang mendapatkan dengan harga yang murah dan bagi yang mementingkan kualiti mungkin membeli dengan harga yang mahal.
Dalam bab rekacipta ni saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya membuat sendiri mesin pengimpal (welding machine) tanpa mengeluarkan modal yang banyak.
Apa yang menyebabkan rod stik welding itu melebur apabila kita litar pintaskan antara stik dan ground. Ianya disebabkan kekuatan Arus elektrik yang dibawa oleh bekalan tersebut.
Disini ingin saya maklumkan bahawa Arus ( Current ) dan Voltan ( Voltage ) adalah perkara yang berbeza dan selalunya apabila kita dengar istilah orang yang tidak mempelajari bab ini mengatakan yang "nilai karren ada pada wayar itu adalah 240v."
Yang merujuk kepada nilai 240V adalah voltan bukannya Arus (Current), kerana tidak semestinya apabila voltan itu tinggi dan arusnya juga tinggi dan begitu juga sebaliknya.
Memang benar pada hukum asasnya Voltan dan Arus berkadaran terus iaitu jalan seiring dan tetapi Rintangan pula berkadaran sonsang iaitu melawan Voltan dan Arus.
Formula untuk menentukannnya ialah V=IR V= nilai Voltan I= nilai Arus R=nilai Rintangan
Ok, tak mengapa nanti saya ceritakan dengan lebih lanjut bagaimana elektrik itu terhasil dan apakah sifat-sifatnya pada bab yang lain. Berbalik pada topik kita iaitu saya mencari kepingan besi yag berbentuk E dan I untuk membuat transformer ( gegelung pengubah naik atau turun ).
Proses pertama ialah membuat lilitan dengan menggunakan wayar tembaga dan wayar biasa. wayar tembaga yang dapat dilihat pada gambar dibawah ini adalah lilitan gelung untuk bekalan Voltan masuk 240V AC dan lilitan wayar yang besar ialah untuk Voltan pengeluaran sebanyak 24V AC. Saya nak jadikan pengubah ini kepada Pengubah voltan turun dan Sebaliknya untuk menaikkan nilai Arus dari nilai dalam 5 Amp kepada 50Amp.
Primary coil ( lilitan masukan pertama ) 735 lilitan +/- 800 lilitan dengan nilai rintangan 7 Ohm.
Voltan masuk 240V AC ( 1.5 Amps untuk litar terbuka )
( 28 Amps untuk litar pintas ) * Ujian kali kedua untuk litar pintas adalah 20Amp.
Secondary coil ( lilitan keluaran kedua ) 47 lilitan dengan nilai rintangan 0.9 Ohm.
Voltan keluar 12.6 V AC ( 4.5 Amps untuk litar terbuka )
( 104 Amps untuk litar pintas ) * Ujian kali kedua untuk litar pintas adalah 223Amp.
Output Power ( Kuasa )
P=VI = 12.6V X 223Amp = 2809.8 Watt
P = 2.8 Kwt.
input Power ( Kuasa )
P = 240V X 20Amp = 4800Watt
P = 4.8 Kwt.
Selesai membuat lilitan tadi, maka bermula pula kerja untuk memasukkan kepingan logam E dan I tadi mengikut urutan satu persatu sampai memenuhi ruang gegelung tengah tadi. Pastikan ianya ketat dan jangan biarkan ia longgar kerana ia akan berlaku kehilangan kuasa elektromagnet pada logam tersebut dan menghasilkan bunyi disebabkan ada ruang kosong yang tidak rapat dan ini akan melemah daya serta boleh menyebabkan lilitan gelung tadi panas dan terbakar.
Jadi beginilah keadaannya bila dah siap, bab membuat transformer sudah siap dan untuk keterangan lebih lanjut tentang asas membuat transformer ( alat pengubah voltan dan arus ) akan saya ceritakan pada bab yang lain pada masa akan datang.
Seperti yang anda nampak terdapat dua transformer didalam bekas ini. disebelah kanan transformer kecil yang menjana lebih kurang 35V AC dan yang disebelah kiri pula menjana dalam 12.6V AC dan untuk pengetahuan input untuk kedua transformer ini saya selarikan sambungannya dan output pula saya sirikan sambungannya supaya saya boleh mendapat voltan dalam nilai 47.6V dan kadaran Arus dalam 95 Amp.
Beginilah keadaan dua biji transformer dan sambungan wayarnya.
Adapter yang anda nampak itu adalah untuk bekalan kuasa kepada kipas penyejuk bagi kotak ini supaya ianya mempunyai sistem pengaliran penyejukkan menggunakan udara. Tidak seperti welding yang kita biasa tengok ia menggunakan minyak sebagai sistem penyejukkan.
Ini adalah patern welding stick yang dah siap dan menanti masa untuk mengujinya, disebelah tepi tu saya pasangkan DOL Starter ( Direct On Line Starter ) untuk memberi keselamatan kepada sistem transformer saya kerana dalam DOL Starter ni ada satu relay Overload Current, iaitu untuk mengelakkan daripada wayar luar terbakar kalau berlaku kemasukan Arus lebih semasa ianya beroperasi.
Sekarang kelihatan lampu DOL Starter sudah pun menyala dan menandakan sistem welding ini sudah on sekarang masa untuk menguji.
Kipas untuk sistem penyejukkan pun dah berpusing dan bekerja dengan elok. Wayar merah yang anda nampak itu adalah, wayar besar yang itu adalah untuk pemegang rod stik dan wayar yang kecil itu adalah untuk ground.
Dibawah ini saya sertakan video yang menunjukkan waktu saya cuba menguji welding tersebut dan maaf kalau gambarannya tak berapa baik kerana saya tidak memakai penghadang cermin mata dan membuatkan mata saya menjadi silau.
Seandainya ada kebaikan ianya datang dari Allah dan jikalau ada keburukan itu adalah dari diri saya yang lemah dan dhoif.
Menarik ....
BalasPadamTuan ,
Saya berminat unt. mengetahui lebih lanjut cara membuat welding machine ni .Bole dpt bantuan tuan kalau saya nak mencuba buat benda ni.
zamree@gmail.com.
terima kasih.
Saya sedia membantu sekiranya saudara ingin mencuba untuk membuat sendiri dan saya akan memberi yang terbaik sekiranya saudara mahu untuk membuat welding stick dan saya berbangga kerana masih ada lagi semangat yang ingin mencuba semoga maju jaya dan kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah hantar email ke alamat saya asriman78@gmail.com ... :)
BalasPadamprimary winding wire gauge apa ukurannya?
Padamassalam..bgs blog ni...boleh kongsi2 maklumat mengenai lektrik n elktronik.
BalasPadamslm..
BalasPadamtq atas perkongsian bermanfaat saudara...=) saya nak kongsikan yg saya ada saudara yg pernah buat rumah dengan company ni..qwaris kalau tak silap saya..
bagus juga layanan & perkhidmatan yg diberikan...
sharing is caring...^_^
Assalamualaikum... mohon untuk bertanya, ada tak risiko bahaya renjatan elektrik dengan rekacipta ni??
BalasPadamaswtn. sy memang teringin nak buat satu, tapi memang tak tahu nak buat. boleh sy upah tn untuk buatkannya? utk kerja luar.
BalasPadamAssalamualaikum....Mohon nasihat untuk kegunaan hobi dll. Saya nak beli mesin welding;-
BalasPadam1) Mana nak pilih antara oil cooled RM250 vs fan cooled RM500
2) Mana satu sesuai . Pro dan Con .
assalamualaikumm
BalasPadammesin basuh toshiba model Aw-9790s....9kg..
Masalah membasuh tak boleh tutup pintu...jika tutup akan keluar ERROR E-2-3
semasa spin kering boleh pulak tutup...
saya sudah buka penel auto interlock ...boleh bagi cadangan apa harus saya buat
supaya interlock berfungsi seperti biasa
saudara,sy berminat untuk membuat sendiri,tetapi sy tidah tahu akan cara susunan peralatan dan wayarnya.boleh bantu sy.tq...
BalasPadamhebat ..unilah pemuda melayu Y hebat.blh share tak cara2 nk buat
BalasPadamMasukkan ulasan anda...apakah jenis minyak yang diguna dalam mesin welding?bolehkah kita guna minyak pelincir biasa
BalasPadamMasukkan ulasan anda...apakah jenis minyak yang diguna dalam mesin welding?bolehkah kita guna minyak pelincir biasa
BalasPadamAssalam tuan..saya menggunakan mesin basuh national 6kg fully auto, basuh boleh dan drain air boleh tp bila nk raise dan spin seakan bunyi motor berdengung tp motor tak jalan pun. Adakah ia disebabkan kapasitor? Sebabnya bila saya tgk dari belakang drain valve tu berfungsi.
BalasPadamAssalam tuan..saya menggunakan mesin basuh national 6kg fully auto, basuh boleh dan drain air boleh tp bila nk raise dan spin seakan bunyi motor berdengung tp motor tak jalan pun. Adakah ia disebabkan kapasitor? Sebabnya bila saya tgk dari belakang drain valve tu berfungsi.
BalasPadamSalam tuan...sya ada mslh msin basuh toshiba auto model AW-9790S..air msuk trlalu perlahan...apa puncanya
BalasPadam