-->

Rabu, 16 Januari 2013

Bagaimana nak buat soldering iron 12Volt DC

Soldering Iron 12Volt DC

Selalunya payah nak buat kerja kalau peralatan kerja tidak lengkap dan kebanyakan soldering iron ni semuanya bekerja menggunakan bekalan elektrik dirumah iaitu 240Volt AC dan untuk mendapatkan yang boleh digunakan semasa kerja luar seperti untuk menyambungkan wayar yang mungkin terputus pada sistem wiring kereta contohnya kena ada soldering iron 12Volt DC yang bekalan kuasanya bukan dari rumah tetapi hanya dengan menggunakan kuasa bekalan bateri kereta sahaja.

Di mana kita boleh dapat glow plug ni??? sebenarnya glow plug ni boleh kita beli kat kedai yang menjual alat-alat ganti kenderaan ( automotive spare parts ). Bagaimana fungsi kerjanya glow plug ni? Didalam glow plug ni terdapat wayar gelung pemanas yang akan berfungsi menjadi panas apabila di bekalkan kuasa elektrik 12Volt atau 24Volt kepadanya.
dalam beberapa saat sahaja ia akan bertukar panas dengan merah menyala di hujung tip nya.

* "Jangan sentuh hujung yang panas ketika ia berfungsi kerana suhu yang terhasil dari kesan pemanas tersebut adalah dalam 800 °C ke atas dan boleh mencapai 1100 °C".

Semasa sering membuat kerja diluar kawasan, saya sering terfikir kalau ada soldering iron yang boleh disambung terus kepada bekalan bateri 12Volt supaya memudahkan kerja. Kerana kalau yang ada pun hanya menggunakan kuasa bekalan 240Volt AC dan yang lainnya hanya menggunakan soldering yang menggunakan gas,Seperti gambar yang dibawah ini.
Soldering iron ini menggunakan gas Butane untuk sistem pemanasnya, dan hanya boleh melakukan kerja yang ringgan sahaja.
Ok, berbalik kepada projek kita kali ini mari lihat bagaimana saya sambungkan glow plug kepada batang besi dengan me welding nut dan mengunci glow plug yang sudah ada alur penguncinya.
Tanda A ialah merjuk kepada nut yang telah saya welding kebatang besi supaya mudah untuk mengunci glow plug padanya. Tanda B pula adalah penyambung hujung wayar yang telah disambung kepada screw glow plug.
Keadaan glow plug yang telah disambung kepada batang pemegangnya untuk memudahkan kerja mengimpal timah ( solder lead ).
Untuk wayar ground saya screw dekat batang besi, kerana wayar ( - ) akan mengalirkan arusnya melalui batang besi terus kebadan glow plug supaya lengkap sambungan litar pemanasnya. Dihujung batang besi ini saya gunakan kayu sebagai pemegang kerana ia juga sebagai mengelakkan kepanasan batang besi yang telah disambung dengan glow plug tadi.

Beginilah rupa soldering iron 12Volt DC saya yang boleh digunakan dengan kuasa bekalan bateri kereta saja tanpa perlu menggunakan kuasa bekalan dari 240Volt AC.

Disini saja tunjukkan bagaimana solder ini beroperasi dengan bekalan DC 14Volt dan saya menggunakan UPS sebagai sumber bekalan. UPS adalah alat yang menggubah nilai voltan dari AC kepada DC dan dari DC kepada AC. Ianya saya gunakan sebagai ganti bekalan dari bateri hanya untuk menunjukkan cara kerja soldering iron tadi bekerja hanya dalam 12Volt DC.
Jadi kepada yang selama ini ingin mencari peralatan kerja dengan mudah ialah hanya dengan sedikit usaha dan anda boleh membuat sendiri peralatan kerja tanpa membeli peralatan yang mahal dan selamatkan badget anda.
Sampai disini dulu bab rekacipta dan insyaallah akan banyak lagi yang akan saya kongsikan bersama pembaca yang ingin memajukan diri dan yang suka membuat projek sebegini selamat mencuba, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya yang lemah ini.

1 ulasan:

  1. nk tanya ..boleh kah soldering iron 240v 30w di baiki..dah tak panas...

    BalasPadam