Membaiki kebocoran NGV gas pada inlet karburator dan mengikat tappet pada rocker arm valve.
Di sebelah Eropah sistem penggunaan gas dinamakan CNG dan di Malaysia ni pula NGV, ramai yang memasang fuel sistem ni sebab pengunaannya jimat dari segi kos berbanding penggunaan petrol. Di Malaysia ni terdapat dua jenis gas iaitu LPG ( Liquid Petroleum Gas ) yang total datangnya dari proses minyak mentah dan LNG ( Liquid Natural Gas ) iaitu daripada sumber tumbuhan atau najis haiwan serta bahan-bahan kompos. Jadi di Malaysia ni kebanyakan penggunaan sumber bakar untuk semua kenderaan meggunakan Gas Methane iaitu NGV iaitu dari LNG.
Saya akan bercerita dengan lebih lanjut tentang apa perbezaan penggunaan gas dengan petrol pada bab yang lain pada masa akan datang, tetapi kini saya nak berkongsi tentang bagaimana hendak membaiki kebocoran yang berlaku pada sistem kemasukan sumber bakar ke kaburator yang menyebabkan enjin akan menjadi tersentak-sentak akibat gas bocor dan kemampatan udara bersatu dengan gas untuk sistem pembakaran terganggu.
Van ini yang mengalami masalah kebocoran pada sistem penghantaran bahan bakarnya.
Anak panah diatas yang saya lukiskan itu adalah menunjukkan sistem indication untuk mengetahui jumlah bahan bakar yang ada iaitu untuk sistem NGV. Anda nampak lampu merah menyala di atas sekali menunjukkan Gas didalam tabung simpanannya adalah penuh dan ia akan menurun sekiranya gas kurang didalam tabung simpanannya.Di tepinya terdapat suis untuk menghidup dan mematikan sistem NGV ini kalau seandainya kita hendak menggunakan sistem petrol.A. Main inlet gas paiping B. Analog meter convert signal to digital signal C. NGV gas output regulator adjusting volume D. NGV solenoid valve E. NGV reducer/ regulator F. Karburator
Gambar ini menunjukkan keadaan yang renggang diantara hose dan Air and NGV mixer.
Air and NGV mixer pandangan dari atas.
Air and NGV mixer pandangan dari bawah.
Keluaran gas ( gas output ) bagi gas reducer/regulator.
NGV solenoid valve yang mengawal kemasukan gas kedalam gas reducer/regulator.
Paip inlet NGV gas dari tabung simpanan.
Solenoid valve yang mengawal kemasukan petrol ke kaburator.
Throttle controller atau main throttle yang mengawal jumlah kemasukan udara masuk kedalam karburator.
Analog bacaan meter yang menyukat jumlah gas dalam tabung simpanan dan menukar kepada signal digital untuk dihantar kepada sistem meter pengukur elektronik.
Paip untuk kemasukan minyak Petrol ke karburator.
Input manifold yang digunakan untuk mengisi NGV gas.
Gambar karburator dari pandangan atas.
Menanti kerja mencuci bahagian-bahagian yang tertentu.
Beginilah keadaan Air and NGV mixer selepas dicuci.
Semua kelihatan bersih selepas dibersih dan dicuci.
Ini adalah shellac compound yang akan digunakan untuk membuat gasket, jenis cecair.
Didalam gambar ini terdapat dua jenis gam gasket yang akan digunakan.
Yang ini pula adalah silicone kelabu jenis pasta yang digunakan untuk membuat gasket.
Ok beginilah keadaan shellac tadi dan sekarang kita akan sapukan pada tempat yang kita nak jadikan ia sebagai gam gasket.
Sekarang shellac tadi di sapukan kepada tred air dan NGV mixer sebagai menguatkan lagi dan supaya tiada lagi kebocoran gas pada sambungan ini.
Sekarang ni saya kuncikan tempat yang disapukan shellac tadi.
Ini adalah NGV gas adjust regulator disapukan dengan silicone untuk menguatkan lagi sambungan paip pvc selepas dikunci nanti.
Membuka pemegang paip petrol untuk memudahkan kerja bagi membuka penutup head enjin.
Masih lagi membuka pemegang paip petrol pada bahagian depan enjin.
Proses mencuci komponen-komponen enjin.
Masih lagi dalam prose mencuci.
Membuka paip minyak petrol, bagi memudahkan kerja membuka penutup head enjin.
Sekarang ni bermula membuka semua 6 biji skru yang berada di keliling penutup head enjin untuk memulakan kerja melaras rocker arm ( tapped ).
Membuka gasket lama.
Beginilah keadaan selepas penutup head enjin dibuka.
Penutup head enjin yang telah ditanggalkan, untuk proses cuci.
Disebelah atas adalah gasket lama yang terdapat kesan gam silicon gasket padanya dan semasa memasang kembali penutup head enjin ini nanti akan ditukar dengan gasket yang baru dibawah dalam gambar diatas.
Penutup head enjin dan penutup kaburator dah pun di bersihkan.
Ini adalah feeler gauge yang akan digunakan untuk megukur keregangan antara rocker arm dan valve ( tapped ).
Dua saiz yang saya gunakan ialah 15 untuk ukuran bagi valve minyak dan 25 untuk valve keluaran/ ekzos.
Membersihkan keliling head enjin dan semua termasuk karburator dan komponen-komponen tertentu.
A. Rocker arm B. Valve C. Lock nut dan skru yang digunakan untuk mengunci kedudukan rocker arm.
Semasa proses melaras rocker arm pulley crankshaft perlu di putar dengan menggunakan spana supaya dapat dilihat rocker arm mana yang berkedudukan menekan dan rocker arm yang menaik.
Diatas ini kita dapat lihat rocker arm yang ketiga telah menaik dan sekarang kita boleh memasukkan feeler gauge diantara ruang untuk memulakan proses melaras tapped.
Membuka skru lock nat bagi rocker arm.
Membuka lock nut rocker arm.
Memutarkan pulley crankshaft supaya rocker arm bergerak naik dan turun.
A. Menahan kedudukan skru dan mengunci nat menggunakan spana. B. Feeler gauge berada diantara rocker arm dan valve untuk melaraskan nilai yang sepatutnya.
Menyapu gam silicone gasket pada head enjin.
Menyapu gam silicon gasket di sekeliling head kemudian letakkan gasket diatasnya sebelum meletakkan penutup head enjin.
Memasang gasket baru untuk penutup head enjin.
Memasang kembali penutup head enjin.
Mengunci pemegang paip minyak petrol.
Mengunci kenbali pemegang paip petrol pada tempat asalnya.
Mengunci skru penutup kembali.
Mengunci kembali skru penutup head enjin tadi di keliling penutup head enjin.
Mengunci kembali pemegang paip minyak.
Memasang paip vakum pada karburator.
Memasang paip vakum pada valve controller, menukar paip yang telah bocor akibat sudah mati dan keras.
Anak panah ini menunjukkan paip vakum yang disambungkan dari karburator ke distributor.
Memasang kembali Air and NGV mixer pada karburator.
Memasang kembali penutup karburator dan paip NGV gas pada mixer karburator.
Mengunci pengikat paip NGV gas mixer karburator dan NGV reducer/regulator.
Semuanya telah selesai dipasang dan sekarang masa untuk menghidupkan enjin dan melaras kemasukan udara dan bahan bakar. ( Fuel tunning )
Memasang paip minyak petrol ke karburator.
Mengunci kembali paip keluaran NGV gas ke karburator.
Menghidupkan enjin dan memulakan proses penalaan bagi campuran gas dan udara untuk menstabilkan jalanan enjin.
Menala jumlah kemasukan gas ke karburator supaya enjin berada didalam keadaan ideal.
Dalam masa yang sama pantau semua komponen-komponen yang telah dipasang kembali supaya tiada yang terlupa pasang dan pastikan semua berada didalam keadaan baik.
Semua ini saya kongsikan kepada para pembaca blog saya, sekiranya ada yang anda tidak faham bolehlah tulis komen dibawah dan seandainya mahu mendapatkan apa-apa spare part saya dengan senang hati boleh membantu anda. Tentang bagaimana proses NGV ni insyaallah saya akan terangkan pada bab yang lain pada masa akan datang.
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya yang lemah dan dhoif.
asalamualaikum
BalasPadamSaya sedang membuat assignment tentang ngv tetapi saya tiada pengalaman tentang pemasangan sebab cikgu suruh cari sendiri harap boleh tolong