Modifikasi LCD handphone yang tiada lampu dan terputus ribbon wire dengan menggunakan wayar halus dari gegelung transformer
Handphone jenis buatan china jenama Touchberry, dan LCD ribbon wayar dah terputus dan menyebabkan LCD mempunyai gambar dan tulisan tetapi tiada mempunyai lampu atau cahaya pada belakangnya.
Mulanya berlaku adalah disebabkan handphone ini terjatuh banyak kali dan akhirnya ribbon wire terputus. Saya memutuskan supaya tidak menukar LCD kerana ianya masih bekerja di dalam keadaan yang elok cuma lampunya saja yang tidak menyala.
Gambar diatas menunjukkan cover depan sudah dibuka, dan sekarang ni tiba masa kita nak membuat postmortem apakah punca masalah LCD handphone ni tak menyala.
Lampu keypad menyala dengan elok tetapi LCD pula masih dalam keadaan gelap selepas handphone di ON suis power.
Keypad menyala dan sekarang mari kita membuat pemeriksaan kenapa LCD tidak berfungsi, samaada LCD rosak atau tidak?
Gambar diatas menunjukkan LCD mempunyai gambar dan tulisan dengan elok, tetapi hanya tiada lampu dari belakang.
Gambar diatas ini menunjukkan LCD ribbon wire yang di solder terus ke mainboard.
Didalam gambar ini terdapat dua biji LED dibelakang LCD. Dan bahagian kaki yang kiri adalah positif ( + ) dan kaki sebelah kanan adalah negatif ( - ). Dan dibawahnya pula terdapat sambungan solder ribbon wayar ke mainboard yang mempunyai 14 slot. Kaki slot yang ke 4 adalah untuk memberi bekalan kuasa kepada LED di belakang LCD tersebut iaitu dengan jumlah volt sebanyak +3.7V.
A. LED B. Ribbon wayar untuk bekalan kuasa ke LED C. 14 slot soldering ribbon wayar D. Bahagian nod untuk membuat sambungan komunikasi ke mainboard yang mana terdapat nod BAT, nod GND, nod TX, nod RX, nod Power Key.
Ok mari kita mula membuat kerja untuk modifikasi dengan menggunakan wayar tembaga ( copper wire ) yang saya ambil dari transformar yang dah rosak. Perhatian, wayar tembaga ni sangat halus seperti sehelai rambut dan buatlah kerja dengan berhati-hati kerana ianya terlalu halus dan terkadang mungkin sukar kalau kita tidak biasa membuatnya. Tetapi, tiada yang tidak boleh kerana kena ada usaha dan semangat mnecuba.
Saya berharap dengan adanya pengalaman ini, saya akan kongsikan bersama dengan para pembaca di blog saya dan kalau ada komen dan pertanyaan bolehlah tulis di ruang bawah atau hantar email dan boleh juga ke page saya difacebook.
Saya hanya mampu menjadi teman dan sahabat yang berkongsi pengalaman dan kalau berminat sertailah saya di facebook atau join menjadi ahli blog saya dan saya akan lebih bersenang hati, terima kasih kerana membaca dan yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan