Gambar membaiki speed gear Van Nissan Vanette yang masalah tidak dapat masuk gear reverse
Gambar ini sudah lama saya simpan hampir dua tahun, ianya berkaitan dengan masalah van yang gear reverse tak boleh masuk langsung disebabkan gear lock C klip telah patah didalam. dan terpaksa ditukar dengan part yang baru.
Nasib baik spare part untuk lock C klip ada, disini saya ingin kongsikan bersama dengan pembaca blog ini gambarnya.
Proses membuka cover untuk melihat masalah yang menyebabkan gear reverse tidak boleh digunakan.
Dua batang shaft yang mempunyai ratio gear yang berbeza dan mempunyai bilangan gigi yang tidak sama untuk sistem gear dan lock gear sifhting dan proses penukaran kelajuan gear.
Didalam gambar disebelah kanan terdapat tiga batang shaft yang digunakan untuk penukaran sistem gear 1/2/3/4/5 dan reverse gear. Pada setiap batang shaft ini terdapat lengan ( arm ) yang memegang gear klas semasa proses penukaran kelajuan dalam sistem gear.
Disini anda akan nampak bagaimana lengan ( arm ) tadi memegang sistem penukaran klas untuk hi ratio dan low ratio gear speed.
Pandangan dari atas dua batang shaft gear utama dalam sistem speed gear.
Didalam dan diantara setiap gigi gear terdapat C klip yang mengunci kedudukan setiap gigi gear pada batang shaft dan salah satu darinya telah hancur dan patah menyebabkan gigi gear tidak berada didalam kedudukannya yang asal dan menyebabkan kepayahan untuk memasukkan gear reverse.
Semua komponen di buka supaya memudahkan memasang balik C klip yang baru.
Disini kita dapat melihat disetiap dalam gear klas ratio tadi terdapat bearing yang menyokongnya dan ianya bukan ball bearing tetapi straight bearing.
Setiap komponen disusun dengan teratur supaya memudahkan kerja.
Disini anda nampak batang shaft yang besar dibelakang itu terdapat lekukan parit iaitu 2 lekukan, dan disitulah teah berlaku kehilangan C klip yang telah patah dan hancur disebabkan banyak perkara.Bila C klip ini tidak berada didalam lekukan parit itu, ia menyebabkan gigi gear bergerak dan tidak duduk pada kedudukannya yang asal.
Ini pula adalah rangka yang telah dikosongkan komponennya tadi.
Mengasingkan semua komponen satu persatu supaya memudahkan untuk memasangnya kembali.
Selepas semua selesai dicuci dan sekarang memasang balik gigi gear dan aksesorinya pada keadaan yang asal.Pada masa ini C klip tadi sudah di pasang kembali dengan spare part yang baru.
Gambar yang menunjukkan semua part telah dibersihkan dan disusun dengan rapi.
Memasang balik semua komponen dan sekarang harus memastikan semuanya dalam kedudukan yang betul.
Beginilah keadaanny setelah diapasang kembali.
Keadaan bertentangan setiap hi gear dan low gear pada gambar ini.
Hanya ini saja yang mampu saya simpan, hanya untuk pengetahuan bersama bagaimana mencari punca setiap kerosakan dan bagaiman cara untuk membaikinya. Namun pada masa ini saya hanya dapat mengambil gambar ini untuk pengetahuan semata-mata dan insyaallah dilain masa saya akan ceritakan dengan lebih lanjut berkaitan dengan masalah ini.
Semoga apa yang dipaparkan ini boleh menjadi manfaat bersama, yang baik itu dari Allah dan yangg buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan