-->

Khamis, 17 Januari 2013

Mesin Basuh Automatik modifikasi proses Spin kurang dari RM50

Modifikasi proses Spin di sebabkan controller sistem rosak

Setelah berbincang dengan pelanggan ini, dia tidak mahu membeli board baru kerana yang lain sistem lain masih elok dan kalau boleh dia nak membaiki bahagian proses mengeringkan cucian sahaja. Sistem mencuci (wash) dan membilas (rinse) masih bekerja didalam keadaan yang elok dan masalahnya sekarang ialah mesin automatik ini tidak menjalankan proses mengeringkan cucian (Spin) kerana salah satu transistornya dah rosak dan kemungkinan litar ini kena banyak buat kerja pembaikan jadi dengan mengambil kerja mudah dan kos perbelanjaan pun kurang.
Bahan dan komponen-komponen yang diperlukan seperti gambar dibawah:
1. Suis pemasa dua wayar ( Spin timer 2 wires)  2. ON/OFF suis  3. Suis knob  4.  Skru dan nat  5. Paip tembaga saiz 3/8".

Suis pemasa dua wayar, gambaran dari belakang.
Suis Knob atau tombol pemutar suis.
ON/OFF suis 1way yang boleh disgunakan untuk 240Volt AC.
Paip tembaga untuk membuat spacer pada kaki suis pemasa ( Spin timer switch ).

Saya menggunakan rolling cutter untuk memotong batang paip tembaga ini, seandainya tidak ada paip tembaga ini bolehlah cari bahan-bahan lain untuk membuat spacer mengikut kreativiti anda.
Suis ini mempunyai dua wayar dan wayar yang berwarna coklat saya buat sambungan dengan penyambung soket wayar jenis ( cable lug / female ) untuk saiz wayar 0.26mm.

Wayar yang disambungkan dengan cable lug. Supaya senang disambungkan terus ke kaki ON/OFF suis itu nanti.
 Cable lug jenis tembaga ( copper ) dan jenis besi ( zinc ),Jenis female.
Beginilah kaki suis yang akan disambungkan dengan cable lug.

1. Lobang untuk ON/OFF suis  2. Lobang untuk Spin timer  3. Lobang untuk skru spin timer.

Gambar di atas adalah Skematik diagram bagi wiring asal mesin basuh ini.Di sini saya serta kod warna:
R red | B blue | G green | V voilet | W white | Y yellow | BR brown | BU blue | GR gray | OR orange | PK pink | LB light blue | LG light green | G-Y green & yellow.




Gambar di atas ini menunjukkan gambaran bagi unit kawalan elektronik dan kod warna wayar bagi setiap soket.
Di bawah ini pula saya tunjukkan bagaimana membuat modifikasi keatas pendawaian yang sedia ada untuk proses bypass untuk proses mengering ( Spin )
Simbol dan lukisan yang saya warnakan dengan warna merah adalah komponen dan pendawaian yang telah ditambah kepada sistem pendawaian yang sedia ada untuk bypass sistem.
Ok, sekarang tiba masanya kita hendak memasang ON/OFF suis dan Spin timer suis:
Inilah lobang yang dibuat untuk suis, pandangan dari luar.
ON/OFF suis telah dimasukkan pada lobang yang telah dibuat, pastikan ukurannya betul kerana untuk menggelakkan dari ianya longgar.

Ini adalah pandangan dari bawah ON/OFF suis.
Seterusnya tiba masa kita masukkan Spin timer suis pula:
 Masukkan skru pada lobang yang telah dibuat untuknya dan seterusnya:
Masukkan paip tembaga untuk menjadikan spacer antara lantai dan kaki Spin timer suis.
Sekarang ni kedua-dua skru sudah tersedia dan masanya untuk memasang Spin timer suis:
Ok, sekarang sudah nampak apa gunanya paip tembaga tadi dan masa untuk meletakkan nat pada skru.
Masa untuk mengunci skru untuk Spin timer suis ini dengan kemas.
Sekarang ni kedua-dua suis telah dipasang dengan kemas, dan tiba masanya pula kita memulakan kerja pendawaian.
Beginilah pandangan suis dari pandangan atas, dan sekarang kita pasang suis knob pada Spin timer suis dulu
Ok, baru nampak kemas sikit tak lah nampak lobang yang besar tadi :)
Untuk mencantumkan wayar asal dengan wayar baru, wayar lama jangan dipotong tetapi sebaliknya lukakan kulit seperti wayar hitam yang anda nampak dalam gambar diatas.
Video di atas menunjukkan bagaimana saya melukakan wayar asal dan mencantumkan wayar dari ON/OFF suis ke wayar utama AC source 240Volt iaitu wayar berwarna hitam ( black ).
Setelah dibalut dengan pvc tape, hujung wayar itu tadi yang dah dipasang dengan cabel lug masukkan kekaki ON/OFF suis.
Wayar putih ( white ) yang asal adalah untuk AC source 240Volt kita sambungkan pada satu wayar, kemudian cantumkan hujung wayar tadi dengan wayar berwarna kelabu ( gray ) untuk bypass Neutral. Disini saya nyatakan yang wayar asal berwarna hitam dan putih tadi adalah wayar bekalan kuasa dari soket keluaran ke mesin basuh ini.
Selepas itu saya beralih kepada pendawaian untuk Spin timer suis, iaitu salah satu wayar yang saya dah buat dua pecahan padanya dengan memasang cabel lug dan bahagian yang ada cabel lug tadi saya akan sambungkan kepada ON/OFF suis pada kaki yang tengah. Hujung wayar yang dibahagikan kepada dua tadi saya akan sambungkan kepada wayar asal yang berwarna coklat ( brown ), ianya adalah untuk mengawal Drain Motor supaya apabila suis di ON di tekan Solenoid yang mengawal keluaran air akan terbuka sekaligus akan membuka sistem interlock yang mengunci gigi gear box bekas cucian dan sistem brek untuk proses membuang air dan proses mengering ( Spin ).
Setelah selesai pendawaian tadi, sekarang dari Spin timer suis tadi terdapat satu lagi wayar dan ianya adalah untuk disambungkan kepada wayar asal yang berwarna biru. Wayar ini adalah untuk menjalankan Motor pada pusingan sehala sahaja untuk proses mengering ( spin ).
Selesailah kerja pendawaian dan sekarang pula mengemaskan keadaan wayar supaya ianya berada didalam keadaan yang kemas.
Balutkan wayar tadi dengan menggunakan pvc tape.
Susun rapi semua pendawaian supaya nampak kemas dan selamat. Sekarang ni kita akan menguji sistem pendawaian yang baru kita buat tadi. Bermula dengan sistem interlock, break gear box dan drain valve.
Apabila kita menekan suis ON/OFF suis sistem ini yang akan berkerja dan videonya saya sertakan dibawah ini:
Sekarang sudah jelas apakah kegunaan ON/OFF suis tadi, ianya adalah untuk menghidupkan sistem yang melepaskan sistem brek gear box dan solenoid valve untuk membuang air pada masa yang sama.
Seterusnya mari kita uji Spin timer suis pula untuk melihat bekas cucian akan berpusing untuk sistem pengeringan cucian ( Spin prosess ).
* Perlu diingat sebelum kita menghidupkan Spin timer suis, ON/OFF suis tadi mestilah masih dalam beroperasi dan jangan ditutup kerana ia akan menghalang bekas cucian daripada berputar.

Setakat ini semua ok dan harap sekiranya anda ingin mencuba untuk membaiki sendiri, pertama sekali keselamatan haruslah diutamakan. Dan sekiranya masih keliru dan tidak faham bagaimana hendak membuat modifikasi disebabkan mesin basuh berlainan jenama dan sistem pendawaian saya sedia membantu dan bolehlah tulis komen dibawah atau hantar email dan boleh pm saya di facebook.
Bagi yang sukar untuk mendapatkan spare parts saya boleh membantu anda untuk mendapatkannya, Insyaallah.Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya yang lemah dan dhoif.

4 ulasan:

  1. terbaik la admin.......baru jumpa blog ni.....smua abg bleh DIY....mmg terbaikkkk.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudara faiz saya hanya membantu pelanggan kerana jikalau dia mahu kurangkan kos dan saya akan fikirkan cara yang terbaik buat pelanggan saya dan banyak lagi yang akan saya kongsikan buat peminat diy ini.. insyaallah..dan terima kasih sekali lagi kerana menyokong diy...

      Padam
  2. Salam Tuan Asriman,

    berapa anggaran kos pembaikan bagi kerosakan gear box pada mesin basuh fully automatic ?

    BalasPadam
  3. Salam saya hendak memasang kabel selector wash timer yg baru....mengikut diagram mesinhesstar HW 660S

    BalasPadam