-->

Sabtu, 19 Januari 2013

Gambar ketika membuat enjin L2

Overhaul enjin L2 yang terbakar gasket dan tukar timming belt

 Mulanya kena angkat body kereta ni, dan kena buka semua komponen-komponen yang tak berkaitan dan enjin saya lepaskan kebawah. Disebabkan gasket head terbakar dan minyak asyik keluar dan water temperatur naik mendadak walaupun hanya selepas kita start enjin.
 Beginilah keadaannya saya menurunkan enjin dan hari tu satu hari yang memenatkan, kita relax dulu.

 Ini adalah kereta Produa Kancil 650cc yang telah ditukar dengan L2 punya enjin. Kalau ditengok dari turbo booster pump dia pun ada leaking minyak enjin yang perlu ditukar sebab paip dah menjadi keras.
 Ni pula muka yang letih buat kerja sampai malam....
 Sekarang ni masa untuk memasang balik semua sistem pendawaian, paip, belting, dan semua komponen-komponen yang telah dibuka sebelum ini.
 Beginilah rupa Intercooler turbo yang dipasang diatas enjin untuk proses kemasukan angin kedalam enjin melalui tarikan dari turbo pump.
 Gambar ni menunjukkan yang enjin dah dipasang, letih tak tau la nak kata tetapi seronok. Lepas pasang semua komponennya kena tuning angin, minyak, dan sistem timingnya sekali.
Beginilah keadaannya apabila enjin sudah siap dipasang dan dari enjin, body kit, wiring sistem dan meter indication semuanya dah di upgrade dengan barang kereta model MIRA.
Ok, setakat inilah saya nak kongsi sedikit pengalaman buat kerja overhaul enjin L2 ni. Sebarang komen bolehlah ditulis dibawah, dan kalau ada pertanyaan insyaallah kalau saya boleh membantu serba sedikit.
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk tu dari kelemahan saya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan