-->

Isnin, 14 Januari 2013

MAXIS Customer support and Service to Bad

MAXIS Broadband Servis semakin teruk

Nak kongsi bersama pembaca di blog saya, pengalaman sepanjang saya menggunakan khidmat talian tanpa wayar ni memang banyak.
Maxis selepas upgrade system semakin lembab jadinya, servis yang diberikan tidak seperti yang kita dengar apa yang mereka iklankan di TV, radio, dan lain2 lagi media yang di orang gunakan untuk menarik perhatian para pelanggannya.
Cukuplah, saya sekarang merasa serik untuk menggunakan Maxis, dulunya kalau ada orang tanya saya khidmat apa yang terbaik untuk broadband, mesti saya katakan Maxis kerana ianya mempunyai harga dan kouta yang boleh kita pilih dengan lebih mudah.
Saya tak nafikan memang terbaik dalam uploading dan downloading untuk internet connection. Tetapi, semuanya akan berubah sekiranya kita sudah kehabisan kouta dan ingin membeli paket yang baru maka bab iinilah yang paling saya tidak suka kerana kadang-kadang untuk top up duit dalam akaun sendiri kena buat banyak kali baru dia orang update nilai yang kita tambah dalam akaun kita.
Itu dalam bab kita nak top up, dan ini pula dalam bab kita nak beli pakej pula kena klik dan buat banyak kali baru boleh kita guna perkhidmatan online mereka ni.
Kadang-kadang saya rasa cukup terkilan Syarikat besar mempunyai bilangan pekerja yang ramai dan mempunyai liputan yang cukup meluas tetapi lemah dari segi servis khidmat pelanggan dan mempunyai respon cukup lembab serta selalu mengalami masalah server untuk menyambungkan talian semua pelanggan.
Kalau setakat untuk mencari pelanggan yang ramai tetapi tidak menjaga kebajikan pelanggan buat apa? baik tutup syarikat dan buat jenis perniagaan lain pula.
Dalam perkara ni banyak kali saya dah kena, tetapi saya diamkan saja sampai pagi ni saya top up pada pukul 1.30pg dan sekarang baki dalam akaun saya pun dah ditambah, itu pun saya kena berkali-kali isikan nombor top up dan saya ingat kali keenam baru berjaya.
Selepas itu saya cuba beli pakej WBB 7D 1GB, iaitu pakej satu minggu untuk 1GB dengan harga RM15 dan banyak kali saya dapat massage "Sorry, we are unable to process your request" dari nombor 28222 dan hampir satu jam lebih saya mencuba dan berapa banyak kali akhirnya saya nampak di portal hotlink menyatakan "in progress" ok saya tunggu hampir setengah jam dan masih tak aktif lagi cuba dan mencuba tetapi gagal juga.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menalifon bantuan operator Maxis dan dia kata sistem dia orang down sampai pukul 5 pagi baru boleh guna.
Saya mamberitahu yang saya dah membeli pakej dan duit sudah ditolak dari akaun saya tetapi akaun saya tetap masih tidak aktif, juga malahan saya nampak sudah kouta baru tetapi tidak nampak yang ia aktif dari bila sampai bila. Operator itu pula berkata dia dah cek akaun saya dan buat masa ni dia tidak boleh buat apa-apa melainkan saya kena tunggu 3 hari atau kemungkinan sampai 5 hari untuk mereka buat siasatan dan kemungkinan baru memulangkan duit saya.
Saya berasa amat kesal sekali kerana tak perlu kata yang sambungan itu untuk urusan bahagian teknikal kalau secara teknikalnya dia orang tidak boleh menyelesaikan masalah secara online atau secara up to date.
Sekarang broadband saya tidak boleh digunakan selama 5 hari apa yang harus saya lakukan dan kebanyakan kerja saya menggunakan online, mungkin saya akan berpindah ke perkhidmatan lain.
Di bawah ini adalah gambar yang saya ambil bagi masalah yang saya maksudkan:
Pakej yang anda semua lihat dibawah tu adalah yang sebelum saya beli iaitu pada 9/1/2013 dan berakhir pada 16/1/2013 dan nilai kuota yang dapat dilihat di atas tu sepatutnya untuk pakej terbaru tetapi tiada pemberitahuan pakej tersebut dibawah, yang ianya bermula dari tarikh bila sampai bila dan dari massage Maxis yang saya terima tentang pakej baru ini ialah "RM0. You have successfully purchased WBB 7D 1GB subscription. It starts from %1% and ends at %2%". dan secara amnya duit dalam akaun dah pun dipotong tetapi tiada apa perkhidmatan yang dapat digunakan.
Inikah perkhidmatan yang terbaik, yang mereka canang-canangkan di seluruh media masa untuk menarik para pelanggan dan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan mereka???
Secara amnya saya dah menggunakan nombor Maxis ni selama 15 tahun dan apa sebagai pelanggan yang saya dapat dari mereka???
Semenjak saya mendaftar Maxis broadband ni saya tak pernah berhenti menggunakan servis broadband mereka ni dan kalau dikira secara bulanannya saya menhabiskan banyak wang untuk memastikan talian broadband saya tak pernah putus dan terganggu tetapi apabila operator tersebut menyatakan perkhidmatan saya diberhentikan selama 3 hari atau kemungkinan 5 hari untuk membolehkan mereka membuat siasatan dan barulah saya boleh mengunakan servis mereka lagi. Apa maksud semua ni??? di mana customer priority yang kamu semua wawarkan selama ini???
Dulu pernah juga saya mengutarakan masalah saya di Maxis care (Twitter) dan apa yang mereka jawab dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah pelanggan, disini saya masih ada salinan email dari mereka.
bermula dari 8/8/2012 selepas mereka upgrade system




dan yang seterusnya saya hantar email terus kepada mereka, sebab nak tengok bagaimana mereka buat kerja??





Sebagai tanda untuk memujuk saya mereka telah memberi saguhati sebanyak RM20 untuk proses berdamai dan masalah yang saya hadapi dan adakah ini caranya mereka melayan kita supaya apa yang berlaku akan senyap begitu saja supaya kita tidak mewawarkan masalah sebenar kita sebagai pelanggan mereka.
 Yang ini semasa dari akaun twitter saya...


Saya hantar emai pula kepada mereka dan 
 Selepas itu tiada reply langsung dari dia orang, fikir-fikirlah sebelum memilih servis seperti mereka ini dan nampaknya mungkin sudah tiba masanya saya mengundur diri dari perkhidmatan mereka yang lembab dan tiada guna bayar gaji pada pekerja teknikal kalau tiada apa yang mereka boleh buat dan nak kata kerja teknikal ni saya dulu pun dalam bahagian teknikal dalam bidang PLC programming, SCADA sistem, PLCC Programming, Network Programming dan Mekatronik Programming dan mereka ni jenis teknikal apa saya pun tak tahu... mungkin pada masa malam mereka ni teknikal tido dan bukan ikhlas pada kerja mereka.
Yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari diri saya sendiri.



6 ulasan:

  1. Setakat ni semuanya kembali seperti biasa, mungkin kerana kritikan dan komen yang saya buat dekat blog ni. Ianya seperti sesebuah negara yang memerlukan parti pembangkang kerana rakyat mahukan yang terbaik dari kerajaan yang mentadbir negaranya, kita terkadang perlu menunjukkan ketidakpuasan dengan bersuara supaya ia menjadi kirtikan yang membina bukannya menghancurkan. terpulang kepada pembaca kerana dimana ada kebaikan disitu juga ada keburukan.

    BalasPadam
  2. Salam mesin bsuh sy samsung wa88v4 sbelum ni air keluar...jd bile sy perhatikn drain motor berfungsi x sempurna..die bukk dn x tutup... Berape harga drain motor samsung wa88v4

    BalasPadam
  3. Salam mesin bsuh sy samsung wa88v4 sbelum ni air keluar...jd bile sy perhatikn drain motor berfungsi x sempurna..die bukk dn x tutup... Berape harga drain motor samsung wa88v4

    BalasPadam
  4. Saya alami masalah dgn mesin auto saya. Pada tahap akhir cucian iaitu spining, secara tiba2 mesin secara automatik kembali ke mode sebelum tu dimana air masuk melalui top valve..
    Setelah saya reset terus ke spin, setelah spin tak sampai 1 min, mesin automatik kembali semula kepada mode sebelumnya iaitu air masuk semula. Pohon khidmat nasihat dari tuan

    BalasPadam
  5. salam..msin sy jnis auto..msin xleh pusing sbb air sllu kluar

    BalasPadam
  6. Mesin basuh toshiba aw9770s. Mula mula ia tak takung air. Saya tukar benda hitam dekay motor yang tahan dan keluarkan air. Masih tak ok. Lepas itu pula keluar error code 71. Saya tak tahu apa nak buat?

    BalasPadam