Ceritanya Enjin pam air ini dulu pernah terbakar
semasa digunakan.
Sekarang ni tugasnya ialah untuk menghidupkan kembali enjin diesel yang usur ini, Tuan ladang ini pernah mengatakan yang enjin diesel ni lama dah tak digunakan sebab sukar untuk menghidupknnya disebabkan kejadian yang lalu.
Mari kita ambil pandangan dengan dekat bagaimana keadaan enjin diesel ni???
Hitam legam jadinya lepas terbakar dan enjin ni betul-betul duduknya berdekatan dengan sungai, ish ish ish ni jangan kata nak hidup tetapi kalau tengok dari luarannya 50/50...
semasa digunakan.
Sekarang ni tugasnya ialah untuk menghidupkan kembali enjin diesel yang usur ini, Tuan ladang ini pernah mengatakan yang enjin diesel ni lama dah tak digunakan sebab sukar untuk menghidupknnya disebabkan kejadian yang lalu.
Mari kita ambil pandangan dengan dekat bagaimana keadaan enjin diesel ni???
Hitam legam jadinya lepas terbakar dan enjin ni betul-betul duduknya berdekatan dengan sungai, ish ish ish ni jangan kata nak hidup tetapi kalau tengok dari luarannya 50/50...
Enjin diesel ni modelnya ialah SD22 Nissan. Banyak kerja yang nak kena buat, kerana totally enjin kena buat overhaul menyeluruh dan pada masa ni saya cuma ssempat ambil gambar je takda video kerana tak sempat kerana kerja terlalu complicated.
Keadaan diesel distributor inject pump yang berlumut dan tak tahu lagi samaada ianya masih boleh digunakan atau tidak???
Pada masa ni, saya membuang semua belting water pump, alternator dari pully crankshaft iaitu pully yang besar dibawah tu.
Ini pula adalah penapis minyak diesel iaitu dalam bahasa jawanya fuels filter. nampaknya kena periksa samaada ianya boleh digunakan dan tidak sumbat kerana kekotoran dan penapisnya pula harus ditukar serta hose yang digunakan pun dah uzur.
Disini pula dapat kita lihat keadaan injector yang 4 biji tu pun kena periksa samaada boleh digunakan atau tidak. Penapis minyak enjin juga kena tukar yang baru.
Ini pula keadaan pam air yang sudah terlalu uzur dan harus diservis, karat disebabkan air sungai yang di pam sebelum ni.
Alternator, nampaknya seperti masih dalam keadaan elok dan perlu diperiksa. Apakah kegunaannya, Alternator gunanya untuk menukarkan tenaga yang terhasil dari mekanikal kepada penghasilan medan magnet pada gegelung stator, apabila rotor diputarkan dan di masukkan arus elektrik kedalamnya dan mengahasilkan medan magnet dengan putaran minima 2500rpm ( rotation per mins ). kerjanya seperti dinamo basikal yang dulunya memberi bekalan elektrik kepada mentol untuk menyala, tetapi alternator ini perlu dimasukkan voltage +12V barulah ia menghasilkan output voltage dalam lingkungan antara +12V ~ +14V dan dengan kadaran arus sebanyak 60Amp atau 70Amp. Adakalanya, lebih besar bateri yang mahu dicas maka lebih besarlah Ampere diperlukan, sehingga ada yang mencecah 100Amp ~ 150Amp. Secara teorinya seandainya alternator menghasilkan +12V dan 50Ampere maka jumlah watt adalah 600watt, dan nilai kuasa kuda ialah 0.804613254hp (Horse Power).
Masih diladang lembu ni, setelah beberapa hari saya disini bersama-sama lembu ni membuat kerja membaik pulih enjin diesel .
Di belakang saya ni, satu lagi enjin diesel yang hendak dibaiki disebabkan enjin yang memang totally tak boleh digunakan lagi selepas dibuat pemeriksaan terperinci dan enjin diesel di belakang saya ni yang akan menjadi gantinya.
Selepas itu kerja overhaul pun bermula keatas enjin diesel ini...
Keadaan head enjin yang telah dibuka semua manifoldnya iaitu saluran paip minyak dan ekzos ditanggalkan. Paip yang dari distributor pump pun dibuka dari inject untuk menguji injector boleh digunakan atau tidak.
Batang yang kita nampak itu adalah batang champ shaft yang bekerja sebagai penentu masa naik turunnya valve yang mengawal kemasukan dan pengeluaran minyak dan kesan bakar iaitu asap.
Ini pula menunjukkan penanda bagi pulley crank shaft.
Dan ini pula kedudukan bagi marking timing pulley champ shaft.
Batang champ shaft yang menghubungkan ke timing belt pulley. Enjin ini tidak menggunakan rocker arm tetapi ianya menggunakan shim iaitu besi leper yang berbentuk duit syilling 50cent berada betul-betul dibawah batang champ shaft itu untuk menekan valve naik dan turun.
Anak panah menunjukkan shim yang bertindak sebagai rocker arm untuk menekan valve.
Diesel injector telah dikeluarkan dari tmpatnya dan inilah masanya untuk mengangkat batang champ shaft untuk menukar shim yang telah rosak dan untuk kerja mengasah lubang valve dan menukarkan batang valve yang tidak dapat digunakan lagi.
Ini adalah lubang untuk injector minyak diesel.Dan diatas lubang besar itu kita nampak lubang yang kecil, ianya ialah lubang untuk glow plug dan kebanyakkan orang kata plug diesel. glow plug ni kerja bukan macam plug kereta yang boleh menghasilkan percikan elektrik sebanyak 28000volt tetapi lebih seperti heater yang akan menukar hujung plug itu menjadi seperti heater atau seperti hujung soldering yang digunakan untuk mencairkan timah iaitu solder lead dengan keadaan yang merah menyala apabila di masukkan elektrik kepadanya.
Yang bertanda anak panah itu adalah glow plug.
Keadaan batang champ shaft dari atas.
Bahagian ekzos yang telah ditanggalkan dari head enjin untuk kerja mencuci dan menukar gasket yang baru. Buat masa ni, gambar ni saja yang dapat saya tunjukkan kerana pada masa itu saya terlupa pula nak ambil video dan insyaallah lain kali saya akan ambil sebagai untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca blog ini.
Enjin diesel ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan kerana Set head gasket kena order, ring piston kena tukar, fuel distributor pump dihantar untuk test dan servis.dan akhirnya kerja pembaikan enjin pump ini berjaya dan ianya berfungsi sampai sekarang.
Keadaan fuel distributor pump yang telah dipasang balik.
Fuel injector telah dipasang kembali dan glow plug yang baru dipasang semula ketempat asalnya, serta wiring dibuat lain kerana wiring yang lama wayarnya sudah tidak boleh digunakan.
Keadaan motor starter yang masih dalam keadaan yang elok. Seperti yang kelihatan disebelah kanan Flywheel telah dimodifikasi dengan menambah belting pulley yang mempunyai 4 jalur parit untuk disambungkan ke pam air.
Multimeter di letakkan pada bateri untuk mengukur nilai voltage cas dari alternator semasa enjin hidup untuk menentukan samaada alternator bekerja dengan baik atau tidak semasa proses mengecas balik penggunaan bateri semasa enjin hidup.
Keadaan radiator untuk menyejukkan enjin menggunakan system air, haruslah bergerak didalam keadaan yang baik kerana kepanasan enjin diesel dan enjin biasa tidak sama nilainya.
Multimeter sedang menunjukkan nilai voltage sebanyak 13.13V dari alternator semasa enjin hidup dan ini menunjukkan alternator bekerja dalam keadaan yang baik untuk mengecas bateri.
Ini pula adalah fuel accelerator untuk diesel fuel distributor.
Beginilah keadaan enjin diesel ni selepas dibuat overhaul.
Kedudukan alternator, ekzos, inlet manifold, belting yang baru serta penapis minyak enjin yang baru.
cuma masa ni wiring belum disusun rapi, kerana masih dalam masa test run lagi.
Keadaan pulley dari belakang enjin.
Keadaan head dari pandangan belakang enjin.Akhirnya enjin ini berjalan seperti biasa, dan hanya ini saja yang saya mampu kongsikan dengan para pembaca. Terima kasih kerana sudi ke blog saya dan berkongsi pengalaman dengan saya.Yang baik itu dari Allah dan buruk dan lemah itu dari diri saya yang dhoif ini, insyaallah saya akan ceritakan bagaimana mendiagnos masalah enjin diesel pada masa akan datang.
tuan, boleh tunjukkan diy bagaimana utk membuka angin yg masuk dalam penapis minyak diesel? boleh emelkan ke gdgoch75@gmail.com terima kasih tuan...semoga invaderku dapat ku diy....
BalasPadamSalam.saya adalah pengguna yang baru menggunakan ford ranger xlt 2002 turbo.nak tya apakah tips penjaggaan enjin diesel ini.seperti pertukaran minyak hitam, timing belt dll.adalah ia seperti enjin petrol? Satu lagi, apa yg saya dapati pada ford ranger saya ini adalah topspeed yg hanya mampu 120km/j sahaja.dan jika saya memandu dengan gear5 dan terpaksa melepaskan sedikit padel minyak,akan terasa seperti hilang kuasa untuk bergerak semula dan terpaksa menukar gear
BalasPadamkepada gear 3.