-->

Selasa, 15 Januari 2013

Mesin basuh Automatic tak boleh nak basuh?

Membaiki mesin basuh Automatic yang akan error masa kita set kan ia untuk mencuci

Mesin ini pada masa sebelum repair bila kita set untuk cuci selepas ia masukkan air pada paras level yang kita mahukan, dan pada masa hendak mula mencuci ia akan mengeluarkan nombor digital dengan perkataan error dan terus berhenti.
Pada pengalaman saya ini menunjukkan motornya tak boleh nak berpusing kemungkinan gear box ada masalah, atau motor mengalami beban terlampau dan cuma boleh dengar bunyi motor hendak hidup tetapi tidak berpusing.
Mesin basuh Automatic ini adalah dari jenis TOSHIBA model AW-9790SM dengan muatan cucian kering sebanyak 9KG.

Untuk memudahkan setiap kerja pembaikan, selalunya semua jenis mesin basuh mempunyai litar skematik elektrik di belakang mesin basuh. Ianya seperti dibawah:


Memang sukar bagi yang tidak faham bagaimana hendak membaca litar skematik ini, tetapi disini saya akan terangkan bagaimana hendak mengenali komponen-komponen yang berada didalam mesin basuh dan kegunaannya. 
 1. Motor untuk mekanikal spin dan rinse. 2. Gear box arm break. 3. Belting. 4. Gear Box. 5. Pulley gear box. 6. Kapasitor. 7. Motor elektrik.

A. Rinse Valve.  B. Motor untuk Mekanikal spin dan rinse.

Pada masa rinse, iaitu untuk mengeringkan air dalam bekas cuci motor untuk mekanikal spin dan rinse tadi akan menarik arm dan pada masa inilah rinse valve akan terbuka dan air akan keluar, untuk mengeringkan air dalam bekas cuci tadi.
A. Penyerap hentakkan dan gegaran dengan spring ( Absorber )
Fungsinya adalah untuk menyerap hentakan dan gegaran yang terhasil dari kerja mencuci dan mengering untuk menstabilkan keadaan bekas cucian supaya berada didalam keadaan stabil dan tidak menghasilkan bunyi yang kuat.
Pada gambar di atas adalah Water inlet valve yang mempunyai dua gegelung kemasukan iaitu A dan B, kenapa ianya mempunyai dua? A adalah solenoid valve untuk memasukkan air kedalam bekas cuci secara terus dan B pula memasukkan air memalui tempat sabun cuci dan terus ke bekas cuci. dalam keadaan ini sepatutnya kedua-dua valve ini akan bekerja untuk memasukkan air secara serentak dan pada masa rinse ianya akan bekerja pada bahagian A sahaja. Nilai Voltan yang ada pada kedua-dua gegelung (solenoid coil) adalah 240V AC.
Dan gambar yang diatas ini pula adalah Water pressure control. kerjanya benda ni ialah untuk mengetahui berapa banyak kandungan air yang berada didalam bekas cuci, cara ia bekerja ialah apabila air dimasukkan kedalam bekas cuci maka paip kecil yang berada dibelakang dan bersambung pada alat kawalan ini akan mempunyai tekanan angin didalamnya. Tekanan inilah yang akan menolak diaphragm didalam alat ini untuk melaras nilai rintangan dan seterusnya dihantar kesistem kawalan automatic berapa jumlah air yang ada dengan mengetahui jumlah tekanan angin yang terkumpul didalam paip kecil tadi.
 Ini rupa keadaan motor mekanikal untuk spin dan rinse, iaitu tugasnya ialah ianya akan berpusing dan menarik wayar yang kita lihat berada di pulley motor mekanikal ini supaya rinse valve dan arm break ditarik pada masa yang sama.
Gambar di atas ni pula adalah gear box untuk bekas cuci. A dan B adalah sistem interlock yang akan tutup apabila mesin dalam keadaan cuci dan membilas (rinse) dan akan terbuka apabila kerja membuang air dan proses mengeringkan cucian. Tanda A di atas merujuk kepada sistem break iaitu ianya mempunyai kepingan logam yang nipis yang akan berada didalam keadaan ketat apabila sistem ini dalam keadaan cuci dan ianya akan berada dalam keadaan longgar apabila dalam keadaan proses mengering (spin).
B pula adalah untuk menghalang gear bergerak sewaktu proses cucian dan akan terangkat apabila dalam proses mengering.
Gambar diatas menunjukkan sistem mekanikal untuk break dan kekunci gear bagi gear box dan pengawal rinse valve. Apabila A berpusing dan ianya akan menarik wayar steel tersebut menyebabkan lengan B tertarik dan secara langsung menyebabkan break dan kekunci gear akan terbuka dan rinse valve akan tertarik dan mengeluarkan air yang berada didalam bekas cucian tersebut.
Gambar di atas ini pula adalah motor yang berpusing untuk mengerakkan pulley yang bersambung pada sistem gear box. Perlu diingat kenapa pulley motor dan pulley gear box tidak sama saiz adalah disebabkan ianya mempunyai nilai ratio untuk memberi imbangan dan daya tujah bagi sesuatu benda yang berputar untuk menghasilkan kerja.
Ini pula adalah rinse valve yang bekerja untuk menghalang air daripada keluar semasa proses mencuci dan membilas dan akan bekerja pada masa mengering.
Ok, setelah mengenal serba sedikit tentang komponen-komponen yang berada pada mesin basuh dan cara kerjanya. Mari kita berbalik pada masalah yang ingin saya ceritakan tentang apakah yang menyebabkan mesin basuh automatic ini tadi tidak berjalan apabila kita hendak menjalankan proses cuci, ianya disebabkan kapasitor iaitu merujuk kepada no. 6 diatas ia telah rosak. Bagaimana hendak mengetahui kapasitor yang rosak lain kali saya akan terangkan pada bab yang lain. Selepas kapasitor ini ditukar maka motor untuk proses mencuci tadi bekerja seperti biasa kembali dan video dibawah ini ialah dimana selepas saya mengantikan kapasitor yang rosak.
Semua ini adalah dari pengalaman saya untuk dikongsikan bersama kepada pembaca dan sekiranya ada sebarang pertanyaan bolehlah email atau pm ke facebook saya. Bagi yang ingin cuba membaiki sendiri, aspek keselamatan haruslah diberi keutamaan dan seandainya anda sudah tahu bahagian yang mana yang rosak dan payah untuk mendapati spare part saya sedia membantu untuk mencari alat ganti untuk anda yang penting anda mengambil gambar dan nama produk serta modelnya. Kalau boleh tu ceritakan serba sedikit apakah yang menyebabkan masalah itu berlaku bagaimana. Insyaallah saya akan luangkan masa untuk menyelesaikan masalah anda bersama.
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

702 ulasan:

  1. Salam..
    Saya nak cari part mesin basuh Toshiba semiauto model VH1250S, spin washing unit shaft yang pusingkan pully tu dah haus..berapa harga termasuk penghantaran..
    terima kasih atas bantuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rosli

      waalaikummussallam...
      terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya, insyaallah saya akan dapatkan maklumat yang saudara mahu.

      Padam
    2. rosli

      Boleh tak saudara ambil gambar pada bahagian spare part yang hendak dicari dan hantar ke alamat email saya asriman78@gmail.com supaya mudah bagi saya mencari spare part bagi pihak saudara Terima kasih... :)

      Padam
  2. salam, saya nak tanya mesin basuh saya ada masalah apabila dp wash ke rinse bila proses air dibuang mesin secara tiba2 akan berbunyi crackkkk dan terus hang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, boleh saya tahu mesin basuh saudara jenis apa dan boleh dapatkan saya gambar mesin basuh anda supaya saya bersama boleh membuat diagnosis apakah kerosakan dia dan serta gambar skematik elektrik nya sekali yang berada dibelakang mesin basuh. insyaallah saya akan sedia membantu masalah saudara. boleh hantar terus ke email saya asriman78@gmail.com

      Padam
  3. salam kepada saudara, saya menggunakan mesin basuh toshiba AW 8480S. Baru-baru ini ketika ingin membasuh baju air tidak keluar utk diisi kedalam drum membasuh..setelah diperiksa inlet valve dan sedikit servis dilakukan akhirnya air dpt keluar untuk diisi ke dlm drum..masalahnya sekarang setelah penuh air di dlm mesin basuh air tersebut tidak berhenti malah terus diisi..pada pendapat saudara apa masalah tersebut dan cr mengatasi..kalau boleh saya tahu berapa harga untuk valve br..dr number spare part yg ada adalah WV-27EU-4..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, maaf sebab lama tak online dan sekiranya berlaku masalah tersebut adalah disebabkan suis kawalan air tidak bekerja dan seperti gambar diatas saudara akan dapati water pressure control dikawal dengan menggunakan paip kecil yang jernih dibelakang mesin basuh saudara akan dapat melihatnya.
      Selalunya dalam menguji samaada water pressure control switch bekerja saya akan mencabut bahagian hujung paip tersebut yang disambungkan ke baket dan cuba meniup paip tersebut dan pada masa ini saudara boleh tahu water inlet valve tidak beroperasi lagi selepas tekanan angin didalam paip tersebut telah cukup untuk memutuskan bekalan ke water inlet valve. Dan untuk mendapat spare part boleh tak saudara ambilkan gambarnya sekali dan hantar ke alamat email saya insyaallah saya akan sedia membantu asriman78@gmail.com

      Padam
  4. Salam, saya menggunakan mesin basuh Toshiba model AW-1050S. Masalah saya ialah, mesin basuh saya akan sentiasa keluar air pada paip apabila air masuk. Ia membuatkan air dalam mesin basuh tidak penuh dan tidak boleh menjalankan proses membasuh.

    Untuk pengetahuan saudara, saya telah pun menghantar mesin basuh ini ke kedai untuk membaik pulih, tapi cina tu kata tong mesin basuh tu telah bocor dan meminta RM 500 untuk dibaiki, tetapi saya tak rasa tong plastik yg tebal mcm tu boleh bocor. Saya telah check pada getah di rinse valve, ia masih dlm keadaan baik.

    Saya ingin meminta bantuan dari pengalaman saudara kalau saudara pernah menghadapi dengan masalah yg sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussallam, insyaallah saya akan membantu saudara dalam masalah untuk membaiki kerosakan mesin basuh saudara. Boleh tak saudara ambilkan gambar dan hantarkan ke alamat email saya supaya saya boleh mendiagnosis masalahnya, kalau sampai RM 500 itu bukan repair namanya dia sengaja nak kenakan saudara. ok, semasa air sudah penuh dan kebiasaannya kalau getah diaphragm valve masih elok kemungkinan springnya tidak kuat dan cuba saudara periksa samaada springnya berada didalam keadaan baik atau sudah berkarat dan kalau masih elok cuba renggangkan spring tersebut dengan menariknya. Pada kebiasaannya ada dua saluran air akan keluar dari paip ini, iaitu satu dari drain valve dan yang satu lagi dari overflow dan seandainya masalah masih ada boleh tak hantarkan gambar atau video ke alamat email saya asriman78@gmail.com supaya saya boleh membantu :)

      Padam
  5. Assalamualaikum. Saya menggunakan mesin basuh samsung automatik. Masalah saya ialah air akan sentiasa keluar memenuhi drum dan tidak berhenti secara automatik walaupun hingga ke takat yang sepatutnya. Dan jika saya offkan power pun, air tetap keluar memenuhi drum. Boleh saudara berikan pendapat mengenai hal ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikummussallam, masalah saudari adalah kerana water pressure control seperti gambar diatas saudari boleh nampak bagaimana rupanya dan switch pressure ini akan disambungkan dengan 1/4" paip kecil yang jernih dan cuba periksa samaada paip tersebut elok lagi atau sudah bocor, kerana apabila ianya bocor ia tidak akan dapat memberi tekanan udara yang sepatutnya kepada switch water pressure control untuk memutuskan bekalan kuasa kepada water inlet valve. Dan kalau saudari masih ingin saya membantu sila hantar gambar mesin basuh dan jenis water pressure switch ke alamat email saya untuk saya mendiagnos masalah mesin basuh saudari. Insyaallah

      Padam
  6. toshiba model fully auto aw9770 s,nak spin keluar error E2,search internet kata,sensor pintu,mana letaknya ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesin basuh automatik selalunya mempunyai dua sistem interlock untuk pintu, satu darinya saudari boleh dapati dibelakang pintu tersebut iaitu suis yang mempunyai 2 atau 3 wayar dengan berdekatan dengan spring pintu dan duduk dekat dengan engsel pintunya. Ianya selalunya adalah limit suis yang mempunyai plat besi yang panjang atau mempunyai dua kaki yg mana setiap kaki disamungkan kepada wayar. Dan satu lagi suis pintu yang datang terus dari control panel yang selalunya mempunyai 2 atau 3 wayar yang berada didepan mulut pintu, kalau saudari perhatikan mungkin saudari akan dapati satu tombol kecil yang seperti suis dan ianya adalah suis interlock kedua bagi sistem pintu mesin basuh. Dan kalau saudari masih tidak pasti sila ambil gambar mesin basuh dan hantar ke alamat email, supaya saya boleh membantu saudari menyelesaikan masalah mesin basuh asriman78@gmail.com

      Padam
  7. Salam tuan..sy menggunakan mesin basuh samsung 7.5kg wa95f3.dah lapan tahun..masalah sekarang basuh ok tp spin tk kuat mcm dulu..knp ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, kekuatan tujahan sesuatu motor adalah disebabkan kekuatan lepasan arus yang terhasil dari kapasitor atau kondenser.
      Sebab itu setiap motor elektrik memerlukan kapasitor untuk proses permulaan ( starting ) dan proses larian ( running ), motor akan menggunakan Arus (Amps) yang tinggi semasa starting dan sedikit semasa proses lariannya. Jadi, pada pengalaman saya saudara harus menukar kapasitornya dengan sama nilai iaitu 400v 47uF bergantung pada nilai kapasitor anda semakin besar nilaiya maka semakin banyak cas arus elektriknya, untuk kerja membuat tujahan pada permulaan motor tersebut.

      Padam
  8. salam..sy ada problem ngan mesin basuh samsung 6.5kg di mana pc board terbakar..anggaran kasar utk bli spare part pc board tu brp ringgit?? dan kt mana sy bole membelinya..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaiukummusallam, silver choc boleh saya tahu mesin basuh saudara jenis samsung model apa? untuk memudahkan memberi bantuan kepada saudara, boleh tak tolong hantar gambar board tu depan dan belakang dan kalau boleh dekat board tu ada tulis nombor siri dan version ke berapa.Dan hantar ke alamat email saya, supaya saya boleh mendapatkan maklumat tentang harga dan ceritakan apa masalah board tersebut rosak di bahagian mana? asriman78@gmail.com

      Padam
  9. salam .... saya menggunakan mesin basuh Daewoo sejak 7 thn lalu dan tiada masalah. baru2 nie air yang masuk ke dalam drum tidak berhenti-henti sama kes dengan Diana di atas. y telah check paip jernih yang di sambung dgn switch water pressure dan ianya dalam keadaan yang baik. adakah switch rosak dan berapakah kos menggantikan switch tersebut. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam,:) mamat boleh saya dapatkan rupa keadaan pressure switch dan model mesin basuh dan pada kebiasaannya harga dalam RM 50 ~ 60. Kalau nak tahu bagaimana pressure switch rosak cabut paip jernih tu dan on mesin basuh seperti keadaan biasa, cuma jangan masukkan air. Sekarang apabila semua sistem dah di set dan tekan start untuk mencuci dan paip kecil yang jernih tadi tu cuba tiup dengan menggunakan dari mulut anda dan pastikan angin tidak bocor semasa meniup paip tersebut. tekanan angin untuk menghidupkan suis tersebut tak lah tinggi sangat kerana ianya kurang dari 1 Bar dan sekiranya anda nak tahu yang yang valve dah berhenti dari mengisi air, caranya dekatkan screwdriver besi pada badan valve tersebut dan ianya tiada mempunyai kuasa magnet lagi dan itu tanda suis tekanan air tadi elok dan sekiranya screwdriver tadi melekat kerana ada kuasa magnet pada coil valve tadi maka suis tekanan telah kaput... kalau masih nak kepastian boleh bertanya lagi jangan malu dan insyallah saya akan menolong saudara... :)

      Padam
  10. Salam,

    saya mengunakan mesin basuh Samsung. baru 1 tahun pakai. masalh sekarang air tak keluar & spin pn tak boleh. agak2 apa yang menyebabkan jadi macam tu. bahagian mn y perlu sy tgk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, saudari nurul drain valve untuk mengeluarkan air dan motor tak boleh nak spin adalah masalah yang sama iaitu ianya motor spin akan bekerja sekirranya air keluar kerana seperti yang saya ceritakan diatas motor mekanikal untuk spin dan drain tidak berfungsi dan kemungkinan motor telah rosak atau wayar steel yang digunakan untuk menarik gear brek dan drain valve telah tercabut dan kalau semuanya elok cuba uji wayar pada motor mekanikal tersebut ada bekalan elektrik atau tidak semasa proses rinse dan spin dengan menggunakan test pen dan sebaiknya utamakan keselamatan dan bekerja didalam suasana yang kering jangan dalam suasana yang basah k... dan kalau masih sangsi dan masih perlukan pendapat jangan malu untuk bertanya insyaallah saya akan cuba membantu saudari..

      Padam
  11. Salam tuan,

    Mesin basuh saya, besi yang sambungkan pulsator (pemutar) dengan dia punya gear longgar. Saya tengok hujung besi tu gigi dia macam ok lagi. Adakah yang hausnya bahagian dalam bukan pada besi tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam,mesin basuh jenis manual ke auto atau semi auto? ok, pada kebiasaannya kalau jenis manual gear boxnya sudah kaput disebabkan bushing shaftnya sudah haus dan kos kalau menukar kepada gear box yang baru hanya dalam anggaran RM 40~60 sahaja. Begitu juga bagi mesin basuh jenis auto mekanikal gear box nya sudah rosak disebabkan bearing dan shaft nya kemungkinan sudah haus dan kaput. cuba periksa gear box pulsator tersebut dan sekiranya masih inginkan kepastian sila hantar ke alamat email saya ok.. terima kasih :)

      Padam
    2. Mesin basuh saya manual tuan. Saya dah email dengan lebih lengkap.

      Padam
    3. OK saya dah terima email dari saudara, sekarang ni kalau pulsator tu berpusing ianya akan terangkat ke atas dan ini menunjukkan bushing untuk shaft tersebut telah haus dan kemungkinan bearing didalamnya dah tak memegang pada housing bushing tersebut dan saudara ada perhatikan pulley dibawahnya dalam keadaan baik atau tidak, kerana pulley tersebut mempinyai lock nut yang mengunci diantara pulley dan shaft. sebenarnya saya tidak berada dikawasan saudara kerana saya berada dikedah... kalau saudara nak saya tolong carikan insyaallah saya akan cuba membantu... :)

      Padam
  12. salam tuan,

    saya pakai daewoo air masuk xberhenti tapi isi manual la mesin jalan macam biasa.macam mana saya nk check Water pressure control tu berfiungsi ke tak? senang tak nak diganti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, Ijat maaf kerana lama tak online sebab bz, Ok kalau air masuk tak bernhenti2 itu tandanya water pressure cont. dah rosak atau terdapat kebocoran pada paip yang transparent lebih kurang saiz 1/4 inci. kerja untuk mengantikannya mudah saja kerana saudara kena cabut soket wayar yang menghubungkan ke sius itu dan cabut sekali paip halus yang menghubungkan ke sius dan drum, semasa memasang kembali paip tadi pastikan saudara sapukan sedikit dengan gam seperti gam 3 second. Cara hendak mengenal pasti bagaimana suis tekanan tadi bekerja atau tidak cabut paip kecil dibahagian drum dan bukan pada bahagian suis dan pada masa ini saudara ON kan seperti biasa tanpa mengunakan air, pada masa yang sama saudara cari besi seperti sudu ke atau screwdriver dan letakkan pada water inlet valve dan pada masa saudara menekan suis START untuk proses mencuci maka pada masa ini water inlet valve akan bekerja dahulu kerana untuk mengisi air dan pada masa ini coil water inlet valve tersebut akan menghasilkan kuasa magnet dan saudara akan dapat merasakan tarikan kuasa magnet pada water inlet valve tersebut dan ini meunjukkan yang ianya sedang bekerja. Kemudian pada masa water inlet valve itu bekerja maka sekarang ambil hujung paip transparent yang telah dicabut dari drum bukan dari belakang water pressure switch dan sekarang tiup kedalam paip tersebut dan sekiranya suis tekan itu elok maka ianya akan memutuskan bekalan ke water inlet valve dan pada masa ini sudu atau screwdriver yang kita letakkan tadi akan kehilangan kuasa magnet dan ini menunjukkan water pressure switch bekerja dengan betul dan sekiranya semasa kita meniup kedalam paip tadi dan ianya masih ada kuasa magnet maka water pressure switch tersebut telah rosak dan pastikan semasa meniup jangan biar ada angin yang bocor kerana ianya hanya berfungi pada tekanan tertentu tetapi tidaklah sampai 1 BAR.

      Padam
  13. Salam bang. Macam mane nak reset panel mesin basuh toshiba. Saya punya mesin basuh air tak stop bile dah penuh... Sampai air tu keluar... Ada yg kata panel problem... Suruh reset je.. Harap abg dapat membantu... Thanks..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikummusallam, sahrus sebenarnya reset merujuk kepada mesin basuh auto hanyalah untuk untuk sistem yang kita telah set pada program dan bukannya pada sistem mekanikal mahupun interlocknya. masalah yang saudara hadapi ianya seperti yang saya terang kepada saudara ijat diatas dan sekiranya masih ada masalah lagi dan masih keliru saudara jangan malu bertanya...insayaallah selamat mencuba dan semasa membuat test run seperti diatas pastikan saudara berada ditempat yang kering dan jangan bekerja didalam keadaan suasana yang ada air. :)

      Padam
  14. salam! mesin basuh sy jenis LG..
    masalah mesin nie x boleh buang air keluar selps mencuci atau proses pengeringan (dr rinse ke spin)...minta bantuan kpd yg pakar...tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, saudari Norazlinda saya kurang pasti mesin tentang mesin basuh saudari jenis manual atau auto, dan sekiranya ianya mesin basuh jenis auto masalah utama yang menyebabkan mesin basuh tidak dapat melanjutkan proses membilas (rinse) dan pengeringan (spin) adalah disebabkan motor mekanikal yang bekerja untuk menarik drain valve tidak berfungsi dan ini kekadang mungkin wayar kena gigit tikus contohnya atau motor mekanikal tersebut telah rosak dan cara bagaimana hendak tahu yang ianya masih berfugsi, saudari cuba buka penutup pada bahagian belakang dan saudari akan dapat melihat keadaan motor mekanikal yang ada wayar steel seperti dawai yang menghubungkan pada drain valve dan sekiranya ianya bekerja, ia akan menarik wayar steel tadi dan pada masa yang sama ia akan menarik brek pada gear box dan sekiranya ianya tidak bekerja maka kerosakan adalah pada motor mekanikal dan kekadang wayar itu kemungkinan tercabut atau terdapat benda asing didalam drain valve yang menyekat diaphragm dari terbuka. Pada kebiasaannya sekiranya ianya bekerja ia akan menghasilkan bunyi getaran pada motor mekanikal dan sekiranya tiada getaran itu bermaksud motor mekanikal tadi telah rosak atau tiada bekalan kuasa yang sampai kepadanya dan untuk mengetahui yang motor itu ada menerima bekalan saudari boleh mengunakan test pen untuk menguji samaada ianya ada bekalan elektrik atau tidak dan saya amat berharap supaya semasa membuat kerja pastikan saudari dalam keadaan yang kering dan kalau boleh guna alas pada kaki seperti kasut yang mempunyai getah atau sandal yang tebal getahnya.Utamakan keselamatan dan sekiranya masih ragu janganlah malu untuk bertanya. :)

      Padam
    2. Salam.valve drain dan mesin motor mekanikal mesin basuh saya tiada rosak,tetapi air masih tidak mahu keluar.apa masalah mesin saya dan macam mana saya perlu baikinya?mesin saya jenis manual.

      Padam
  15. Salam..nak tanyA mesin basuh syA..mesin tak on lg tapi tetap mengalir masuk...kalau nak spin kne off dlu air kat pili paip kalau xmesti basah..nk bt mcm mna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusallam, saudari Suzirah sebenarnya saya tak berapa faham bahasa trengkas atau short form dari pertanyaan saudari tetapi dari segi pemahaman saya mesin basuh saudari tidak boleh nak cut off air yang memasuki drum proses mencuci dan membilas, ini disebabkan water pressure control tidak berfungsi atau paip transparent yang bersdaiz 1/4 inci telah rosak atau bocor menyebabkan tiada tekanan dan menyebabkan sius tadi tidak bekerja seperti sepatutnya. Saudari boleh membaca pada masalah yang saudara Ijat diatas bagaimana hendak mengenal pasti kerosakkan telah saya terangkan... sekiranya masih ragu dan kurang faham boleh bertanya lagi... :)

      Padam
  16. water valve untuk lg 6.5kg berapa ....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Juang water valve terdapat banyak jenis dan ada yang single dan ada yang double dan pada kebiasaannya harga dalam lingkungan RM50 ~ RM60 sahaja bergantung kepada jenis mesin basuh saudara... :)

      Padam
  17. Assalamu'alaikum Bro Asriman,
    Alhamdulillah dpt diketemukan dgn blog Bro selepas puas mencari. Semuga Allah balas budi Bro dilipat gandakan rezeki serta kesihatan yg baik atas segala usaha bagi membantu mereka-mereka yg menghadapi kesulitan mesin basuh termasuk diri saya sendiri. Penerangan dan gambar yg diberi mengenai mekanisma mesin basuh sangat bermenafaat dan sedikit banyak dpt memberi kefahaman kpd yg tiada berpengetahuan seperti saya. Saya 100% yakin pada Bro. Saya guna mesin basuh 10kg fully auto jenis TOSHIBA model AW-1170SM. Susah nak katakan samaada ia bermasalah atau tidak sebab ia berfungsi okay KECUALI kemasukan air terjadi terlalu perlahan dan mengambil masa berjam-jam utk bekas cuci penuhi air walaupun tekanan air paip adalah kuat dan laju. Ini berlaku setelah mesin basuh ini tidak digunakan selama 2 minggu. Utk mempercepatkan bekas cuci penuhi air pd tahap 79L, saya kena penuhi sendiri bekas cuci dgn 6 baldi air pd mula-mula "start" dan kemudian lagi 6 baldi air pd masa "rinse". Semuga Bro dpt tahu puncanya mengapa kemasukan air ini terlalu perlahan dan apa yg perlu dibaiki atau diganti. Semuga Allah merahmati Bro.....terima kasih banyak-banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamu'alaikum Bro Asriman, Alhamdulillah..saya telah berjaya membaiki mesin basuh sendiri. Berdasarkan pd penerangan dan gambar tentang water inlet valve yg diberi, saya buat kesimpulan bahawa punca air perlahan adalah disebabkan water inlet valve yg tidak berfungsi. Oleh itu, saya pun pergi ke Toshiba Sales & Services di Glenmarie dan beli water inlet valve yg baru berharga RM53.10 utk diganti. Kerja pengantian boleh dibuat dalam 15 minit sahaja tapi memandangkan saya tiada pengalaman membuka mesin basuh, saya berjaya restore semuanya dalam 3 jam dan ini adalah satu pengalaman baru utk saya. Alhamdulillah...segala yg baik itu adalah dari Allah dan segala kelemahan itu adalah dari diri saya sendiri.Wasallam.

      Padam
    2. Waalaikummussallam, Alhamdulillah tugas saya disini hanya membantu pada kadar yang saya mampu dan banyak lagi pengalaman yang saya nak kongsikan bersama insyaallah semoga Allah memberi saya kelapangan dan kemudahan untuk berbuat demikian Insyaallah.. Semangat yang seperti inilah yang saya mahu kerana kita tidak seharusnya terus mengharap pada orang sedangkan ada masanya mereka akan mengambil kesempatan keatas orang yang tidak mahu percaya diatas kebolehan diri...Ingin mencuba perkara yang baru itu adalah satu ilmu dan ilmu itu adalah ibadah maka kita kena harus ada keyakinan, memahami dan mengamalnya barulah dikatan ilmu kerana ilmu itu bukan hanya setakat yang kita lihat, dengar,rasa dan faham... :) Semoga Azmi lebih yakin dan percaya dengan kemampuan diri saudara dan jangan mudah mengalah... terima kasih kerana sudi menjadikan ianya satu pengalaman bagi diri saudara sendiri dan insyaallah kalau ada apa2 yang menjadi kemuskilan janganlah malu dan segan untuk bertanya...

      Padam
  18. Salam. saya bercadang nak beli sebuah mesin basuh top load fully auto antara 10,12-15kg. jenama apa yang terbaik dan disarankan? Toshiba vs Lg vs Panasonic vs Hitachi
    Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam, kalau pening memikirkan jenama apa nak beli...beli saja Toshiba sebab saya sendiri menggunakannya. Dah guna lebih dari 5 tahun cuma baru2 ini tekanan air masuknya tiba2 jadi perlahan, so saya tukarkan water inlet valve yg baru, itu je. Lagi pun nak tukarnye senang saja, tak payah buka panel belakang, hanya buka panel atas dekat penyambung ke water host. Sedikit sebanyak, ini merupakan advantage bagi mereka yg hendak beli Toshiba kerana kalau berlaku perkara yg sama seperti saya, tahulah apa puncanya dan tahulah apa nak buat. Selamat membeli.

      Padam
    2. Waalaikummusallam, terima kasih saudara Azmi kerana memberi pandangan bagi pihak saya... saudari hasfa sebelum membeli sesuatu barangan pastikan kita bertanya kepada salesman samaada barangan yang kita hendak beli ada mempunyai supplier untuk alat ganti atau tidak dan setiap barangan ada mempunyai jangkahayat dan ketahanan serta keupayannnya ia berkualiti atau tidak, tetapi kalau bagi pihak saya membelilah ikut kemampuan dan mudah untuk dibaiki sekiranya mengalami masalah dan yang penting sekali ada mempunyai agen yang mudah dicari...:)

      Padam
  19. mesin basuh tuan umah saya rosak sbb terlebih muatan which now xleh nk spin. n sya dapati sarung bantal saya hilang. adakah sarung bantal saya telah tersangkut n menyebabkn spin xberfungsi? tolong jawab

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudari Suhaila, sekiranya betul sarung bantal tadi telah tersangkut ianya akan menyebabkan motor spin tidak akan berjalan kerana ia sekarang berada didalam keadaan terlebih muatan atau dipanggil overload burden dan ini akan menyebabkan motor sukar untuk berfungi dan boleh menyebabkan coil motor tersebut terbakar dan sekaligus membahayakan sistem wiring dan sebolehnya didalam keadaan sebegini jangan sesekali menghidupkan motor selagi ianya masih mempunyai overload dan sekiranya selepas sarung bantal dikeluarkan tetapi motor tidak berfungsi juga maka ini menunjukkan motor tersebut harus ditukar... sekiranya saudari masih ragu dan ingin bertanya insyaallah saya sedia membantu memberi yang terbaik.... :)

      Padam
  20. assalam bro mesin bsuh sy samsung wa95f3 ade msalah intermitten ...kdg2 tak bsuh langsung water press snsor dh tukr,skarg ni water inlet vlv tak brgetar...adakah coil pd PCB bord brkait dgn wter inlt vlv..sbb bila sy chek penebat pd pcb bord cair pd kawsan coil...sekian tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikummusallam, saudara masmuliadi intermitten berlaku sekiranya sistem penebatan pada materiel nonconductor telah hilang keupayan dari menjadi penebat kepada pangaliran arus elektrik, kemungkinan intermitten tersebut dibebabkan control panel mesin tersebut telah cair insulation rubber disebabkan litar didalam control panel tersebut telah berlaku over heat atau short circuit. kerana setiap control panel mempunyai microprocessor yang akan menghidupkan semua valve mahupun sistem interlock dan motor dengan menggunakan solid state relay atau Triac yang bekerja sebagai pemacu kepada sistem mekanikal. Jadi secara am nya memang control panel yang mengawal semua sistem interlock switch, sensor, mekanikal dan motor. Sekiranya saudara masih ragu insyaallah saya akan mencuba yang terbaik... :)

      Padam
  21. Salam tuan,
    Saya ingin kan pendapat dan bantuan, sy menggunakan mesin basuh samsung model wa91u3 7.0kg selama 6 tahun. Hari ini mesin ada masalah xboleh nak di hidupkan. Check fius seem ok then sy tgk control pcb insulation byk yang cair. Apa punca pcb boleh cair dan jika boleh nak minta bantuan tuan cari board baru. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, wan setiap komponen mempunyai jangka hayat dan kemungkinan berlakunya overload burden pada motor dan menyebabkan output controller dari pcb board telah terbakar dan short circuit. Saya boleh membantu saudara wan, iaitu boleh tak saudara hantar gambar pcb board dengan mengambil gambar dari atas dan pastikan sertakan sekali model dan nombor version yang ada pada board dan hantar ke email asriman78@gmail.com. Insyaallah saya akan membantu saudara :)

      Padam
  22. assalamualaikum.
    mesin basuh saya model singer wt 5760 6.0kg auto, masalahnya waktu nak spin bunyi alarm error tak boleh nak spin. boleh tau apa puncanya? sebelum ni pernah jadi masalah sama dan dah hantar repair. tapi sekarang jadi lagi sekali. boleh tolong tunjuk ajar mcamana nak repair sendiri. apa yang kena ganti dan kosnya berapa? terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, saudara Eddie semasa nak masuk proses rinse dan spin, saudara ada dengar bunyi mekanikal yang hidup tak? sebelum bunyi buzzer dan indication error tu keluar. Kalau tidak itu disebabkan motor mekanikal yang digunakan untuk menarik drain valve dan mekanikal break tidak berfungsi. Ok, sekarang ni saudara buka bahagian penutup dibelakang mesin baush tersebut dan kebiasaannya motor mekanikal untuk menghidupkan drain valve ada mempunyai wayar steel dan sekiranya ianya berfunsi, ianya akan menarik wayar tadi dan sekiranya hanya terdengar bunyi getaran tetapi tiada tarikan maka motor telah rosak dan perlu diganti. Kos untuk alat ganti motor mekanikal tersebut lebih kurang dalam RM 50 ~ RM 70. Perlu juga saudara pastikan yang semasa proses rinse dan spin tadi berjalan, pastikan wayar yang pergi ke motor mekanikal tersebut mempunyai bekalan kuasa dan kalau tidak kemungkinan wayar telah putus atau control pcb board telah kaput. Semasa proses spin pastikan juga suis pintu tidak rosak dan berada didalam keadaan yang baik dari segi wiring dan suis itu sendiri dan juga pastikan spring pintu juga masih berada didalam keadaan elok. Yang terakhir sekali terkadang mesin basuh jenis auto ni mempunyai sistem interlock pintu kedua iaitu jenis suis atau magnetic yang berada disebelah depan pintu kiri atau kanan dan untuk kepastian buka penutup bahagian depandan pastikan suis. Sekiranya saudara masih ragu ambil gambar pada bahagian belakang, bahagian atas belakang pintu iaitu tempat duduknya suis pintu dan juga bahagian hadapan dan hantar ke alamat email saya supaya saya boleh membantu mendiagnos... :) asriman78@gmail.com

      Padam
  23. assalamualaikum saudara..

    Saya mempunyai mesin basuh automatik jenama LG dengan muatan atas 9.5kg.
    Masaalah saya sekarang mesin basuh saya tidak boleh spin . Melalui pembacaan saya diatas dan melalui pengamatan yg telah saya buat keatas mesin basuh saya, didapati dramnya telah turun kebawah dan saya syak penyeraphentakan dan gegaran telah rosak. Jadi saya minta pandangan saudara untuk menyelesaikan masalah saya ini dan berapakah harga kos penyerap hentakan tersebut.

    Terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusallam, saudara aziz :) kalau boleh saya tahu mesin basuh saudara jenama LG dan modelnya dan boleh saudara ambil gambar bagaimana rupa absorber untuk drum tersebut supaya saya boleh nyatakan nilai harganya. Maksud saudara apabila hendak beralih ke proses spin motor tidak hidup dan bagaimana dengan proses rinse adakah ianya membuang air selepas proses wash...saudara boleh hantar gambar ke alamat email saya asriman78@gmail.com... dan sekiranya masih ada keraguan insyaallah saya akan sentiasa membantu.. Insyaallah :)

      Padam
  24. as salam bro yg pakar dlm mesin basuh,sy mau bertanya mcmne atau cara kita nk convert pcb board yg biasa (china) ke mesin basuh,sbb nk beli board baru yg jenama kos memang mahal,boleh tak bro bg tau mcmne cara sambungan board yg china tu ke mesin basuh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussallam, kerie terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya. Boleh saya boleh terangkan bagaimana nak convert pcb china ke mesin basuh yang rosak tu k... sekarang ni saya perlukan bantuan kerie supaya mengirimkan ganbar board yang baru, iaitu gambarannya hendaklah diambil dari atas dan yan kedua gambar board lama semasa sebelum mencabut semua socket wayar yang ada pada board tu dan yang ketiga gambar selepas board lama tadi dicabut wayarnya... Saya akan membantu kerie dan hantarkan ke alamat email saya asriman78@gmail.com dan sekiranya ada sebarang pertanyaan dan keraguan insyaallah saya akan membri yang terbaik untuk menyelesaikannya.. :)

      Padam
    2. Salam saudara,

      boleh saya tahu anggaran harga dan di mana utk membeli pcb board controller yg saudara guna utk convert tersebut. saya dapat di kawasan shah alam dgn harga RM160. terasa macam mahal, dah la tiada warranty disertakan bersama pcb board tersebut.

      Padam
  25. salam..
    saya hendak mencari butang on off mesin basuh toshiba model AW 8080S
    MANA SY BOLE DPTKAN???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, boleh saya dapatkan rupa sebenar butang on off mesin basuh saudara dan hantarkan ke alamat email saya... k :) asriman78@gmail.com

      Padam
  26. salam, saya baru saja beli mesin basuh samsung teknologi wooble 10.5 kg yg br tue.. masalah nya mesin nie telah hadkan masa hanya 5 minit utk air penuh mengikut level yg ditetapkan.. air tak sempat penuh dalam masa 5 minit dan aliran air dihenti secara auto dan air yang dah masuk dikeluarkan semula... mcm mana yea nak set masa utk air nie masuk, memang tak de apa2 button yg boleh ditekan utk setting masa air masuk kat mesin tue.. tolong tolong.. terima kasih yea tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumusallam, saudara farid boleh saya tahu jenis samsung dan model number nya sekali supaya mudah bagi saya membantu saudara menyelesaikan masalah... dan kalau boleh sila hantar ke alamat email saya asriman78@gmail.com... dan sekiranya masih ada pertanyaan dan keraguan insyaallah saya sedia membantu.. :)

      Padam
  27. as salam bro,sy nk tanya bro yg pakar, masalah mesin basuh LG model WF-T700 kalau x silap sy,masa tekan switch power on pulsator tu tak berpusing,adakah model ni memang mcm ni?tp masa tu ada bunyi mcm motor nk jln tp x leh jalan,apakah masalah atau kerosakan tu?tp lps tu air masuk,sikit demi sedikit drum tu turun ke bwh,tp tak berpusing sebab pintu takde,kerana pintu pecah.bro yg pakar boleh bg jawapan kepada masalah tu?terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusallam, OK jenis mesin basuh yang saudara maksudkan ini adalah jenis front load mesin basuh ke? mengikut model yang saudara berikan ini mesin basuh mempunyai sistem inverter yang mengawal kerja motornya.
      Jenis motor mesin basuh ini banyak bergantung kepada inverter power modul IC yang mengawal kelajuan motor melalui jumlah keluaran inverter sistem dan hanya untuk starting sahaja ia menggunakan kapasitornya. Yang pasti mesin basuh jenis ini kapsitor untuk motornya terletak pada panel kawalan pcb di belakang.
      Untuk menyelesaikan masalah saudara boleh tak saya dapatkan gambar keadaan mesin basuh saudara, iaitu buka penutup atas supaya boleh saudara ambil gambar untuk pcb dan gambaran dari belakang keadaan motor dan sistem absorber dan gambaran yang menunjukkan keadaan pintu, supaya saya boleh memberi bantuan bagaimana saudara hendak mencari punca masalahnya..
      Hantar gambar tersebut ke alamat email saya asriman78@gmail.com supaya boleh membuat diagnos.. :)

      Padam
  28. Salam..

    Saya br menggunakan mesin basuh toshiba auto...air xbole masuk utk membasuh,,,melalui review ini saya gambarkan water inlet valve rosak...kat mana kedudukan sebenar alat nih erk??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, airis boleh saya tahu mesin basuh jenis toshiba auto top load atau front load, saya akan membantu sekiranya dapat mengetahui gambaran bagaimana rupa mesin basuh airis dengan mengirim gambar mesin basuh dan nyatakan modelnya. Tetapi secara amnya untuk mengetahui dimana letaknya water inlet valve ni, ianya berdekatan dengan tempat dimana kita sambungkan paip air masuk ke mesin basuh dan sekira dibuka penutup dan boleh dilihat ianya mempunyai dia wayar kekadang ianya mempunyai double outlet dan satu inlet. Sekiranya masih ragu dan inginkan kepastian, insyaallah saya sentiasa membantu dan hantarkan ke alamat email saya asriman78@gmail.com

      Padam
  29. Assalamualaikum...

    Saya perlukan bantuan tuan, mesin basuh Toshiba AW9770S buat hal. Bila "start" dia jalan cam biasa...habih basuh ayaq keluaq...pastu bila bab "Rinse"...dia sepi, tak pusing kasi perah baju laa pulak. OFF...ON...dok lagu tu gak... Bila try jalan "Rinse - 1", timer jalan tapi "Rinse" tak jalan...kemudian ada bunyi "Gear" tapi sangkut...E2 message keluaq. Kena OFF...ON balik jadi serupa. Tulong sat naa...Wassalam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusallam, masalah mesin basuh saudara seperti motor mekanikal untuk drain valve ada masalah, sekiranya saudara buka pada bahagian penutup belakang pasti saudara akan nampak satu komponen yang akan menarik wayar steel untuk membuka drain valve dan ianya mempunyai tugas yang sama untuk memlepaskan break dari gear box dan sekiranya saudara kurang faham saudara boleh ambil gambar bahagian bawah mesin basuh, dan hantarkan ke alamat email saya supaya dapat saya terangkan secara terperinci dimana letakknya komponen dan cara memeriksa masalahnya... Insyaallah saya akan cuba membantu dengan terbaik.. asriman78@gmail.com

      Padam
    2. Alhamdulillah...

      Tuan, saya nampak komponen tersebut! Sama macam imej penjelasan tuan! Kena tukaq kaa...harga brapa agaknya?

      TQVM - Radzi BM

      Padam
    3. Ok, selepas proses wash adakah ianya menarik wayar steel tersebut untuk buang air dari valve? kalau tidak maka ia harus ditukar kerana mungkin motornya dah rosak dan harga komponen tersebut dalam sekitar RM 50 ~ 60 mengikut jenis. Cuba dapatkan dikedai spare part mesin basuh berdekatan dan sekiranya saudara masih ada masalah saya masih sedia membantu... :)

      Padam
    4. Alhamdulillah...selamat berpuasa!

      Tuan, selepas "wash" air dibuang... kemudian "idle"...mesin tak "spin" untuk mengering...tiada ulangan "wash" then "rinse".
      Bulih basuh sekali saja...kemudian perah dengan kudrat tangan...

      TQVM...Radzi BM

      Padam
    5. Selamat berpuasa juga buat saudara, ok Disini say ceritakan asas perjalanan proses mesin basuh, air dimasukkan kedalam drum dan apabila nisbahnya cukup maka wash ( mencuci ) akan beroperasi, selepas itu air bersabun dan kotor akan dibuang dan air yang bersih akan dimasukkan kembali untuk membersihkan air sabun dan air yang kotor mengikut nisbah yang sama kedalam drum dan proses rinse ( membilas ) pun bermula, selepas beberapa minit proses membilas maka air yang kotor tadi pun dibuang dan sekarang ni proses spin ( mengering ) pun beroperasi untuk mengeringkan pakaian, didalam proses ini valve drain untuk membuang air akan sentiasa terbuka dan sekiranya secara manual pun kita tak boleh nak override sistem yang sepatutnya maka ianya disebabkan kerosakan kepada micro switching pada komponen yang mengawal output pada pcb telah gagal beroperai seperti transistor atau pun relay ... jadi masalah adalh berpunca dari pcb output controller..

      Padam
  30. Assalamualaikum...

    TQVM untuk penjelasan tuan.

    PCB output controller...bulih repair kaa...brapa harga agaknya? atau kena test specific part pada controller tuu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussallam, buat masa ni ada beberapa orang sahabat2 kita yang cuba membaiki sendiri pcb controller dengan bantuan bersama saya, walaupun mereka tiada pengalaman berkaitan elektronik dan elektrik tetapi mereka mempunyai semangat untuk belajar dan mencuba.
      Ok sekiranya saudara mahu cuba membaiki pcb tersebut, insyaallah saya sedia membantu. Untuk itu saya memerlukan gambar berkaitan mesin basuh saudara dan kalau boleh hantar ke alamat email saya asriman78@gmail.com

      Padam
    2. Alhamdulillah...

      Tak rugi belajaq....In Shaa Allah saya akan sediakan gambar berkaitan dan email kepada tuan.

      TQVM - Radzi BM

      Padam
    3. Insyaallah saya akan menanti email dari saudara dan bersama menyelesaikan masalah... untuk belajar ianya memerlukan keyakinan dan kesabaran... :)

      Padam
    4. Assalamualaikum...

      Tuan, sedang dok snap photo untuk email...terpandang duit siling 10sen baru melekat di magnet sensor pintu...bila ambik duit siling tu try spin...Alhamdulillah...berfungsi macam biasa.

      Maka anggapan saya, duit siling tu menghalang sensor dan membatalkan spinning.

      Apapun...berbanyak terima-kasih di atas maklumat, panduan serta bantuan tuan.

      Selamat berpuasa...maaf zahir batin.

      Wassallam...

      RadziBM

      Padam
    5. Waalaikummusallam, Alhamdulillah :) sekurang-kurangnya saudara dah menjumpai apa yang menjadi masalah pada mesin basuh saudara, saya turut bergemmbira kerana semuanya kembali seperti biasa dan tak rugi sekiranya kita cuba mencari sendiri apa yang menjadi masalah pada peralatan yang rosak, kerana disamping itu kita boleh menimba pengalaman dan pengetahuan. Sebelum kita menghabiskan banyak lagi duit, sekiranya apabila rosak je terus hantar kedai walhal kadang-kadang banyak perkara yang remeh yang kita terlepas pandang.. ok DO It Your Self tak rugi kalau mencuba.... :) selamat berpuasa juga buat saudara

      Padam
  31. as salam bro asriman,mesin basuh yg LG aritu yg sy tanya bro yg bro mau gambar tu skrg dah ok,terima kasih bro,bg pendapat..sy nk tanya mesin basuh pensonic semi auto model PWS-791A,tak boleh kering,tp basuh boleh..apakah part yg biasa berlaku kerosakan tu?adakah motor spin?atau switch?atau wayar ? atau timer switch?boleh bro bg klu yg biasa berlaku kerosakan,tp motor ada bunyi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikummusallam, semi auto twin tub kebiasaan mempunyai dua motor. Satu motor untuk wash dan satu lagi motor untuk spin, sekiranya saudara ada mendengar bunyi semasa proses spin tetapi motor tidak berpusing ini menunjukkan kapasitor telah rosak dan perlu diganti dan jenis ini terkadang mempunyai kapasitor yang mempunyai 4 terminal iaitu 2 terminal untuk kaki motor wash dan 2 terminal lagi untuk motor spin. sekiranya saudara boleh menghantar diagram litar yang biasanya berada di belakang mesin basuh, saya boleh tunjukkan yang mana satu kapasitor untuk spin dan terkadang juga wayar terputus kemungkinan akibat digigit tikus menyebabkan bekalan tidak sampai dan cuba periksa suis pintu yang berada dibelakang panel di atas sebelah kanan, dan kalau berkaitan dengan timer switch kemungkinan kontak dalam suis sudah kaput dan sekiranya ini berlaku saudara tidak akan mendengar langsung bunyi getaran motor tersebut kerana tiada keluaran (output) dari timer switch. kalau boleh hantar diagram dan keadaan motor spin supaya saya boleh menolong saudara untuk mendiagnos... :)

      Padam
  32. A'kum.saya bru beli mesin basuh Panasonic 7.0kg NA-F70B2 fully automatic. Masalahnya skrg adalah bila tekan start air akan masuk dan berhenti selepas 3 minit .tapi masa wash Ia hanya bergerak ke kanan dan kiri shj.jadi cuma kain yg di sebelah bwh shjlah yg di cuci .bju bhgn atas sampai proses pengeringan pun tetap mcm tu..saya rasa sepatutnya proses cuci adalah berputar kiri kanan atas bwh...Betul tak.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, Ok asas semua perjalanan mesin basuh adalah sama, selepas saya meneliti adakah program water level di set mengikut program asal atau di override secara manual set. Dan dari pengetahuan saya mesin basuh ini mempunyai 7 jenis program dari proses cucian, membilas dan mengering. disamping ianya juga mempunyai 6 jenis program water level jadi apabila menggunakan cucian yang banyak maka, ianya perlu di set jumlah air yang banyak. Sekiranya cucian tadi hanya sedikit perlu disetkan pada jumlah level air yang cukup untuk menampung cucian tadi, tetapi kebanyakan kita tidak ambil kisah kerana sekiranya cucian banyak dan cucian lebih, ini akan memberi beban kepada pulsator dan motor yang bekerja. Jenis mesin basuh ini banyak menggunakan air recycle iaitu mengepam air dari bawah drum untuk di sembur keluar melalui dua penapis ditepi drum dan disebabkan itulah ia banyak bergantung kepada cycle air berbanding putaran dari pulsator itu sendiri. Saya berharap sebelum menggunakan mesin basuh, ada baiknya fahami cara kerja dengan membaca manual yang disertakan untuk mengetahui bagaimana cara penggunaan mesin basuh tersebut. Sekiranya masih ada keraguan insyaallah saya masih sedia untuk membantu.

      Padam
  33. Salam, Saya ada emel mengenai masalah mesin basuh saya tak dapat takung air. Tak tahu mungkin ada masalah dengan rinse valve.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, email dari saudara saya dah terima dan sekarang ni saya sedang meneliti gambar tersebut...Dan pada pendapat saya ia berpunca dari rinse valve itu sendiri...

      Padam
    2. Alhamdullilah terima kasih atas maklum balas bro. Saya telah pun membuka rinse valve dan terdapat benda tak sepatutnya yang meyebabkan spring tersebut tidak bergerak. mesin sudah ok. Saya dapati cable dari motor spin and rinse sudah hampir putus. Bolehkah saya mengganti cable itu sahaja

      Padam
    3. Alhamdulillah, saya pun turut gembira kerana mesin basuh saudara dah ok, berkaitan dengan wayar steel tu memang boleh tukar tapi saudara kena bukan motor rinse tu dan saya pun rasa ia kena tukar sebab dari gambar yang saudara hantar tu hanya tinggal sedikti je urat wayarnya.Dan kalau tak dapat cari part untuk wayar tu boleh guna wayar brek basikal dengan sedikit modifikasi..ok sekiranya ada sebarang keraguan insyaallah saya sedia membantu.... insyaallah

      Padam
  34. Assalamualaikum
    Mesin basuh saya Midea MFW1020SA Auto
    Masalah
    1~Masa nk timbang load ikut jam pemusing tak jalan dan bunyi macam berat
    2~Bila tpusing lawan jam laju macam biasa
    3~Mesin tak mau keringkan baju,buang air boleh lepas tu diam
    Saya dah tukar dia punya capasitor 450AC 10uF tapi masalah tak selesai
    Mohon bantuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusallam, Saya menjangkakan mesin basuh saudara sukuri ada masalah pada bahagian forward winding coil motor yang tidak berfungsi.
      Setiap motor yang digunakan dalam mesin basuh, boleh berfungsi secara forward dan reverse iaitu mempunyai dua arah pusingan dan kebanyakan motor jenis ini mempunyai tiga wayar sahaja. Kapasitor hanya bekerja sebagai starting dan sekiranya arah reverse ia boleh berputar dan seharusnya bahagian forward pun tidak ada masalah dalam keadaan biasa.
      Banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan ia tidak berpusing arah forward adalah disebabkan coil di dalam stator motor putus, kedua tidak mendapat bekalan dari control board iaitu kemungkinan wayar faulty dan ketiga mungkin berpunca dari thyristor transistor yang telah rosak dan tidak mengeluakan output power ke motor.
      Untuk proses spin kebanyakkan sistem menggunakan forward drive sebagai arah pusingan default dan sekiranya ia mempunyai masalah maka motor tidak akan berpusing semasa spin proses. Saya memohon supaya saudara sukuri boleh menghantar diagram elektriknya dan juga gambar keadaan motor ke alamat email saya supaya boleh membuat diagnos untuk masalah mesin saudara... asriman78@gmail.com.

      Padam
  35. Salam...saya nk tanye knp mesin toshiba 7kg sy fully auto bila isi air dia x stop pd level yg d set..air sentiasa penuh higga over load

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikummusallam, sekiranya air masuk tak berhenti periksa water pressure suis yang saya tuliskan seperti artikel yang lalu bagaimana rupanya dan ini kemungkinan disebabkan tiada tekanan angin dalam paip ¼ inch transparent yang berada dibelakang drum, buka penutup belakang mesin basuh untuk memastikan kedudukannya... sekiranya masih ada keraguan insyaallah hantar gambar ke email saya untuk saya membantu membuat diagnos...

      Padam
  36. Tuan,

    Dimana boleh kita dapatkan 'Spare Part" utk mesin basuh semua jenis jenama sama ada "top Loading" atau " Front Loading"?

    STK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di tempat saya, spare part untuk mesin basuh banyak terdapat di area pulau pinang dekat jalan kampung benggali dan saya tak berapa pasti saudara zaidi duduk di bahagian mana, dan saya cuma boleh sarankan kekadang ada setengah kedai hardware ada menjual spare part untuk washing machine dan ada juga kedai yang menjual spare part elektronik pun ada menjual spare part untuk washing machine...

      Padam
  37. as salam.
    Tuan, agak2 berapa harga electronic controller untuk mc basuh samsung top load 8.5kg WA10U3? dah ada kesan terbakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, tidak semua model pcb board adalah sama tetapi saudara wakrem saya membantu untuk mencari berapa harga untuk board tersebut, hantarkan gambar pcb borad ke alamat email saya supaya mudah untuk saya membantu. asriman78@gmail.com

      Padam
  38. Saufi

    Assalam, Tuan mesin basuh saya model LG Fuzzy Logic 8.5kg..bila wash tak ada masalah..tapi bila air keluar untuk rinse, air tak habis keluar, dia dah start spin..dan bila spin pula drummer tak ikut pusing, statik saja..nak tanya apa masalahnya dan di mana boleh dapat jalan penyelesaian..terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, masalah ini berlaku disebabkan semasa pengisian air kedalam drum semasa proses wash memang sudah ada lebihan air yang tertinggal, mesin basuh ini menggunakan sistem cucian pintar kerana boleg mengetahui berapa anggaran jumlah loading dan air yang patut digunakan. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku kenapa air tidak keluar habis dari bawah drum mungkin ia sudab bercampur dengan kekotoran menyebabkan air tidak keluar secara lancar dari drain sistem, cuba jalankan kerja pembersihan dengan menggunakan air panas dan jangan gunakan terlalu panas dan biar menggunakan air suam supaya segala kotoran yang berada dibawah drum terkeluar sepenuhnya. merujuk kepada drummer yang statik tidak berpusing kerana disebabkan dibawah drum terdapat satu sensor yang mengesan kekerohan air iaitu water transparency sensor dan juga sistem mesin basuh ini dilengkapkan dengan loading balancing sistem dan banyak yang menjadi penyebab kenapa sistem interlock tidak berfunsi secara betul untuk melepaskan brek clutch pada sistem gear box. kalau boleh saudara saufi berikan nombor modelnya sekali supaya saya boleh memberi penilitian khusus kepada jenis mesin basuh saudara, ini kerana terlalu banyak model yang menggunakan fuzzy logic sistem bukan hanya satu model.

      Padam
  39. assalamualaikum saudara. selamat berpuasa dan berhari raya. saya nak tau nama dalam mesin basuh yg memutar air tu. bulat macam talam. dan berapa agak-agak harganya. terima kasih. wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaaikummusallam, saudara amat rahim. selamat berpuasa dan berhari raya juga buat saudara, maksud saudara pulsator yang berpusing ditengahnya ke? Ia dijual mengikut jenis mesin basuh dan kalau kenis semi auto atau manual harganya dalam lingkungan RM 60 ~ 50 sahaja. dan sekiranya mesin basuh jenis automatik ianya boleh mencecah harga yang mahal dalam anggaran RM 100 ~ 60 kerana ada sesetengah pulsator ada yang dibuat dari PP, ABS, SPP dan juga steel 316 yang mana mengikut jenis model mesin basuh dan sekiranya masih tidak pasti dan ragu hantar gambarnya ke alamat email saya insyaallah saya sedia membantu.

      Padam
    2. terima kasih tuan atas maklumat.

      Padam
    3. Assalamualaikum Tuan, mesin basuh ada masaalah. Bila tekan on dalam beberapa saat mesin akan mengeluarkan bunyi amaran error lepas tu off semula. Model TOSHIBA AW-1170SM 10KG. Harap Tuan dapat bantu saya mengenal masaalahnya. wassalam
      terima kasih.

      Padam
    4. Waalaikummusallam, ok sebelum ia padam apa indication error yang saudara amat nampak. ia bermula dengan E dan apa nombor dibelakangnya. dan adakah ia padam semasa di ON button suis atau semasa menekan start button, iaitu selepas menetapkan proses. sekiranya selepas menekan button ON, periksa semua wiring kemungkinan ada yang longgar atau shorting pada wiring dibawah mesin basuh dan juga pastikan tiada air yang bocor keatas motor dan juga periksa keadaan pcb adakah ia masih dalam keadaan yang elok dan sekiranya ada shorting atau berlaku overheating pada board, saudara akan nampak seperti kesan hitam pada pcb dan kalau masih ragu hantarkan gambar pcb ke email saya, supaya saya boleh meneliti pcb control tersebut dan juga hantarkan circuit diagram yang berada dibelakang mesin tersebut.

      Padam
    5. lebih kurang 3 saat selepas tekan suis ON mesin akan mengeluarkan bunyi dengan huruf E 7 kemudian - 1. selepas 9 kali mesin padam.

      Padam
    6. E7-1 ini kemungkinan berkaitan dengan water pressure suis telah gagal synchronize signal dengan pcb control dan kemungkinan ia telah kaput, atau amat juga boleh cuba cabut paip yang bersaiz 1/4 transparent yang berada dibelakang drum yang bersambung terus dengan pressure suis adakah lubang yang terdapat di drum telah tersumbat atau tidak. Cuba cabutkan paip tersebut dari drum, bukan mencabut paip tersebut dari suis dan sekiranya dah mencabut paip tersebut ON kan suis dan lihat apakah reaksi dan cuba menuip kedalam paip tersebut untuk memastikan ia berfungi dengan elok. ia seperti yang saya tulis pada artikel http://diyasriman.blogspot.com/2013/07/bagaimana-menguji-pressure-suis-bekerja.html
      dan satu lagi kemungkinan juga masalah ini berlaku disebabkan masalah interlock sistem yang ada pada suis pintu dan juga reed suis yang menggunakan magnetic ada masalah, sila pastikan kedua-dua suis ini dalam keadaan elok.
      sebelum ini mesin basuh amat ada masalah lain ke sebelum masalah ini berlaku, sekiranya mahukan penelitian dari saya, amat boleh hantarkan gambar pcb dan juga circuit diagram supaya saya boleh meneliti masalah mesin tersebut hantar ke asriman78@gmail.com

      Padam
  40. Salam tuan..saya nk tnya soalan skit..sya pakak mesin basuh toshiba..masalah skrg ni bila.basuh bju je byk lumut atau alga..bentuk keping2 warna hitam..apa masalah..harap tuan dpt membantu..email saya shably195@yahoo.com..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, boleh saya tahu nombor model untuk jenis mesin basuh saudara shably. Ianya belaku kerana kekotoran yang di ekstrak dari kerja mencuci dan juga disebabkan tindak balas berlaku di antara bahan cuci yang mengandungi campuran bahan kimia disamping air yang kita gunakan sekarang ni mempunyai unsur besi yang tinggi dan seboleh nya saudara kena membuat kerja mencuci tub atau drum dengan menggunakan air suam. setahu saya mesin basuh toshiba mempunyai program untuk proses pembersihan drum dan sekiranya saudara masih ragu sila beri nombor model dan saya akan membantu bagaimana cara untuk membersih drum secara terperinci.

      Padam
    2. Baik tuan..mmg ada program tube cleaning dh buat tp masih ada lg..nnt saya bg no model sbb saya kt opis..n maaf sbb lambt reply...tqvm sir sbb sudi membantu saya..

      Padam
    3. Ok, tak mengapa saya masih follow up masalah saudara...

      Padam
    4. Salam n selamat ptg tuan..maaf saya bru sampai di rumah ni..dan maaf skali lg sbb salah bg maklumat..mesin saya brand hitachi sf-80k..saya harap tuan dapat membantu masalah saya..terima kasih..

      Padam
    5. Terima kasih dan saya akan hantarkan penerangan setelah saya mengenal pasti apa yang menjadi punca masalah mesin basuh shably...

      Padam
    6. Terima kasih tuan..harap sgt tuan dapat membantu...puas saya buat tube cleaning tp masih terdapat alga atau lumut..so bila basuh baju putih akan ada kesan tompok2 hitam hijau kesan dr lumut tu..selamat hari raya tuan dn maaf sekiranya saya menyusahkan tuan...

      Padam
    7. 1. Mesin basuh digunakan secara tetap untuk membersihkan pakaian kotor dan lain-lain. Lama kelamaan, kotoran dan bau dari pakaian kotor membina di dalam mesin basuh. Ia adalah penting untuk memastikan mesin bersih, dan anda boleh berbuat demikian dengan barang-barang isi rumah - baking soda dan cuka. Menggunakan bahan-bahan ini dan hanya menjalankan dua kitaran proses sahaja.
      2. Mulakan membasuh kosong dan mula kitaran. Isikan air panas untuk sampai ke tahap yang tertinggi.
      3. Tambah 3 cawan cuka putih (atau 2 cawan jus lemon) dan 1/2 cawan baking soda ke dalam air panas dan mulakan proses kitaran pada mesin.
      4. Tunggu mesin basuh untuk menamatkan kitaran.
      5. Lap kan mesin dengan kain lembut untuk mengeluarkan apa-apa sisa yang mungkin telah terkeluar dari drum mesin.
      6. Mulakan kitaran sekali lagi dengan menggunakan air sejuk, dan lengkapkan kitaran proses tanpa menambah apa-apa kepada air. Dan sekali lagi lapkan mesin dengan kain lembut.

      Padam
    8. Terima kasih di atas info yg diberikan..insyaAllah saya akan cuba lakukan..selamat hari raya tuan...moga Allah membalas budi n jasa baik tuan...

      Padam
  41. Assalamualaikum..
    tn minta tolong sikit
    mesin basuh saya jenis panasonic Na-90e3
    masalahnya air keluar tak berhenti dari paip drain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, saudara hazimi boleh buka penutup belakang mesin basuh dan cuba pastikan kedudukan drain valve. Kemudian buka penutup drain valve dengan memutar penutupnya mengikut arah lawan jam dan didalamnya terdapat diaphragm getah dan juga spring, pastikan tiada benda2 asing yang tersangkut didalam valve ini yang boleh menghalang diaphragm getah menutup lubang drain dan terkadang mungkin ada gumpalan benang, duit syilling dan sebagainya. Sekiranya tiada pastikan juga diaphragm getah berada didalam keadaan yang elok tidak koyak dan juga pastikan spring tidak berkarat dan masih mempunyai tekanan yang kuat sekiranya spring itu sudah berkarat gantikan dengan spring yang baru dan sekiranya kekuatannya sudah lemah cuba dengan menarik semula spring tersebut dan masukkan kembali kedalam drain valve. Cuba lihat hasilnya dan sekiranya masih ada keraguan inysaallah saya sedia membantu dan selamat menyambut hari raya aidilfitri...

      Padam
  42. Assallamualaikum tuan..

    Mohon bantuan. Mesin basuh saya jenama toshiba. Bila saya masukkan baju..sya tekan on boleh tp bila sya tekan start dia mcm tak boleh tekan.
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, masalah ini berpunca dari push button suis kemungkinan telah rosak spring dalaman dan ia tidak berfungsi, dalam keadaan ini pcb tidak rosak tetapi push button telah rosak dan kalau boleh buka penutup depan dan pastikan dimana tempat kedudukan suis dan cuba tekan satu persatu pusg button, yang mana tiada mempunyai tekanan spring semasa menekan, suis tersebut telah rosak dan harus ditukar. Saudari norzira boleh dapatkan bantuan dari sesiapa yang mampu menukarkan suis tersebut dari pcb tersebut, kos untuk satu suis tersebut hanya dalam RM 5 kebawah dan cuma kerjanya harus ada soldering dan alat2 yang berkaitan dan sekiranya masih memerlukan bantuan saya insyaallah saya sedia membantu dengan menghantar gambar pcb board ke alamat email supaya saya boleh membuat penilitian buat saudari dan sekiranya saudari bercadang untuk membaikinya sendiri insyaallah saya sedia memberi tunjuk ajar...

      Padam
  43. Salam bro asriman...
    Sy menggunakn mesin bsh Samsung wa91u3 7.0kg, usia dh 7 thn, dh 2x tukar pcb (controller), la ni pakai pcb china ja. Dh 6 bulan dh. Ok la.
    Masalahnya 2-3 hari ni, bila waktu spin, pulsator ja berpusing tp drum x ikut skali. apalagi... tung tang tung tang la jawabnya. Harap dpt bg penjelasan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, selamat lebaran... masalah ini berlaku disebabkan sistem clutch tidak bekerja dengan betul iaitu pada gear box. buka penutup belakang mesin basuh, cuba lihat semasa proses spin adakah motor drain yang ada wayar steel tu menarik sepenuhnya atau tidak... kalau ia menarik tidak habis sehingga boleh menghidupkan sistem mekanikal breknya untuk memberhentikan pulsator dan melepaskan gigi gear untuk sistem clutch, cuba adjust screw yang terdapat pada arm yang ada terdapat skru padanya... sekiranya tidak pasti dimana nak adjust skru tersebut saudara boleh hantar gambar ke email asriman78@gmail.com supaya saya boleh terangkan secara terperinci..... sekira masih memerlukan bantuan insyaallah saya sedia membantu

      Padam
  44. salam tuan...
    sy menggunakan masin basuh toshiba auto 7kg
    masalahnya semasa membasuh ok tp apabila proses spin dia berhenti n smua lampu myala.
    sy cuba proses spin sahaja pun x boleh.
    agaknya apa yg rosak ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, sekiranya semasa proses membasuh ok dan bila berpindah kepada proses spin ia berhenti, ini kemungkinan ada beberapa aspek yang saudara sariful harus periksa.
      check suis pintu sekiranya ada masalah atau tidak dan juga sistem interlock pintu yang lain. Adakah selepas proses membasuh mesin basuh air dibuang dengan habis atau tidak. dan semasa masuk proses rinse adakah air diisi semula dan selepas proses rinse air dibuang atau tidak.
      dan semasa menguji proses spin secara manual adakah saudara pasti motor drain atau motor mekanikal yang menarik drain valve bekerja atau tidak, sekiranya motor ini tidak menarik dengan penuh untuk melepaskan sistem brek cuba adjust screw yang ada pada arm. dan satu lagi kemungkian di bahagian tepi drum mesin basuh unbalance suis telah tersentuh dan ini menyebabkan proses spin tidak boleh diteruskan dan sekranya masih mahu saya membantu hantar gambar diagram dibelakang mesin basuh ke email asriman78@gmail.com dan juga gambar bahagian part belakang seperti drain motor.

      Padam
    2. ye betul semasa proses spin air basuhan di buang habis. suis pintu sy sudah check semuanya ok. mesin auto apabila proses raise masti melalui proses spin terlebih dahulu tetapi mesin terhenti. Semasa proses spin ada sy ada melihat motor mekanikal berfungsi tetapi dia tendang balik dan alarm berbunyi. sy tidak tahu mana yg perlu di adjust tuan. sy baru membuka besi plat belakang mesin tersebut. boleh tuan tunjukkan gambaran mesin sbg contoh utk sy. sy akan htar digram tersebut ke email tuan. terima kasih keranan membatu saya.

      Padam
  45. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  46. salam tuan yg budiman
    mesin sy jenama midea 7kg auto
    mesin boleh on tapi selepas tekan start button keluar error e2. air xmasuk dan spin pn xboleh
    ape puncanya yer?hrp tuan dpt membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, saudari anum. maksud saudari setelah menekan button start mesin terus mengeluarkan indication E2 dan berkelip. Tetapi semasa on power sistem seperti keadaan normal iaitu masih boleh set secara auto dan manual proses pada panel mesin.
      Mengikut prosedur cara kerja mesin basuh bermula dari water pressure switch akan dibaca dahulu oleh control panel supaya water inlet/water intake dapat bekerja untuk memasukkan air kedalam drum. dan selepas air diisi baru pressure switch akan bekerja kembali untuk memeriksa jumlah air yang masuk kedalam drum cukup atau tidak, sekiranya berlaku pada proses mula ia kemungkinan berpunca dari suis pintu atau pressure sensor fail atau water intake fail dan ia menghantar isyarat balik ke control supaya abort disebabkan semasa proses synchronize diantara sensor atau suis gagal dijejak isyaratnya. dan sekiranya mesin basuh mempunyai balancing sensor ini juga sebagai penyebab kenapa mesin fail untuk memulakan proses, kalau mahu saya membantu dengan lebih lanjut saudari hantar gambar circuit diagram yang terdapat dibelakang mesin ke email asriman78@gmail.com supaya saya boleh meneliti masalah mesin dengan teliti...

      Padam
  47. Slm tuan.. sy nak tanya mesin basuh sya toshiba 6.5kg.. lebih kurang sama dgn gambar yg tuan upload. Tapi masa basuh tiba2 stop dan xboleh nak On. Smp skarang xboleh ON. Mungkin fuse terbakar? boleh dptkn pandangan? Kalau nk tukar fuse tu..mcm mana rupa fuse dan kedudukan dia ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, seperti kebiasaan saudara zam boleh melihat dari mana masuknya wayar 3 core plug bermula dari belakang mesin basuh dan selalunya berada ia berada dibahagian bawah kiri dan kalau saudara buka penutup belakang mesin basuh tersebut saudara akan nampak ada wayar yang dikumpulkan bersama dengan kapasitor atau dibungkus dengan plastik dan didalam wayar2 tadi terdapat plastic box yang kecil saja, ada yang berwarna hitam dan ada yang berwarna putih dan didalamnya ada fius yang berbadan kaca dan didalamnya nampak ada wayar dan sekiranya fius tersebut telah terbakar saudara tidak akan nampak wayar didalam fius tersebut kerana putus. dan sekiranya masih memerlukan bantuan insyaallah saya sedia membantu.

      Padam
  48. salam... magnet pintu mesin bsuh ni de jual kat kdai elektrik ke lau xde nk cari kat ne??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, saudara boleh dapatkan dikedai elektrik dan juga kedai yang menjual spare part elektronik, dan kalau boleh bawa sampelnya sekali kerana ia akan memudahkan mereka untuk mencari part untuk saudara.

      Padam
  49. Salam tuan Dimanakah boleh saya beli spare part mesin basuh toshiba. Air tak boleh masuk. Mgkin valve air dah rosak. Saya guna jenis Toshiba.tokyo japan aw-sd130s.sdd inverter. Jika nak email rozainis@gmail.com. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam,sebelum memastikan air memang betul2 tak masuk sila check water pressure dulu, untuk memastikan water intake memang rosak kerana terkadang disebabkan water pressure tidak menghantar signal ke pcb dan ini menyebabkan water intake tidak berfungsi sila ke artikel http://diyasriman.blogspot.com/2013/07/bagaimana-menguji-pressure-suis-bekerja.html

      dan sekiranya masih ragu insyaallah saya masih sedia membantu...

      Padam
  50. salam tuan, saya mempunyai msin basuh toshiba aw8480.masalah mesin ni ialah bile die nak rinse n spin, die xnak pusing..pusing pun dgn kadar slow sgt2..basuh ok..ape pandangan tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, kemungkinan masalah ini berpunca dari beberapa aspek yang saudara syamil harus ambil tahu, iaitu periksa kapasitor, kemudian cuba periksa drain motor adakah ia menarik dengan penuh drain valve semasa proses membuang air dan semasa proses spin adakah sistem clucth di hidupkan dengan menarik mekanikal break, sekiranya mekanikal tidak bekerja dengan betul ini akan menyebabkan motor mengalami masalah overload iaitu disebabkan sistem mekanikal tidak berfungsi dengan betul. Satu lagi masalah disebabkan dari pcb control itu sendiri, kerana mengikut normal proses motor akan berpusing pada satu arah saja untuk proses ini iaitu forward dan sekiranya triac transistor yang mengawal keluaran bekalan kepada motor telah kaput ini akan menyebabkan motor tidak boleh bekerja dengan elok iaitu kecekapan komponen bekerja telah susut dan mungkin akan menyebabkan motor tebakar coilnya dan juga akan menyebabkan kapasitor hilang kecekapan dan mudah menjadi rosak dan tidak dapat menjadi boost up power untuk motor starting. sekiranya masih ragu saudara boleh hantarkan gambar diagram dan juga mekanikal supaya saya boleh membantu untuk meneliti masalah mesin saudara..

      Padam
    2. baik tuan..terima kasih byk atas explanation =)

      Padam
  51. Salam tuan, mesin basuh panasonic ..masalah mesin sy apabila hidupkan suis,,indicator keluar kat screen 'H 09' dan sy tak boleh nak 'ON' kan mesin. selalunya sy hidupkan suis..dan selepas itu sy pushkan pada button 'ON' terus bole setup apa kegunaan mesin yg kita nakkan.
    sekarang sy hidupkan suis terus dia keluar kat screen H 09 secara berklipklip dan tak bole buat apa2 pada semua button ibarat macam 'hang'
    ...diharap tuan dpt membantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, ianya seperti masalah tersebut adalah pcb itu sendiri yang telah mengalami kerosakan dan harus ditukar. Tetapi sebelum itu cuba periksa dahulu wiring yang menyanbung kepada pcb control tersebut ada mengalami kerosakan atau tidak dan sekiranya semua wiringnya ok ini bermakna pcb conrol faulty dan harus ditukar. kerana merujuk kepada H09 adalah elektronik faulty.

      Padam
  52. salam... sya baru beli mesin basuh auto panasonic model NA-F75B3.. masalah pada tu mesin masa tak boleh set seperti yg kita mau.. mesin tu aotomatik bagi masa 59 minit paling lama dlm 3 proses.. (wash, rinse,spin) cucian sangat tak memuaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, melalui pengetahuan saya ia adalah model yang terbaru dan juga menggunakan jumlah air yang kurang dari kebiasaan mesin basuh yang menggunakan air yang banyak untuk proses mencuci. mesin ini terdapat 8 program yang boleh diset pada programnya mengikut cucian yang kita mahu.
      Terlampau banyak short program untuk proses wash, rinse dan juga spin ini kerana model ini mempunyai bentuknya sendiri untuk drum, pulsator yang besar dan mempunyai dua efek iaitu forward slow dan reverse strong hanya untuk cucian yang lebih teliti tetapi inilah kelemahannya tidak semua mesin basuh yang kita beli pada jenis yang mahal ini mampu memberi kepuasan dan juga tidak semua yang murah itu tidak bekerja dengan yang elok. seelok-eloknya semasa saudari membeli mesin basuh cuba nilai dengan teliti cara kerja dan kebaikannya, kerana tidak semua tukang penjual ni akan memberikan penerangan yang betul kerana apa mungkin dia betul2 mengetahui bagaimana cara mesin itu berfungsi dan apakah keburukan dan kebaikannya. Untuk masa yang lama bagi program pada mesin basuh itu disebabkan juga apakah jenis cucian yang harus dilaksanakan, cucian yang mengambil masa yang lama adalah kerana jenis kain yang dicuci adalah tebal dan memerlukan masa yang lama untuk membuang kotoran dan gunakan program secara manual sekiranya saudari tidak berpuas hati dengan auto proses yang telah diset..dan sekiranya masih mengalami masalah lain2nya inysaallah saya masih sedia membantu....boleh terus hantar pertanyaan ke email saya..asriman78@gmail.com

      Padam
  53. salam tuan .. saya menggunakan model toshiba aw-9770s, mempunyai masalah keluar E1 apabila mesin menukar dari satu cycle ke cycle yg lain. saya terpaksa on off dan menukar secara manual dari satu cycle ke cycle yang lain, tetapi cycle spin rasa dh tak berfungsi, saya buka panel tak kelihatan masalah pada board, dan water outlet berfungsi seperti biasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, masalah ini pada kebiasaannya merujuk kepada drain hose mengalami masalah cuba periksa
      - adakah hos saliran dipasang dengan betul
      - adakah hos diarahkan secara mendatar
      - adakah hos tersebut tersumbat dai sebarang kekotoran yang membolehkan air bergerak dengan lancar
      - pastikan hos tidak bocor dan terputus...
      Selepas memeriksa, membuka dan menutup tudung sekali. Tekan "MULA / HOLD "butang.
      cuba periksa juga keadaan suis pintu dan juga reed suis untuk sistem interlock kemungkinan ia tidak berfungsi secara normal atau mengalami kerosakan pada suis pintu.
      Sebab yang lain ialah kedudukan mesin basuh tidak duduk pada permukaan lantai dengan betul iaitu tidak rata, cuba seimbangkan mesin basuh dengan betul kerana kedudukan yang tidak sama rata akan menyebabkan kedudukan drum tidak akan duduk betul2 pada kedudukan tengah dan ini menyebabkan apabila pulsator atau drum berpusing akan menyentuh balancing safety suis dan akan menghentikan proses dan memberi error. Dari segi penerangan yang diberi nampaknya mesin tersebut ada masalah suis pintu dan juga reed suis cuba perhatikan suis tersebut berada didalam keadaan elok atau tidak kerana kalau ia rosak dan tidak berfungsi akan mengahalang proses spin bekerja... sekiranya masih ada keraguan sila hantar gambar mesin berkaitan dengan suis pintu dan juga reed suis supaya saya boleh meneliti masalah mesin tersebut...

      Padam
  54. Assalamualaikum tuan, tuan ada gambar bhg dlm mesin basuh model panasonic na-f70b2 tak? Sy nak tahu smbngn besi drain valve ngan motor....mslh air keluar terus...bhgn drain valve semua ok getah dgn spring...ni email sy la_quera@yahoo.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesin basuh saya jenis toshiba, auto model aw 9770s, muatan 9 kg. Sekarang tak boleh basuh baju sebab piringnya terkeluar. Mungkin giginya sudah haus, macam mana nak baikinya?

      Padam
    2. saudari alawiyah boleh hantar gambar pulsator tersbut ke email asriman78@gmail.com supaya saya boleh meneliti masalahnya.. shaft pulsator jarang mengalami masalah gigi tetapi yang selalu mengalami masalah gigi ini adalah pulsator itu sendiri dan sudahkah di periksa skru yang digunakan untuk mengunci pulsator tersebut tidak berkarat dan adakah tred nya masih elok atau tidak.. sekiranya masih memerlukan bantuan sila hantar gambar keadaan pulsator dan juga gambar berkaitan supaya saya boleh meneliti dan membantu...

      Padam
  55. Salam tuan..mcmana nak dapatkan controlboard utk mesin basuh samsung WA85N2? bolehkah dapatkan dari tuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusallam, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membantu. OK, untuk membantu mendapatkan spare part saudara harus hantar gambar board dan juga kalau boleh sertakan nombor version yang ada pada board pada email saya supaya memudahkan untuk mencari part bagi mesin basuh. hantar ke asriman78@gmail.com

      Padam
  56. salam.....
    saya perlukan bantuan tuan...
    mesin basul jenama deawa korea dari deawoo
    masalahnya mesin boleh on tapi selepas tekan start button keluar F1 pada kotak paparan. air xmasuk dan spin pn xboleh
    ape puncanya yer?hrp tuan dpt membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, F1 ini merujuk kepada board it sendiri ada masalah kemungkinan tidak mendapat signal dari suis pintu atau reed suis dan juga sekiranya water pressure tidak menghantar signal pada board yang menyebabkan water intake tidak mendapat bekalan dan tidak bekerja. sekiranya semua hardware ini berfungsi dengan elok ini juga kemungkinan board itu sendiri mengalami masalah overhead dan sistem failure dan saya berharap supaya memeriksa dahulu setiap part yang saya maksudkan di atas sebelum menyatakan board yang rosak...sekiranya masih memerlukan bantuan hantar gambar board dan juga diagram yang berada dibelakang mesin supaya saya boleh memberi bantuan selanjutnya...

      Padam
  57. bro,ade x motherboard utk toshiba circular yg 6.5 kg tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saya tahu saudara sudah menghantar ke gambar board dan juga nombor version supaya memudahkan untuk mencari part yang dimaksudkan, insyaallah saya sedia membantu menyelesaikan masalah...inysaallah

      Padam
  58. Salam tuan, kak cik nak tanya. Mesin basuh jenama SHAP, muatan 8kg. Baru beli tak sampai 1 tahun. Sebelum ni tak ada masalah. Sekarang masalahnya, mesin basuh boleh masuk air dan wash sahaja. Bila nak rinse n spin terus jem. Kain melambak tak dapat cuci, sakit pingganglah.Kak cik nak tau apa nak buat. Sebelum ni pun pernah mesin basuh jenama samsung 8kg juga rosak..mekenik mintak rm600.sebab motor x leh guna katanya. Mesin basuh hanya blh bertahan 1bulan je. Cekek nyawa betul, duit habis ratus2, mesen x leh guna.
    Baru beli jadi macam ni takut terkena lagi. Apa nasihat tuan.? harini tak basuh kain yg membukit.Esok pggl mekenik takut terkena lg, maklumlah kita x ada ilmu pasal ni.Ok. terima kasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusallam, saya bersimpati kerana ada orang mengambil kesemparatan kepada kak cik ini memang tidak sepatutnya terjadi kerana kalau mesin basuh di kedai dobi yang harganya dalam RM 10,000 keatas tu saya tak kisah lah kalau harga repair mengambil dalam harga sehingga mencecah RM600 tetapi ini hanya mesin basuh demostik saja mana ada harga repair sampai macam tu. Kalau tak boleh nak spin ini menunjukkan kak kena periksa suis pintu masih elok tak lagi dan juga reed suis dan terkadang balancing suis telah terkena body drum pun akan menyebabkan rinse dan spin tidak akan bekerja dan yang penting sekali pastikan kedudukan drum tu betul2 balance duduk ditengah dan bukan singgit ini kerana kalau mesin tidak di adjust dengan betul pun kedudukannya akan menyebabkan drum mudah menyentuh balance suis dan sekiranya masih memerlukan bantuan saya kak hantar gambar mesin dan diagram supaya saya boleh membantu untuk menyelesaikan masalah sebelum terkena lagi dengan pihak yang mengambil kesempatan... insyaallah..

      Padam
  59. Assallamualaikum tuan..Mesin basuh Toshiba Model Aw-9760sw 8.5 kg, Rinse Dan Spin tidak berfungsi, di display panel menunjukkan E-7 dan -4, belting telah ditukar. Minta tunjuk ajar cara mengatasi masalah ini, terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saye pun mempunyai masalah yang sama ade x yang leh tolong masalahni....?

      Padam
    2. CHECK DRAIN MOTOR....first,check outlet valve!!

      Padam
  60. salam, wasing machine saya toshiba semi auto VH1250S, motor untuk tub basuhan terlalu lemah kalau tanpa muatan ia akan memusing, tp bila diisi air sajapun sudah cukup berat baginya, apatah lg bila isi baju, stop terus berdengung tp tak memusing? Apakah yg tak kena ya? adakah patut tukar motornya?

    Pak Teh Kangar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tukar kapasitor kalau x leh gak kemungkinan motor yang rosak

      Padam
  61. salam kepada saudara, saya menggunakan mesin basuh toshiba AW 8480S. Baru-baru ini ketika ingin membasuh baju air tidak keluar utk diisi kedalam drum membasuh..pada pendapat saudara apa masalah tersebut dan cr mengatasi..kalau boleh saya tahu berapa harga untuk valve br..dr number spare part yg ada adalah WV-27EU-4..terima kasih

    BalasPadam
  62. Assalam tuan, saya guna mesin basuh khind semi auto. Masalahnya bahagian membasuh dan mengering sudah tidak berfungsi. Bolehkah dibaiki dan berapakah kosnya? Terima kasih

    BalasPadam
  63. As salam.. sy nk tanya masalah mesin basuh sy toshiba 9kg.. baru2 mesin tu berputar tp x kuat putaran nya.. sampaikn kain2 dlm tu x bergerak pun.. tp bila pegang kt dlm tu memg bputar cuma x kuat.. kenapa ya?? Mcmna nak baiki n agak2 berapa kos nya..? Terima kasih kerana membantu..

    BalasPadam
  64. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  65. hai..saya guna mesin basuh media 7 kg..baru baru ni..air yang keluar dari hos tak stop..macam mana nak repair dia..berapa anggaran kos untuk repair..tq

    BalasPadam
  66. bro saya ada mesin basuh jenis haier..x dapat nak pakai spin nyer...cuci semua ok just masalah spin x boleh.....ape masalah nye yer

    BalasPadam
  67. terima kasih!! kerana menjawab persoalan saya pada penerangan yg lalu..masalah sy dpt diatasi.. mesin basuh kembali berfungsi ..tetapi lepas 2 bulan kini masalah lain yg timbul .. mesin basuh tak bole power on (Toshiba aw-9770s) .. sy dh check plug ..tukar ..check wall socket ..tested ok ..
    tiada kesan terbakar pada circuit..semua button intact ..cabut dan pasang balik suis connector
    pada cicuit untuk tujuan reset .. tapi masih gagal power on .. tinggal bahagian belakang tuh jer ..
    dh bukak cover .. tapi tak tau mana satu nk check dulu ..

    BalasPadam
  68. tudia... soalan bertalu-talu.... letih admin

    BalasPadam
  69. Salam..sy guna mesin samsung 6.5kg.masalah mula2 air tak masuk dari inlet valve ke dalam mesin.. dah tukar inlet valve baru, bila on mesin je air trus masuk walaupun belum tekan apa2 setting lagi..tukar ke mode spin pon air trus masuk gak tanpa henti.. tukar water pressure baru lak pon sama masalahnyer.. bila off je mesin baru air tu stop.. Apa masalahnyer ek? TQ

    BalasPadam
  70. Assalamualaikum.sy guna mesin basuh panasonic 6.0kg.plate di dasar mesin basuh tiba2 longgar dan tidak dpt bpusing dengan biasa.ada bsangkutan dengan motor ke?

    BalasPadam
  71. Salam abg asriman.sy ade 2 masalah mesin basuh.1 botton on"rosak x blh nk tekan la ni tkan pkai pen bru blh.2 mesin bsuh yg lain mesin x blh nk spin akn keluar E3.ape masalahnye?

    BalasPadam
  72. Salam saudara.. Mesin basuh sy brand toshiba model aw-7480e, masalah sekarang bila start je air x msuk.. Adakah disebabkan water inlet valve? Brapa harganye dan mcm mn cara menukarnye.. Tima kasih..

    BalasPadam
  73. Salam tuan saya guns Toshiba AW-9790S. Error code e7-4. Ada Baku sangkut dan dah di bung. Error masih Ada.

    BalasPadam
  74. Salam tuan,saya menggunakan samsung wa-12wplic 10kgs...masalah mesin saya nie off sendiri tiba-tiba masa dalam proses mencuci...saya sudah cuba on off mesin masih lagi begitu...boleh tolong selesaikan masalah mesin saya...terima kasih.

    BalasPadam
  75. mesin basuh toshiba model aw-sd130sm keluar error code e71

    BalasPadam
  76. salam tuan, saya menggunakan toshiba aw8480s. masalah saya adalah air tidak keluar pada waktu memulakan proses basuhan dan saya telah remove injap dalam valve tersebut dan proses kemasukan air dilakukan secara manual dan tahap air diisi saya berpandukan pada kelipan led pada panel. namun setelah inlet valve tersebut saya gantikan terdapat masalah lain pula dimana apabila saya tekan pada suis on sahaja air terus masuk tanpa henti walaupun butang start belum ditekan. adakah masalah ini berpunca dari circuit board atau water pressure control

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat gantian untuk inlet valve.. bila cari spare part, bawa contoh(sampel).
      cari spare part kat Jalan Pasar KL. atau SEREMBAN, berhampiran balai bomba senawang

      Padam
  77. salam bro, control panel saya , ic dah cair akibat wiring telah putus d gigit tikus,
    adakah sya kena tukor control panel ? brapa kos nye ?

    BalasPadam
  78. assalamualaikim, washing macine saya stop pada sequence rinse dan ada alarm.
    sepatutnya selepas drain terus rinse dan spin..kenapa ya?.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat mesin tu ada butang 'RESET' atau 'PRESET', tekan butang tu 10saat. lepastu "OFF" kan kemudian "ON" kan semula..

      Padam
    2. Mungkin juga Panel Control Board dah rosak..

      Padam
    3. Mesin basuh jenama apa?
      dah berapa usianya?

      Padam
  79. Assalam, tuan..ada sekali mesin basuh saya, jenis samsung..ter over load..kesannya, piring bahagian dalam yg akan berpusing semasa proses mencuci..tercabut..saya dah cuba ketatan skru dia dari dalam..macam dah ketat..tapi bila air dah cukup dan proses mencucu bermula "piring" tu tanggal lagi..agak2 apa bahagian yg perlu saya betulkan ye..TERIMA KASIH kerana membantu :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulsator dah rosak (piring bahagian dalam yg berpusing ketika proses mencuci)

      Padam
  80. Assalamualaikum...mesin basuh saya bermasalah.ketika membasuh putarannya tidak kuat seperti dahulu...keadaan pakaian berada dlm keadaan sama tidak berganjak.sedangkan motornya berpusing.jadi saya ingin tahu apakah masalahnya...saya harap tuan dapat membantu saya untuk mengatasi serta apa puncanya...model mesin basuh saya Toshiba aw9770s...saya harap tuan dpt mmbantu saya....terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk kemungkinan....capacitornya lemah,motor lemah,belting kendur,gear box dah tenat.....

      Padam
  81. Askum tuan..saya berharap sangat tuan dapat membantu saya.. washing machine saya jenis sharp 7kg ess789(fuzzy logic control)..bila basuh ok..bila nak spin tak boleh dan bunyi alam..tolong saya tuan..saya tak tahu langsung spare part washing machine.

    BalasPadam
  82. Kadang2 bila on terus bunyi alam..

    BalasPadam
  83. Hari demi hari saya menunggu jawapan dari tuan..tapi masih tiada jawapan..saya teramat sangat perlu kan bantuan dari tuan..

    BalasPadam
  84. Salam. Mesin basuh Electrolux EWT 7kg saya bergoyang bila dia spin. Adakah saya perlu welding absorber dia tu utk kuatkan body mesin basuh tu.

    BalasPadam
  85. Salam..mesin basuh toshiba semi auto VH 1250S.tekan on/off menyala.bila select timer ade lampu.tekan start/hold lampu mati.sama dengan tempat spin.kata org repair board rosak.hage rm250.ok ke hage tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum tu kena check wiring dulu...kot2 ada short....sebelum hangus RM250

      Padam
  86. As salam tuan..saya berharap sangat tuan dapat membantu saya.. washing machine saya jenis toshiba AW9770S..bila basuh dan rinse ok..cuma bila nak spin tak boleh dan keluar error..apa masalahnya yer..Harap tuan dapat membantu saya. TQ

    BalasPadam
  87. As salam,washing machine saya jenis LG auto 7kg..Masalahnya apabila tekan start ia akan mula membasuh tetapi kurang dari seminit ia tiba-tiba menjadi berhenti/error..Mohon bantuan Tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada butang 'reset' x? kalau ada tekan butang tu selama 10saat, kemudian 'OFF' kn pastu 'ON'kan balik

      Padam
  88. As salam, washing machine saya jenis samsung 7kg model wa91u3. Saya ingin mencari komponen PCB untuk model tersebut. Saya difahamkan terdapat universal PCB yg lebih murah, tetapi di Pulau Pinang. Saya tinggal di petaling jaya dan berharap jika tuan dapat membantu dgn memberikan maklumat untuk mendapatkan PCB samada original atau universal. Harap Tuan dapat membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya saya beli universal PCB kat Jalan Pasar KL. ada 2 model(china made. Harga Di bawah RM100

      Padam
  89. assalamualaikum.....ak tanya dkt mn sya blh dpatkan lock utk system interlock.model aw9770s.lock yg ori dah patah,@sya kna tkar 1 set.{sham}

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan Pasar KL. kalau nak beli bawa sampel barang

      Padam
  90. blh ka klu sya trus pakai mesin basuh tue klu break dia dah dbuang,apa kesan dkat washer mesin sya....hrap dpat membntu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya, saya tak galakkan, terutamanya kalau umah kita ada budak kecik tapi boleh je kalau nak buang 'break' tu cuma drum akan lambat berhenti.

      Padam