OnlineTopup.net sebenarnya penipu (Scam and fake ) kerana perkhidmatan tidak seperti yang dinyatakan
Hari ni saya cubalah mencari kalau-kalau ada service untuk top up di online boleh bayar mengunakan visa atau debit card dan juga kalau boleh nak try yang ada Paypal lah pulak.
Bermula dari laman Maxis saya cuba nak beli reload menggunakan Paypal tetapi masalahnya bila saya masukkan nombor handphone dan Identiti kad (IC) ia menyatakan yang nombor IC tidak sama dengan nombor handphone ketika didaftar saya cuba berulang-ulang kali tetapi gagal juga.
Ini ada lagi masalah Maxis nak beli reload top up dari dia orang pun nak kena guna IC sedangkan Paypal itu sendiri merujuk kepada sistem terbaik dari pengawasan penggunanya.
Disebabkan malas nak mencuba lagi kerana hampir 1 jam mencuba tetapi gagal akhirnya saya, mencari lagi dalam browser google kalau ada laman yang boleh top up online secara real time dan up to date.
Akhirnya saya nampak nama website yang terawal sekali, iaitu membuat topup atau reload menggunakan Paypal. Jadi secara tanpa memeriksa dahulu saya terus pergi ke pilihan membeli Hotlink dalam harga RM20 dengan menggunakan pembayaran Paypal.
Sebab yang saya percaya kerana saya dapati nombor talifon yang tertera menyatakan Customer service yang ditawarkan 24 jam iaitu nombornya ialah +60129336318.
Gambar diatas ini menunjukkan laman onlinetopup.net dimana tertera nombor perkhidmatan pelanggan dan juga bagaimana cara perkhidmatan yang akan diberikan oleh pemilik laman niaga ni.
Apa yang saya faham disini ialah dia ada menyatakan sekiranya dia sudah menerima pembayaran dari pihak yang membeli tadi, selepas itu dia akan menghantar sms sebagai pemberitahuan yang pembelian kita tadi tu dah berjaya ( once payment confirmed, your will receive sms notification on success topup to your prepaid)
Ok sekarang saya lampirkan bukti pembayaran dari pihak saya kepada onlinetopup.net dan bagaimana pembayaran tersebut tidak confirm lagi, maksud dari mana dia nak jelaskan kepada kita.
Sekarang pergi ke akaun Paypal dan pembayaran telah completed, merujuk kepada pemberitahuan dari Paypal yang pembayaran saya sudah selesai dan tiada masalah dari pihak saya membuat pembayaran kepada onlinetopup8@gmail atau onlinetopup.net iaitu nama pemiliknya ialah Agnes Wong Eei Nien.
Disini pula saya tunjukkan detail pembayaran dari akaun Paypal saya, untuk membeli topup yang harganya RM 20 dan sekarang saya kena bayar dalam USD 9.80 iaitu bersamaan dengan RM 30.45.
Kalau saya beli top up dekat offline pun paling tidak mereka akan cas dalam RM 0.50 tapi dalam perkhidmatan dekat laman onlineyopup.net ni dia cas sampai RM 10.45.
Pada pandangan para pembaca adakah berbaloi saya membeli secara online atau membeli offline lagi baik???
Sekarang ni jam dah menunjukkan pukul 3.22pm kita di Malaysia ni dan saya langsung tidak menerima apa-apa sms dari mereka.
Sekarang ni saya mengambil langkah sewajarnya iaitu membuka dispute dekat Paypal di atas pembayaran yang telah saya buat kepada onlinetopup.net dan pemiliknya Agnes Wong Eei Nien.
Dan dibawah ni saya tunjukkan email dari Paypal yang menunjukkan saya dah membuka kes dispute untuk meminta kembali wang pembayaran dari mereka kerana tiada apa-apa bukti yang menunjukkan mereka memberi perkhidmatan yang saya mahukan.
Atau dengan lebih spesifiknya Cukup sekali orang buta kehilangan tongkatnya kerana tidak akan ada kedua kalinya.
Kepada para peniaga diluar sana berniagalah dengan jujur kerana seandainya ada niat yang tidak baik maka dimanakah hala tujunya perniagaan anda dan rezeki yang anda dapati itu.
Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan dan kedhoifan saya sendiri.
Wow... saya nyaris nak beli kat sini tadi, tapi altel xde la pulak...
BalasPadam