-->

Khamis, 25 April 2013

Membaiki Tablet 7" A13 tidak boleh on litar pintas bahagian power

Membaiki Tablet A13 7" LCD power problem tidak boleh ON 



 Penggunaan alat gadget elektronik sekarang ni amat tinggi permintaan dan seiring dengan kemajuan teknologi yang pantas pada masa ni. Cerita bermula dengan saya membeli tablet 7" processor A13 dan setelah menggunakan selama 1 bulan tiba2 berlaku litar pintas pada alat pengecasnya dan menyebabkan litar didalam tablet tersebut terbakar dan secara total sekarang ni tidak boleh di ON powernya dan tiada apa2 yang kelihatan.
Pada mulanya memang susah hati juga kerana kalau hantar repair pun mesti kena cas punya oleh kedai, jadi saya mengambil keputusan untuk membaiki sendiri. Saya pun memulakan research diagram skematik litar tablet ini di online.
 Seperti diagram yang diatas adalah asas litar A13 kerana pada pengalaman saya kebanyakan tablet yang saya repair semuanya tiada beza mahupun jenama berlainan. 
Diatas boleh didapati IC yang mengawal bahagian power adalah AXP209 mempunyai 48 pin kaki jenis surface mounting IC. Mengikut lakaran diagram kaki 31, 32, 33 adalah bahagian bekalan 5V dan VBUS adalah bekalan masuk melalui USB 5V.
Membuka penutup belakang tablet tersebut dan sekarang boleh nampak LCD, MainBoard, Bateri, Speaker dan Kamera. 
Langkah pertama ialah membuka semua wayar dari Mainboard dan pada masa sekarang ni bekalan dari bateri telah jatuh kepada 0.28V dan bahagian powernya telah mengalami litar pintas yang teruk kerana ianya boleh merosakkan bateri itu sekiranya tidak di buka wayar bateri dari Mainboard.
 Diatas anda boleh nampak wayar Merah ( +/Positif ) dan Hitam ( -/Negatif ) yang datangnya dari bateri.
Wayar merah dari bateri sudah pun saya buka atau pisahkan dari Mainboard, dan sekarang ni apabila saya mengambil bacaan terus dari wayar bateri itu saya mendapati bekalan kuasa masih ada 3.7V. Saya terus mengambil bacaan impedance atau bacaan nilai kerintangan untuk litar masukan bekalan dan saya mendapati nilainya ialah hanya 0.00 Ohm. Ianya bermaksud setiap litar yang elok mesti mempunyai nilai impedance yang tinggi misalnya 10 kOhm, 15 kOhm dan mungkin lebih nilai Ohm. 
Setelah membuat kerja memeriksa semua komponen dan saya mendapati diode telah terbakar akibat litar pintas dan telah dikeluarkan dari tempatnya dan juga IC yang saya berkaki enam di atas didalam bulatan dalam gambar diatas. Semasa proses mengenal pasti komonen yang rosak selain dari menggunakan multimeter, saya memeriksa fizikal komponen tersebut dengan menggunakan kanta pembesar 20X.
Gambar diatas saya tunjukkan diode yang telah saya keluarkan dari tempat asalnya.
 
Video disebelah ini saya menunjukkan yang kerja membaiki telah pun selesai. Pada mula kerja pembaikan ni saya fikir mungkin payah juga nak dapatkan komponen tetapi alhamdulillah nasib menyebelahi saya kerana saya mendapat alat ganti dari Motherboard laptop lama yang rosak. Begitu juga denga IC saya mengambil dari Motherboard tersebbut juga, dan sekarang ni tablet saya dah pun beroperasi semula.
Setelah selesai memasang komponen diode dan IC pada tempat asalnya saya memasang kembali wayar dari bateri dan sekarang saya mendapat bacaan normal pada litar power pada Mainboard. Diatas adalah nilai voltan bekalan pada masa tablet dalam keadaan OFF ( sebagai rujukan ).
Gambar diatas ni pula serba sedikit saya boleh ceritakan tentang litar dan bahagian-bahagian tertentu yang saya nyatakan didalam gambar tersebut sebagai panduan para pembaca. dan untuk IC AXP209 saya telah meletakkan heatsink diatasnya supaya plat aluminium tersebut boleh menyerap haba yang terhasil darinya supaya lebih tahan lama.

Setelah hampir 3 jam menghabiskan masa mendiagnos masalah litar dan kerja menukar komponen yangg rosak akhirnya tablet saya kembali bekerja seperti asal dan semoga pengalaman saya bisa menjadi pengetahuan buat para teman-teman yang masih sudi membaca dan dengan sifat ingin tahu yang tinggi.
Tiada masalah yang tiada penyelesaian dan sekiranya anda ada sebarang komen dan pertanyaan jangan malu dan segan untuk berkongsi pendapat dan pertanyaan, insyaallah saya akan sedia membantu. Selepas kejadian yang berlaku pada tablet saya pada masa tu, sekarang ni saya dah pun membaiki lebih dari 10 jenis model yang berlainan tablet dan alhamdulillah semuanya kembali bekerja seperti biasa.
Saya bukanlah insan yang hebat tetapi saya sukakan cabaran dan setiap yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Kalau ada pertanyaan boleh tinggalkan komen dibawah atau kehalaman facebook saya atau terus ke alamat email saya asriman78@gmail.com.

8 ulasan:

  1. saya ada tablet china made masalah sama litar pintas semasa cas .boleh tolong ajar secara lebih dalam.

    BalasPadam
  2. Hello friend'm dari Brazil dan saya suka banyak kerja beliau tidak boleh bercakap bahasa mereka dan saya menterjemahkan di Google, saya dapati blog saya pada usaha untuk mencari konsert tablet pemanasan APX IC 209, dan saya mengambil dia menghubungi mengambil beberapa soalan. Semoga Allah memberkati anda sentiasa.

    BalasPadam
  3. Boleh berikan no code ic 6 pin yg rosak tu

    BalasPadam
  4. Waw! Terer ahh repair jimat duit tak yah repair kt kdai . Sy punnya tablet pun jd cmni tp cmne nk buka blkg tab ni punya cover eh?

    BalasPadam
  5. Boleh tolong dtg umh x betulkn?x gti larh smua cmni...kalau bolrh free of cash...boleh x...please reply#

    BalasPadam
  6. bro...hp aku x bole on ..alkisah nye jatuh lam baldi...dgn berbekalkan pengalaman otak y lembap 10 saat aku ngn slumber pegi cucuk charge..and result x bole nk on smpai skrg..ada cara tak

    BalasPadam
  7. Macamana nk tukar ic touch display

    BalasPadam