-->

Isnin, 1 Julai 2013

Bagaimana membaiki sterika baju dirumah dengan mudah

Seterika rosak dan bagaimana hendak mengenal pasti bahagian dan cara mudah untuk membuat pengujian atau membuat diagnos...

Seperti biasa saya sering menceritakan kita asyik membeli baru barangan yang mungkin terkadang ada masanya boleh diperbaiki... Pointnya disini ialah saya mahu semua mengetahui yang tidak semestinya disebabkan kekurangan pengetahuan dan peralatan menyebabkan kita tiada cara untuk membaiki sendiri peralatan walaupun tidak mempunyai peralatan yang mahal dan pengetahuan untuk membuat sesuatu kerja.
Disini saya memberi peluang kepada diri anda unutk merubah perspektif yang mungkin pada pandangan anda sendiri mungkin tidak mampu dan tidak yakin keatas kemampuan diri anda sendiri..
Kali ini saya ceritakan sedikit bagaiman cara untuk mengenali komponen-komponen yang berada didalam seterika dan bagaimana cara menguji samaada ianya masih elok atau tidak dengan hanya menggunakan alat penguji yang mudah didapati dan dibuat sekiranya kita tidak mempunyai multimeter dirumah...
 Gambar diatas menunjukkan beberapa perkakas dan peralatan yang akan digunakan untuk membuat postmortem keatas seterika.
 Buka screw penutup belakang seterika dengan menggunakan screwdriver.
 Gunakan saiz yang betul untuk membuka screw, kerana sekiranya menggunakan saiz yang tidak betul akan menyebabkan kerosakan kepada screw dan menyebabkan ianya menjadi sukar untuk dibuka.
 Keluarkan screw dari tempatnya sebelum membuka penutup belakang.
 Semasa membuka penutup belakang pastikan keadaan dan semuanya berada didalam keadaan yang elok.
 Setelah penutup tadi dibuka, disini dapat kita lihat setiap wayar berada pada terminal masing-masing dan pastikan kita ingat dimana kedudukan wayar-wayar sebelum membukanya.
 Gambar diatas saya tandakan dengan 1. terminal Earth / Ground 2. terminal Live 240 Volt A/C 3. terminal untuk wayar lampu indicator 4. terminal Neutral 240 Volt A/C dan juga untuk wayar lampu indicator.
 Ketiga-tiga wayar yang dikuncikan di terminal tadi saya telah buka dan sekarang kita boleh alihkan 3 core wayar tersebut.
 Sekarang ni hanya tinggal dua point wayar lampu pada terminal yang harus dibuka pula.
 Ok, sekarang lampu indicator tadi pun saya dah keluarkan dari tempatnya...
 Sekarang ni, kita harus mengeluarkan knob pelaras ni supaya mudah kerja untuk membuka penutup atas seterika ni.
 Sekarang ni knob dah pun di cabut dari tempatnya, dan berhati-hati kerana ianya mempunyai lock klip ditepinya dan terkadang ada setengah seterika mengunakan screw pada tengah knob sebelum mencabutnya.
 Sekarang ni pula kita dah nampak dimana ada dua lagi screw yag harus dibuka sebelum menanggalkan penutup atas seterika ni.
 Buka dengan menggunakan screwdriver yang betul saiznya kerana screw ini terkadang berkarat pada hujungnya disebabkan kepanasan pada tapak logamnya.
 Masa untuk mengasingkan penutup atasnya.
 Ok sekarang ni pastikan semasa kita mengangkat tidak ada benda yang longar dan jatuh kerana ada sesetengah seterika mempunyai batang besi yang menghubungkan dari knob ke thermal suis.
 Diatas ni pula kita dapat lihat yang mana diatas tapal logam tadi terdapat plate besi yang menjadi pemberat kepada seterika ini dan dikunci dengan 3 poin screw yang akan dibuka nanti.
 Diatas ini pula saya tunjukkan kaki gegelung pemanas ( heater ) yang mana terdapat dua terminal kiri dan kanan.
 Terminal kanan gegelung pemanas.
 Gambar diatas terdapat 3 terminal iaitu bermula dari kiri adalah terminal input untuk Live 240 Volt A/C, terminal yang kedua adalah terminal yang menyambung dari thermal suis kawalan haba terus ke thermal fius protector dan terus ke kaki gegelung pemanas dan terminal yanag terakhir adalah terus ke gegelung pemanas yang menghubungkan ke wayar Neutral 240 Volt A/C.
 Diatas ini pula saya perkenalkan kepada thermal suis kawalan haba.
 gambar diatas saya tunjukkan dimana letaknya thermal fius protection untuk gegelung pemanas seterika.
Diatas ini adalah rupa sebenar thermal fius yang bernilai 10 Amps 240 Volt A/C.
 Kedudukan fius ini sesiri dengan thermal suis kawalan haba dan ke gegelung pemanas (heater).
 Kepada yang ada multimeter mungkin sudah sedia maklum bagaimana nak menguji gegelung pemanas dengan menggunakan multimeter iaitu dengan menggunakan Ohm (Ω) range untuk membuat pengujian.
 Setelah diletakkan kedua-dua probe ke terminal dan saya mendapat bacaan nilai bagi gegelung pemanas tersebut dalam 55.9 ohm (Ω). Ini menunjukkan gegelung tersebut masih elok dan tidak putus, sekiranya bacaan menjadi 0 ohm (Ω) ini maksudnya coiltersebut telah putus dan berlaku litar pintas pada gegelungnya dan sekiranya bacaan terlalu tinggi sehingga mencecah kepada Kohm (Ω) ini juga menunjukkan gegelung tadi telah putus dan cuma terdapat bacaan yang tidak betul pada gegelungnya.
 Disini saya tunjukkan juga cara bagaimana hendak menguji gegelung dengan menggunakan peralatan yang mudah didapati dan senang untuk dibuat untuk menguji gegelung iaitu hanya dengan menggunakan bulb atau mentol 6 Volt @ 12 Volt, wayar, socket bateri 9 Volt dan juga bateri 9 Volt sell kering.
 Secara amnya apabila kedua wayar tadi disambungkan lampu akan menyala, ini disebabkan litar tersebut telah lengkap dan litar ini kita panggil litar siri.
 Penghujung wayar dari lampu saya letakkan pada terminal kaki gegelung.
 Dan sekarang ni wayar yang satu lagi saya letakkan pada kaki gegelung yang kedua, sekarang ni kita nampak mentol tadi menyala malap dan ini menunjukkan gegelung ini masih berada didalam keadaan elok dan tidak putus. Lampu dari mentol tadi malap disebab arus yang mengalir kedalam gegelung tadi yang mempunyai rintangan dalam 55 ohm (Ω) menyebabkan arus yang sampai kepada lampu tidak banyak dan ini berkaitan dengan nilai rintangan yang ada dalam gegelung pemanas itu tadi. Walaubagaimana pun cara ini hanya untuk mengetahui gegelung tersebut putus atau tidak tetapi kita tidak tahu berapakah nilai sebenar gegelung tersebut. Serupa dengan penggunaan test pen kita boleh tahu yang wayar itu wujudnya elektrik apabila dilihat ianya menyala tetapi tanpa menggunakan meter kita tidak akan tahu berapa sebenar nilai Voltan pada wayar tersebut.
 Sekarang ni saya membuat pengujian keterusan kepada wayar 3 core, iaitu bermula dengan wayar biru (Neutral).
 Dimana satu lagi akan saya letakkan pada kaki plug 3 pin.
 Sekarang ni saya letakkan pada kaki plug 3 pin dan lampu menyala, ini menunjukkan wayar tadi tidak putus dan berada didalam keadaan elok.
 Sekarang ni pula saya letakkan wayar lampu penguji tadi ke wayar perang/coklat (Live).
 Letakkan pada kaki plug 3 pin dan lampu menyala, ini maksudnya wayar ini pun elok.
 Seterusnya saya letakkan pada wayar hijau (Earth/Ground).
 Dan akhir sekali letakkan pada plug 3 pin dan lampu menyala dan ini membuktikan wayar 3 core tadi semuanya dalam keadaan yang elok.
 Sekarang ni pula saya letakkan penghujung wayar lampu tadi ke kaki terminal gegelung pemanas.
 Dan yang satu lagi saya letakkan kebody tapak logam tadi dan sekarang lampu tidak menyala, ini menunjukkan seterika ini tidak mempunyai masalah penabat dan sekiranya lampu ini menyala, ini tandanya litar gegelung telah short kebody dan seterika ini tidak selamat digunakan.
 Sekarang ni pula saya letakkan hujung wayar penguji tadi ke kaki gegelung pemanas yang selari dengan thermal suis kawalan haba dan thermal fius.
 Penghujung satu wayar lagi saya letakkan kepada input terminal Live 240V dan sekarang ni lampu menyala, ini menandakan thermal suis dan thermal fius berada dalam keadaan yang elok.
Diatas ni saya tunjukkan bagaimana thermal suis ini bekerja, ianya sebagai pemahaman anda.
 Diatas ini pula saya tanggalkan plate besi pemberat dari tapak logam dan sekarang ni kita boleh lihat keadaan rerumah gegelung pemanas dan juga thermal suis dan thermal fius.
 Diatas ni saya tunjukkan thermal spring metal yang akan melentik apabila suhu berada didalam keadaan panas.
 Ini pula adalah tombol pelaras untuk thermal sius.
 Disini terdapat 3 bushing yang diperbuat dari ceramik untuk dijadikan penebat diantara ketiga-tiga plate input terminal (Live), plate thermal suis dan juga plate thermal fius.
 Kalau anda dapat perhatikan ditapak logam ini tertulis 1000W / 240V .
 Secara terperinci saya tunjukkan bagaimana titik sesentuh atau contact point bagi thermal suis yang berfungsi sebagai pelngkap litar dan juga pemutus bekalan litar ke thermal fius.
 Klik pada gambar dan disitu saya ceritakan secara ringkas bagaimana cara thermal suis beroperasi.
 Pandangan dari tepi thermal suis.
Setelah selesai memasang balik seterika tadi sekarang saya dah pun test, dengan memasukkan bekalan dan sekarang ianya berfungsi dengan elok. Semoga setiap informasi yang saya sediakan menjadi pengalaman dan juga pengetahuan kepada para pembaca kerana kalau kita merasai pengalaman itu dengan sendiri biarlah kita belajar dari pengalaman orang lain. Dan sampai disini saya memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan ambil lah ilmu ini sebagai digunakan dengan sebaiknya dan yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri... Insyaallah doakan saya istiqamah dalam usaha saya dan dikala nafas masih dijasad saya... sebarang keraguan dan pertanyaan insyaallah saya akan bantu dengan apa yang termampu.....

6 ulasan:

  1. assalamualaikum .. tumpang tanya kalau iron tu jatuh dari lantai lepastu kat penutup bahagian belakang tercabut ia boleh pasang semula ke tidak ye ??? tq

    BalasPadam
  2. assalamualaikum .. tumpang tanya kalau iron tu jatuh dari lantai lepastu kat penutup bahagian belakang tercabut ia boleh pasang semula ke tidak ye ??? tq

    BalasPadam
  3. Sangat membantu.tq for the very meaningful information

    BalasPadam
  4. kalau x pasang point lampu tu xde masalah ke? iron still blh gune

    BalasPadam
  5. Seterika jatuh lepas tu dah tidak blh on,letrik trio dlm msb

    BalasPadam
  6. Klu iron xpanas,alatan apa biasa kne tukar.sbb dh rosak x panas

    BalasPadam