-->

Isnin, 8 Julai 2013

Bagaimana menguji pressure suis bekerja atau tidak

Cara menguji pressure suis

Disebabkan kebanyakkan masalah datang dari komponen yang kita tidak tahu bagaimana fungsi dan cara kerjanya dan juga disebabkan terkadang tak semua ada peralatan untuk membuat pengujian terhadap komponen-komponen tertentu seperti multimeter atau alat penguji.
Di sini saya buat secara ringkas, bagaimana kita hendak mengetahui sesuatu komponen itu masih berada didalam keadaan yang elok atau tidak, hanya dengan menggunakan alat penguji yang cukup ringkas sekiranya tidak mempunyai meter atau multimeter.
Hanya menggunakan bateri 9 volt dan juga mentol 6 volt dan wayar, ianya boleh digunakan sebagai alat penguji sesuatu komponen seperti yang saya pernah paparkan dalam artikel membaiki seterika yang lalu...
Gambar diatas ini menunjukkan pressure suis yang mempunyai 3 terminal iaitu satu terminal input dan dua terminal output ( gambar dari sahabat Fendi )
Dan diatas ini pula pressure suis yang mempunyai dua terminal iaitu satu terminal input dan satu terminal output ( gambar dari sahabat Shafie )

Kebanyakannya masih kembali kepada prinsip asas sistem suis, ada suis bekerja secara manual, ada yang bakerja secara semi auto dan ada yang bekerja secara auto.
suis manual contohnya suis lampu yang berada dirumah, iaitu sekiranya kita tidak menekan butang suis itu maka lampu itu tidak akan menyala dan begitulah sebaliknya.
Sama sepertinya pressure suis ini iaitu sekiranya tiada tekanan angin yang menolak diaphragm maka kontak tembaga yang berada di dalam suis ini tidak akan bercantum dan ini dinamakan suis sentiasa terbuka. Lain pula bagi suis yang mempunyai kontak sentiasa tertutup iaitu apabila ianya beroperasi kontak suis ini akan terbuka dan ini akan berfungsi sebagai pemutus pengaliran arus elektrik.
Bagaimana cara menguji, secara ringkas saya sertakan pada gambar-gambar yang saya sertakan dibawah sebagai rujukan...





Sekiranya masih ada sebarang keraguan dan kemusykilan, insyaallah saya sentiasa bersama untuk membantu dan buktikan keyakinan diri.... insyaallah yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri saya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan