-->

Isnin, 8 Julai 2013

Mengenal perintang ( Resistor )

Bagaimana hendak mengetahui nilai perintang dengan membaca dari kod warnanya


Semasa belajar pada sekolah menengah kita semua dah didedahkan serba sedikit berkaitan dengan asas elektronik. Disini saya ingin mengembalikan pengetahuan kepada sesiapa yang dah lupa bagaimana hendak mengetahui nilai perintang ( resistor ) dengan membaca melalui kod warna yang ada padanya.
Seperti gambar diatas dapat kita lihat bagaimana membaca kod warna bagi perintang ( reisitor ).

Apakah fungsi dan cara kerjanya, secara asasnya perintang ini merupakan seperti sebatang paip air.
1. Perintang yang mempunyai nilai yang rendah dalam nilai Ohm (Ω), maka pengaliran arus melaluinya sama seperti sebatang paip air yang besar dan arus air boleh melalui batang paip ini dengan mudah dengan kuantiti yang banyak. Begitu juga dengan pengaliran arus elektrik yang melalui perintang itu akan sama nilai dengan jumlah kemasukannya.
2. Perintang yang mempunyai nilia yang tinggi dalam nilai Kohm (KΩ), maka pengaliran arus melaluinya sama seperti sebatang paip air yang kecil dan arus air boleh melalui batang paip ini dengan sukar hanya dengan kuantiti yang sedikit sahaja. Begitu juga dengan pangaliran arus elektrik yang melalui perintang itu akan berlaku arus besar di kemasukan perintang tadi dan hanya sedikit yang keluar melaluinya.

Ini adalah secara asas mengenai cara kerja perintang dan fungsinya dan insyaallah akan datang saya akan ceritakan secara terperinci jenis perintang, dan cara mengujinya. Semoga pengetahuan ini dapat dijadikan ilmu buat kita insyaallah, yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri kita sendiri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan