-->

Selasa, 30 Julai 2013

Membaiki TV LCD TOSHIBA REGZA 32" Model 32AV700E tiada power

Nak Tahu Bagaimana saya mencari kerosakan pada TV LCD yang tiada power


Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca berkaitan dengan masalah TV LCD yang tiada bekalan.
 Inilah gambaran hadapan TV LCD 32" Toshiba yang mengalami masalah power supply.
 Di bahagian belakang terdapat input dan output socket dan tertulis keluaran dari Indonesia dan ada label SIRIM dari Malaysia.
Label yang terdapat dibahagian belakang.
 Setelah dibuka penutup belakang dan gambar di atas ini adalah bahagian power supply board.
 Ini adalah Microprosessor dan controller kad untuk TV ini.
Gambaran dibahagian belakang yang mempunyai dua bahagian yang utama iaitu power supply board dan juga controller board.
Setelah membuat beberapa penelitian, saya mendapati ada cicak yang mati di belakang power supply board. Dan kesimpulannya ialah badan cicak ini telah menjadi pengalir kebocoran bekalan arus kelitar dan sekaligus menyebabkan berlakunya litar pintas di antara power supply board dan juga casis (ground).
 Membuka screw pada bahagian power supply board.
 Semua jumlah screw ada 4 biji pada bahagian tepi board ini.
 Mencabut keluar output soket dari power supply board.

Selepas mengeluarkan power supply board, terdapat kesan terbakar pada casis iaitu kesan terbakar akibat cicak yang short.
LCD model T315XW03 dan juga buatan di China.
Inilah kesannya kalau bermain dikawasan larangan.
Cicak ini telah melekat betul-betul pada bahagian input dan output dari power 240 Volt A/C dan juga 400 Volt DC.
Semuanya dua ekor yang telah menemui ajal seekor di bahagian kawasan 240V input dan seekor lagi pada bahagian ouptut High Voltage.
Power supply ini juga buatan China dan ditulis model dan version.
Bekas dari berlakunya litar pintas pada bahagian masukan bekalan.
 Di atas ini menunjukkan bahagian output yang berlaku litar pintas.
Terdapat dua kawasan yang berlaku litar pintas pada power supply board ini.
Disini saya tandakan setiap bahagian mempunyai fungsinya tersendiri.
 Ini adalah bahagian input 240 Volt A/C dan juga terdapat power transistor yang befungsi sebagai switching untuk on dan cut off bekalan masuk sebelum melalui inductor coil for voltage dan ke bridge rectifier.
 Ini adalah bahagian selepas output dari bridge rectifier terus ke regulator IC untuk pengagihan bekalan kuasa dari kecil ke besar dan juga dari besar kekecil dan juga terdapat sensing untuk menjejak kehadiran bekalan kuasa terus ke triac sebelum ke tranformer pengagihan ke litar yang memerlukan bekalan yang kecil.
 Ini adalah transformer pengagihan untuk memberi bekalan kepada litar kawalan pada power supply board ini dan juga untuk ke litar kawalan ( control board ).
Soket keluaran ( output ) dan juga terdapat signal dari control board.
Bridge rectifier yang telah short disamping juga fius utama yang telah dikesan.
Gambaran dekat bridge rectifier yang telah short dan nombor nya ialah TS4B05G.
 Di atas ini ialah penerangan berkaitan dengan bridge rectifier dan sekiranya hendak membeli yang baru komponen ini harus mengikut sama nilai atau sekiranya tidak ada gunakan nilai yang leibh tinggi dari asal.
Ini menunjukkan secara ringkas fungi kerja bridge rectifier ini. Dan harus diingat bridge rectifier ini adalah gabungan dari 4 biji diode yang disambung sesiri diantara satu.
Ok, di bawah ini saya sediakan secara visual bagaimana cara kerja mencari kerosakan dan pemasangan pada TV ini.

Disebabkan format asal video ini terlalu tinggi, saya terpaksa mendown grade supaya boleh di upload ke laman ini dan juga semoga video ini dapat memberi inspirasi dan sedikit pengetahuan buat para pembaca mengenai cara bagaimana mencari kerosakan dan sedikit kerja pembaikan. Saya berharap pengalaman ini dapat dikongsikan bersama dan sekiranya ada kebaikan ianya datang dari Allah dan sekiranya ada keburukan itu datangnya dari kelemahan diri saya.
Seandainya para pembaca mempunyai masalah, insyaallah saya sedia membantu tak kira peralatan elektrik yang biasa digunakan dirumah atau lain2 nya.

48 ulasan:

  1. bagaimana kalau supply 13volt tak keluar dari chopper,sedangkan supply 5volt nya adamohon pertolongan

    BalasPadam
  2. berapa harga yang bakal di cas jika mengalami kerosakan seperti ini?
    tv brand panasonic, kerosakan : seperti tiada respon / source power wlpun electric semua ok..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum tuan. nak minta tuan tolong selesaikan masaalah ini insya Allah. model tv toshiba regza 24PB1E, masaalahnya penal lock on, tak bolih nak control, screen tak ada gambar. tk.

    BalasPadam
  4. REGZA 32" Model 32AV700E .. controller board rosak.. boleh abg repair atau tukar baru.. tq.. ni no sy.. 0142363145

    BalasPadam
  5. Saya ada tv lcd jenama sharp aquos tak silap la........ Poblem dia kemungkinan renjatan elektrik akibat petir.......... Power tiada......... Jika ia benar-benar kene renjatan elektrik akibat petir, apa poblem dia dan adakah ia masih boleh dibaiki? Tolong ye>>>>>>>>>>>>.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan. Maaf mngngu. Mohon pertolongan, Sy ade sbuah tv regza yg tidak brfungsi akibat petir. Adakah msih pnya hrapan utk dibaiki.. Hrap balas dr tua.. Trima ksih

    BalasPadam
  7. Assalam,
    Saya ada tv yang sama (Toshiba), problem on keluar display sekejap lepas tu mati.
    Bukak dalam ada 2 ekor cicak kering, bukan itu masalah utama, kene kilat masa tu.cabut kat supply yang bagi 13vdc baru tak mati. Adakah disebabkan IC converter? atau component sekitar inverter?

    BalasPadam
  8. Kenapa tv toshiba sy sekejap mati sekejap hidup?

    BalasPadam
  9. mainboard contoller 40px200t ada jual x kt sana?

    BalasPadam
  10. This article, it was really informative. I’ll be looking forward for your next..
    Toshiba PVT-375BT

    BalasPadam
  11. Saya mempunya sebuah tv model regza model 32pb10e mengalami masalah warna.. apa sebabnya.

    BalasPadam

  12. This is an informative blog by which I have got that info which I really wanted to get.
    TOSHIBA PVM-375AT

    BalasPadam



  13. Very nice post, impressive. its quite different from other posts. Thanks for sharing.
    Toshiba PVT-375BT

    BalasPadam
  14. Cm mne nk cri alat ganti tuk tukar srceen baru, sbb tv sy jatuh then srcreen je yg nk kne tukar, screen brape rm ye?

    BalasPadam
  15. Join facebook https://www.facebook.com/groups/798391866886457/ moga dapat berkongsi ilmu

    BalasPadam
  16. REPAIRING TV LCD,PLASMA,LED AND DISPLAY UNIT

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam....dekat mane nk beli power board utk lcd tv toshiba...risco0805@gmail.com

      Padam
    2. salam....dekat mane nk beli power board utk lcd tv toshiba...risco0805@gmail.com

      Padam
  17. Tv toshiba sy gamba x klua..kjap ade kjap lg dye padam....suara je ade...knpe ye?? Ape perlu sy buat??

    BalasPadam
    Balasan
    1. same ler dengan tv sy, stress, dlm ms sejam tontonan, 10 kali asyik padam je... pastu paling lama padam 2 minit, dengar suara je tp xde visual, dh tukar cable HDMI dr decoder astro ke tv pon masih same... ape ye masalah tv tu

      Padam
    2. same ler dengan tv sy, stress, dlm ms sejam tontonan, 10 kali asyik padam je... pastu paling lama padam 2 minit, dengar suara je tp xde visual, dh tukar cable HDMI dr decoder astro ke tv pon masih same... ape ye masalah tv tu

      Padam
    3. Cuba ketuk je blakang tv. Nti kluar gambar

      Padam
    4. Cuba ketuk je blakang tv. Nti kluar gambar

      Padam
  18. salam boh ..tv sye same model ngan boh ..masalahnye bile cucuk USB yg kuo hnye gambar j ..video xleh ..knpe erk ...apa masalah ..tq

    BalasPadam
  19. salam power supply board saya rosak..mne tmpt nk beli barang tersebut?? code pk101v2910i TV Panasonic

    BalasPadam
  20. salam. nak tanya sikit ....toshiba regza LCD TV 32PB10E punya panel pecah. Boleh tak ganti dengan panel toshiba yang sejenisnya? Seperti 32AV700E? Sila beri pandangan atau cadangan...Trema kasi...

    BalasPadam
  21. Minat nak belajar baiki tv lawati FB Beyond Training Center

    BalasPadam
  22. tuan saya berminat nak bertanya pada tuan pasal penjimatan elektrik..jikakalu tuan tak keberatan boleh la call saya ,,019-6356242 salam

    BalasPadam
  23. aslkm sya ada tv LCD TOSHIBA 32AV700E TAK ADA POWER,APA YG HARUS DIGANTI

    BalasPadam
  24. aslkm sya ada tv LCD TOSHIBA 32AV700E TAK ADA POWER,APA YG HARUS DIGANTI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tv sy pon sama .toshiba 32av700e..ada cicak.short..ada ic terbakar.tkde no nk cek.ic dh hangus...mcm ne nk dptkan circuit diagram?

      Padam
    2. Tv sy pon sama .toshiba 32av700e..ada cicak.short..ada ic terbakar.tkde no nk cek.ic dh hangus...mcm ne nk dptkan circuit diagram?

      Padam
  25. Gambar tidak keluar bila tv on

    BalasPadam
  26. Gambar tidak keluar bila tv on

    BalasPadam
  27. Gambar tidak keluar bila tv on

    BalasPadam
  28. Gambar tidak keluar bila tv on

    BalasPadam
  29. kalau teg VT tidak tidak masih bisa diatasi / harus ganti modul om?

    BalasPadam
  30. tuan...sy ad pertanyaan skit lah...model tv nih ad suara x de display...power board problem...mcm mna solusi dy tuan.prnah dgr org ckp jmper board pun boleh...tp nak jump mana ke mana yg x pasti tuh...bleh mnx pndpt..klau ad jawapan bleh tuan hbungi sy?0175925984

    BalasPadam
  31. terima kasih tuan..berkat ilmuntuan beri saya dapat melaksankan projek ini memang sama model dengan video tuan itu

    BalasPadam
  32. assalam..tuan. pd skrin terdapat mcm ada tompokan air

    BalasPadam
  33. assalam tuan, boleh saya tau mana nak beli spare parts toshiba regza pcb board? model 40cv700e

    BalasPadam
  34. Assamamualaikum Tuan.... Saya nak tanya sikit apa poblem yang telah berlaku terhadap tv dan bagaimana caranya nak betolkan?
    *masalahnye*
    - skrin tv jadi bergegar dan goyang2.....

    BalasPadam
  35. salam tuan nk tanye saya ada tv samsung baru 2 tahun..masalahnya bila on tv..gambar ada bayang dan colour menjadi pucat..apa barang yang nk kene tukar..mahal x?..tq

    BalasPadam
  36. Salam tuan.. TV saya toshiba regza 32pb10e, screen dia kadang jd double kdg hilang satu warna (so, merah jd purple, hijau jd biru turquoise), bila kita off dan on semula, warna screen jd normal semula dlm beberapa saat sblm rosak semula..

    Ada sy baca kt internet kata bukak lcd ribbon dan sapu² atau guna eraser n pasang semula..

    Minta tlg reply saya semula dan tlg saya baiki..terima kasih

    BalasPadam
  37. Salam bosskur..... TV saya brand LG ada sedikit masalah. Gambar dia akan jadi goyang2. Kalau awal2 bukak gambar dia akan normal. Tak berapa lama lepas tu dia akan jadi goyang2. Apa masalah yang berlaku eh kat TV saya tu?

    BalasPadam
  38. TV led LCD Toshiba 32 screen Nampak kabur Dan Vermont's kenapa.

    BalasPadam