-->

Khamis, 11 Julai 2013

Mengenal Transistor

Bagaimana hendak mengenali jenis Transistor dan cara kerjanya


Cerita kali ini pula berkaitan bagaimana kita hendak mengenali jenis transistor itu adalah NPN atau PNP, atau sama ada ianya elok atau tidak. Disini saya menggunakan analog meter yang mana mudah didapati dengan harga yang murah dan senang didapat, walaupun pada kebiasaanya saya lebih gemar menggunakan digital meter kerana nilai bacaan nya yang agak tepat berbanding analog meter.
Tak mengapa dilain masa saya akan tunjukkan pula cara menggunakan digital meter, Ok kebanyakan litar-litar elektronik dan elektrik banyak menggunakan transistor sebagai suis bekalan kuasa ( power switching), pengubah kuasa elektrik ( regulator ) dan juga sebagai suis elektronik ( switching ).

 Seperti contoh di atas sekiranya kita letakkan probe hitam ditengah dan probe merah pada kiri dan kanan, dan ianya memberi nilai bacaan yang sama nilai maka probe hitam adalah kaki BASE dan sekiranya probe merah ditengah dan probe hitam dikiri dan kanan, ianya memberi nilai bacaan yang sama nilai maka probe merah adalah kaki BASE.
Terkadang tidak semestinya transistor itu semuanya mempunyai kaki BASE ditengah dan terkadang ianya juga ada yang BASE terletak ditepi, disebab itulah kita harus mencari dimana letaknya kaki BASE dahulu sebelum mengenali sama ada transistor itu adalah NPN atau PNP.

Gambarajah diatas ini menunjukkan bagaimana sekiranya ia adalah transistor NPN, dan bagaimana cara mengujinya menggunakan meter dan juga menggunakan sentuhan jari untuk memastikan yang mana satu kaki Collector ( pemungut ) dan kaki Emitter ( pengeluar ). Sekiranya kita menyentuh kaki Base dan Collector maka barulah ada bacaan pada meter yang menunjukan arus elektrik telah melalui transistor ini dan sekiranya kita melepaskan sentuhan jari tadi maka Emitter tidak akan ada keluaran padanya.

Gambarajah diatas ini menunjukkan bagaimana menguji transistor jenis PNP dan cara kerjanya adalah sama seperti diatas, perlu diingat sekiranya kita menyentuh kaki Base dan Emitter maka tiada bacaan yang kita perolehi. Dan sekiranya kita letakkan probe pada kaki Emitter dan Collector dan ianya mempunyai nilai Ohm yang rendah maka transistor ini adalah rosak. Tetapi, berlainan pula dengan Damper Transistor yang digunakan oleh kebanyakan litar Televisyen, apabila kita meletakkan probe pada kaki Emitter dan Collector kita akan mendapat nilai dalam 50 Ohm. Ini kerana didalam transistor ini mempunyai resistor ( perintang ) yang bernilai 50 Ohm.

Di atas ini saya tunjukkan bagaimana cara menguji transistor dan gambarajah skematik. Ok, pasti keliru kerana gambarajah menunjukkan ada simbol bateri selepas meter, ini menunjukkan didalam meter itu sendiri ada mempunyai bateri 9 Volt yang mengeluarkan kuasa bekalan elektrik ke kaki transistor tersebut.

Gambar di atas ialah cara menguji NPN transistor dengan menggunakan LED, perintang 1Kohm dan bateri 9 Volt. Ini adalah cara mudah sekiranya tidak mempunyai meter.

Gambar di atas ialah cara menguji PNP transistor dengan menggunakan LED, perintang 1Kohm dan bateri 9 Volt. Ini adalah cara mudah sekiranya tidak mempunyai meter.

 Gambar di atas ini menunjukkan cara yang sama untuk menguji transistor bagi berlainan rupa transistor.

Di atas ini saya tunjukkan dimana hendak mendapat dan membaca nombor bagi sesuatu transistor ianya terkadang apabila komponen ini duduk di pcb board dan nombor yang di tulis di atas pcb itu bukan nombor bagi komponen tersebut dan ia hanyalah sebagai nombor rujukan sahaja.
Di harap penerangan yang ringkas ini dapat membantu para pembaca bagaimana cara untuk mengenali transistor dan jenisnya, insyaallah dilain masa akan saya ceritakan lagi bab transistor sering digunakan dan jenisnya kerana transistor banyak jenis dan cara mengujinya.
Apa yang saya kongsikan ini adalah ilmu pengetahuan yang datang dariNya, kerana yang baik itu dari Allah dan buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

2 ulasan:

  1. Good jobs. Allah bless u. Ameen.

    BalasPadam
  2. terbaik tuan, minta izin saya menggunakan ilmu ini utk pelajar saya, terima kasih

    BalasPadam