-->

Rabu, 17 Julai 2013

Membaiki A10 7" 3G tablet

Membaiki tablet A10 yang litar pintas pada kawasan power

Setiap kerja memerlukan kesabaran, dan pada masa inilah ia menguji minda dan kesungguhan kita bila berdepan dengan masalah. Ingat lagi pepatah melayu ada menyatakan " Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih".
Kemungkinan tidak semua yang kita cuba buat mendapat kejayaan, tetapi keyakinan pada diri harus ada sekiranya hendak berbuat sesuatu. Kebanyakan kerja yang saya buat bergantung kepada pengalaman, sekiranya hanya mengetahui fakta dan teori tetapi tiada praktikal maka ianya belum tentu lagi boleh dianggap ilmu pengetahuan dan ianya akan menjadi satu pemahaman sahaja dan sampai satu masa ianya akan hilang.
Ok, secara ringkasnya disini ingin saya kongsikan pengalaman saya membaiki dan saya berharap ianya boleh menjadi panduan buat kita semua... Insyaallah.

Gambar diatas ini menunjukkan asas bagi litar CPU A10 secara ringkas dan tidak merangkumi semua aspek yang ada. Walau bagaimana pun ia amat berguna juga kerana kita boleh mengetahui dimana input dan output serta kemana perginya kaki dari wafer chip tersebut.

Ini adalah gambaran setelah kerja selesai dan bahagian hadapan tablet A10 7 inci 8GB memory dan mempunyai 3G sim kad.
Di atas ini pula gambaran bahagian belakang, ok walaupun apa jenis brand tablet yang anda semua gunakan litar dalamnya tetap mempunyai asas yang sama walaupun kedudukan komponen berubah tempat dan susun aturnya. Kerana setiap pengeluar mahukan barangan itu menjadi patent mereka dan disebabkan itulah tak semua jenis board dan litar sama jadi secara fizikalnya berlainan antara satu sama lain dan tetapi cara ia beroperasi adalah sama.
 Setelah penutup belakang dibuka, maka kita dapat melihat bagaimana keadaan litar yang ditutup dengan kepingan besi yang berfungsi sebagai pelindung bagi litar.
Di atas ini menunjukkan litar yang sudah dibuka kepingan besi yang melindunginya.
 Pertama sekali, pastikan kawasan punca bekalan iaitu bermula dari keluarnya wayar merah dan hitam dari bateri dan disitu lah bermulanya masukan bekalan kelitar.
 Setelah mengenal pasti bahagian punca masuk, asingkan wayar bateri merah dan hitam dari litar sebelum memulakan kerja mencari kerosakan pada komponen litar.
 Dengan berpandukan litar yang ada, ianya akan memudahkan kerja mencari kerosakan pada litar tersebut dan yang penting sekali harus memahami cara perjalanan litar dan fungsinya.

Di sebabkan ianya masih menggunakan IC AXP209 sama dengan litar A13, maka sistem bekalannya masih pada asas yang sama pada litar A10 ini.
 Membuka pcb board keluar dari tempatnya supaya memudahkan pemerhatian litar pada bahagian belakang pcb ini.
Ini adalah untuk memastikan tiada masalah berlaku pada board tersebut seperti line litarnya terbakar ke atau ada yang menyebabkan ia berlaku litar pintas dari bahagian belakang. Tetapi dalam kes kali ini semuanya berkeadaan elok dan tiada mempunyai apa2 tanda masalah.
 Di sini saya mendapati model board dan versi yang ke berapa?
 Board ini modelnya A760G version 2.2.0.
 touch point untuk 2G dan 3G ke antena.
 Ini pula touch point Wifi antena.
 Dua tombol ini adalah kaki untuk 2G dan 3G antena.
 Dan dua tombol ini pula adalah untuk kaki Wifi antena.
Setiap pengeluar menggunakan cara berbeza untuk menghasilkan barangan mereka, ianya seperti kereta walaupun rupa bentuk berbeza tetapi asas dan cara kerja semuanya sama.
Setelah selesai memasang balik pcb board tadi sekarang saya akan memulakan kerja mencari punca kerosakan pada litar. Di sini saya letakkan jarum pada probe supaya mudah bagi saya membuat kerja untuk komponen2 yang kecil.
Setelah mengenal pasti ada perintang dan juga diode yang telah rosak saya memulakan kerja membuka komponen tersebut dari tempatnya.
Di sini saya tunjukkan perintang dan tetapi diode yang hendak saya tunjukkan tadi telah terjatuh semasa kerja membuka dari litar dan say sudah mengenal pasti yang ianya adalah diode zener dan saya harus mengantikan dengan yang sama nilai.
Disini saya tunjukkan litar audio yang berada dekat dengan speaker dan berada dibawah wayar fleksibel untuk touch screen.
Di atas ini pula ialah litar untuk bahagian audio yang menggunakan IC 8 pin.
IC tersebut ialah XPT4890 dan saya mendapat datasheet ini dari laman china. Untuk memudahkan kerja saya, saya menterjmahkan ianya kepada bahasa yang senang untuk saya kenali fungsi dan cara kerja nya iaitu:


Class AB channel, 1W (8Ω), overheat protection, superior noise suppression, unity gain stable + excellent THD + N

Function Description  
XPT4890l chip is suitable for mobile phones and portable communications equipment class AB audio power amplifier. 5V operating voltage, maximum driving power of 1W (8Ω, BTL load), total harmonic distortion within the audio noise is less than 1% (20Hz ~ 20KHz).
 XPT4890
l application circuit is simple, just a handful of peripheral devices; XPT4890 no external output coupling capacitors or bootstrap capacitors, using SOP, MSOP, DFN package, saving circuit area, ideal for mobile phones and a variety of mobile devices such as the use of low voltage, low-power applications use.
 XPT4890
l can control the sleep mode, reducing power consumption; XPT4890 through innovative "switch / switching noise" suppression technology to eliminate the power-up, power-down occurs noise; XPT4890 job stability, gain-bandwidth product of up to 2.5MHz, and unity gain stable. External feedback resistors, by configuring the external resistor voltage gain of the amplifier can be adjusted for easy application.

Chip basic application
l Mobile phone (mobile phone, etc.)
l personal mobile PDA
l mobile electronic devices
l consumer electronics products (such as MP3/MP4/DFP/Protable DVD), etc.
XPT4890 Typical Application Circuit

Dan di atas ini adalah litar asas berkaitan cara kerja bagi IC tersebut.
Setelah selesai meletakkan perintang dan diode yang berlitar pintas tadi sekarang saya meletakan kembali wayar merah dan hitam dari bateri ke pcb board. Sekarang saya mulakan dengan membaca nilai bekalan dari bateri iaitu seperti yang terdapat dalam gambar iaitu dalam +4.10 Volt DC. Sekiranya, masih berlaku litar pintas bacaan akan menunjukkan sebaliknya iaitu dalam 0.00 Volt DC.

 Sekarang saya akan memeriksa semua litar pecahan bekalan berada didalam keadaan yang elok.
 Pada masa ini, penggunaan jarum yang saya letakkan pada probe tadi akan memberi keselamatan dalam proses memeriksa bekalan voltan. Kerana kalau saya menggunakan probe sahaja dan kemungkinan ianya akan tersentuh dengan komponen yang lain dan boleh menyebabkan litar pintas.
 Memeriksa semua litar pengubah ( Regulator ), iaitu litar yang mengubah voltan dari kecil ke besar dan juga litar yang mengubah voltan dari besar ke kecil.
Pengubahan voltan dalam litar ini banyak menggunakan perintang sebagai pembahagi ubah dan sebagai voltan rujukan kepada IC pengubah, disamping itu ia menggunakan diode zener untuk mengubah nilai kecil ke besar dan di besarkan ( amplifier ) dengan menggunakan transistor. Begitu juga dengan dengan litar yang menterbalikkan polariti voltan tersebut dengan menggunakan diode zener sebagai menukar voltan positif kepada voltan negatif.
Di sini saya buat sedikit rujukan kepada sesiapa yang mengalami masalah bahagian power dengan meletakkan rujukan bacaan yang ada semasa litar ini sudah berada didalam keadaan ON.
Di sini saya sertakan video dimana kerja telah selesai dan menghidupkan tablet yang baru selesai diperbaiki. Saya berharap semoga dengan info yang sedikit ini boleh dijadikan pengetahuan dan pengalaman buat para pembaca. Insyaallah, saya akan sentiasa menyediakan yang terbaik buat para pembaca dan andai ianya ada kebaikan itu datangnya dari Allah dan seandainya ada keburukan, maka itu dari kelemahan diri saya....

5 ulasan:

  1. Good sharing bro..insya Allah dpt byk info dr artikel ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, saya pun berharap semoga ianya boleh dijadikan inspirasi dan pengetahuan buat semua... :)

      Padam
  2. kalau skrin pecah, kat mane nak dapat part?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saya tahu jenis tablet dan model serta kalau boleh hantarkan gambar ke alamat email saya supaya saya boleh membantu saudara mencari part, ini kerana saya nak tahu bahagian yang mana sama ada skrin digitizer ( touch screen ), skirn lapisan kedua iaitu skrin kaca atau screen LCD. Kalau LCD saudara kena berikan gambar dari depan dan belakang dan juga bahagian wayar duduk ditengah atau tepi, serta nombor yang ada pada wayar tersebut bermula dari kiri atau kanan. Dan untuk LCD tekadang ia ada nombor model dan version pada reben wayar atau dibelakang LCDnya. hantar ke asriman78@gmail.com

      Padam
  3. kalau power 5 volt dari adaptor nya hanya sampai ic axp209 saja ada apa ya
    jadi mati total

    BalasPadam